Friday, August 8, 2008

Kreativiti Tambahan


Cantik tak gubahanku bersama teman-teman. 4 bulan lepas kami semua menghadiri kursus gubahan pengantin. So sekarang pihak pengurusan minta kami sediakan semula hasil gubahan yang dipelajari dan disamping tu kami tambah la skit gubahan lain yang kami follow designnya daripada gambar dalam internet. Jadi la juga skit2 walaupun tak sempurna sangat. At least kami pensyarah yang keras tangan ni boleh la juga nak membentuk hantaran nih. Seronok juga buat benda ni walaupun letih. Tapi bila buat ramai-ramia tu tan terasa pulak. Saya buat yang tuala biru tu bungaku..heheh...cantik tak? Boleh la kan, maklumla tangan saya ni keras nak membentuk yang lebih cantik. Hantaran ni nak dibuat pameran kat mana ntah, tapi yang penting kami dah cuba..tul tak?

Hari Kepenatan

Hari Khamis semalam, seharian di pejabat SPKK, Putrajaya untuk melihat proses Audit Surveillance daripada SIRIM. Ramai juga wakil dari Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kalau dilihat semasa proses audit tu memang banyak maklumat yang diperolehi untuk penambahbaikan sistem pengurusan kualiti di kolej nanti. InsyaAllah mana-mana yang rasanya boleh dibuat, akan cuba disediakan bila balik kolej. Selain itu dapat juga jumpa orang kualiti dari kolej lain. Maklumlah sejak kursus takleh buat kat hotel ni, dah lama la tak dapat jumpa diaorang. Kursus pun banyak dibuat ditempat sendiri je. Macam-macam cerita boleh share dan perkembangan setiap kolej. Terjumpa juga bakal pengarah baru nanti. Tapi tak confirm lagi la jadi ke tak pengarah tu masuk. Hopefully jadi le, sebab dah lama takde pengarah ni, rasa susah nak sikit. Pukul 5.30 baru mula meeting penutup audit dan pukul 8.00 malam baru sampai rumah. Letihnya, tapi takpe banyak maklumat tambahan diperolehi.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.