Saturday, March 28, 2009

Manjanya...

Bila tengok adik kakak manja2 camtu, mama pun snap la sekeping dua. Shiloh tu sebenarnya kacau kakaknya baca iqra' sebab dia tau mamanya sibuk layan kakak mengaji so takde masa nak layan adik. Erm..kak long tak sampai hati, biar jelah adik baring kat riba dia so tak habis la kak long ngaji.Bila mama kata nak ambil gambar, suka diaorang. Ada masa perang ada masa mesra alam sangat. sekarang ni adik garang betul, angin je. Kalau tak kena dengan kehendak dia, terus nak mengamuk. Aik mama pun hairan, ikut sapa ni garang sangat. Ada yang kata ikut angin papanya, ada kata mama garang masa mengandung dia. Ok lah, mama pun actually ade kata kolej hari cuti ni sebab ada Kursus Pengurusan Jenazah. Mama jadi urusetia dan pesertanya pula terdiri daripada ahli Karyawan. Entah sapo lah artis yang datang nak kursus jenazah ni. Tak kisah la asalkan matlamat mereka nak dapat ilmu fardhu kifayah ni tercapai. Habis kursus esok, malam ni ada tahlil tapi mama balik awal la, dan esok habis tengahari. Lepas tu nak pergi kenduri kahwin Ijad. Kena la mama bawa 2 puteri mama ni sebab papanya takde gi tengok bola.

Tuesday, March 24, 2009

Badan Sihat Idaman

Ada orang kata sanggup menghabiskan duit untuk nampak cantik. Ada orang suka berhabis untuk nampak hebat dan ada juga yang sanggup berhabis untuk jadi sihat. Yang mana satu pilihan anda? Mama juga telah diajukan soalan yang sama dan sebenarnya tidak ramai yang sanggup berhabis untuk nampak sihat sebaliknya lebih sanggup menghabiskan duit supaya nampak cantik dan hebat. Tetapi hakikat yang kita kena terima adalah, walaupun banyak duit, badan tidak sihat, semuanya tidak memberi makna.
Kalau diluaran badan kita disaluti dengan barang kemas yang mahal dengan pakaian yang mahal dan indah, tetapi bila dibuat pemeriksaan kesihatan, kondisi kita tidak baik, adakah berbaloi kita bertungkus-lumus mengumpulkan wang untuk kemewahan? Semuanya ada pada diri kita sendiri. Mama pun terfikir juga tentang perkara ini tambahan pula zaman sekarang ni macam-macam penyakit dihadapi oleh manusia.
So, sebaiknya kita kena buka minda kita untuk mengutamakan kesihatan daripada kebendaan yang tidak kekal ini. Sekiranya kita belanjakan wang untuk membeli barang kemas yang beribu itu kepada membeli produk kesihatan, alangkah baiknya. Ini kerana bila badan sihat, apa kita nak buatpun, insyaAllah tidak ada masalah. Kecuali soal mati, semuanya ditangan Allah tetapi sekurang-kurangnya semasa hidup kita menghargai badan kita.

Monday, March 16, 2009

Bila shiloh merajuk..

Anak dara mama dan papa ni leka main dengan kakaknya. Macam2 dimainkan sampai mama nak tengok tv pun tak concentrate. Kak long suka melayan adik so biarkan je lah. Tapi entah macamana mama leka tengok tv tak perasan yang adik tengah menconteng dinding rumah dengan senang hatinya. Kakak pun tak perasan sebab leka baca buku kamus 5 bahasa yang mama baru belikan.Masa ni kak long dengan adik duk membelek selak pintu tuh. Entah apa yang pelik mama pun tak tahu la.
Berebut nak selak pintu tu dari kak long nya, tapi kakak kasi je la. Kalau tidak adik merajuk lama puas la nak memujuk.
Lepas menconteng dinding, papanya baru keluar bilik terus marah dia. Tu yang muka muncung je tuh sebab dia tau dia buat salah. Kakaknya dah beri buku suruh conteng dia tak mau. Mama fikir takpelah nak kreatif punya pasal. Dinding tu lain masa boleh cat semula, itupun kalau papanya rajin la.
Terlalu sedih sebab nak pergi ke mama, papanya tak kasi. Suruh duduk je kat tepi pintu tu. Sian pulak mama tengok tapi nak gelak pun ada juga. Kak long taknak campur takut papa marah dia pulak. Erm, tapi sekejap je, bila mama tunjukkan botol susu terus adik stop nangis dan baring depan tv. Lepas susu cuba tackle papanya sampai papanya nak peluk dia, barula senyum semula. Lastly tidur celah ketiak papa. Maklumlah papanya tak pernah marahkan dia, tu yang sedih sangat tuh. Macam2 perangai adik ni, mama pun kadang2 geram je tengok. Tapi kalau tak macam tu boring pulak rasanya.
Whatever pun mama papa cuma doakan yang terbaik untuk anak-anak. Wish u all to be a good muslimah. Semoga sentiasa melindungi dan memelihara anak-anak mama. Amin.

Tuesday, March 10, 2009

Jawab Tag

Mama tak pernah jawab tag sebelum ni, tak reti la acik..hehehe.. tapi try jugak la. Nanti ummi-mujahid yang cute tu kata mama sombong lak, padahal tak reti. Tapi ada yang nak tolong ajar, kire orait la tuh.

Mama jawab la ummi-mujahid punya tag:-

1. Do you think u're hot?
: yes, bila lepas makan..hehehe..

2. Upload your fav picture of u

3. Why do u like that picture?
: melihat anak mama membesar dengan penuh kasih saying dan keceriaan. Mama doakan yang terbaik untuk permata hati mama dan papa.

4. When was the last time u ate pizza?

:Agaknya hujung tahun lepas kot, tak perasan pulak

5. The last song u listen to?

: Lagu kartun Wonder Pets, kak long yang nyanyi

6. What are u doing right now beside this?
:Menanda kertas amali student, poning kepalo acik

7. What name u prefer beside yours?
: Mizan, Raudhah dan Ruwaidah

People to tag:
1.Zira
2.Ita
3.Fidah
4.Noni
5.Saleh

8. Who is no. 1?
:Sahabat susah senang semasa belajar

9. No 3 is having relationship with?
: my friend also, class mate, course mate, housemate

10.Say something about no 5
:Adikku anugerah Allah hingga akhirat

11. How about no 4
:housemate di JB, minat Hishammudin Hussein..hehehe..

12. and no. 2 :
Bestfriend masa sekolah dulu, still keep in touch

Sambutan Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulud Nabi pada hari Isnin 9 hb Mac 2009 adalah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Kebanyakkan tempat di seluruh Malaysia membuat sambutan hari keputeraan baginda. Alhamdulillah mama dan keluarga pun dapat mengikuti sambutan ini di Kampung mama malam tadi. Seronok juga bila dapat berselawat beramai-ramai sebab kalau bukan maulud nabi kita cuma akan berselawat macam bila kenduri kan?..
Ceramah maulud malam tadi di sampaikan oleh seorang pensyarah dari USIM, Nilai iaitu Ust. Zulkifli Muhammad Al-Bakri. Penuh pengisian dan seron0k juga mendengarnya walaupun mama bukannya nampak muka ustaz tu just suara je la. Muslimin bila duduk belakang memang tak nampak la.
Sambil2 tu mama duk perhati kerenah odah iloh ni. Takut juga kalau dia panjat2 tembok kat masjid tu. So mama snap la beberapa aksi diaorang.
Buku ilmu tasawwur yang ditulis oleh ustaz ni. Along dan angah dah beli buku ni, mama nak beli tak bawa cash pulak,rugi rasanya.Shiloh dah bosan, gigit tudung mama la kerjanya
Tengok muka mama sebab tau mama pegang handphone
Kak long seperti biasa posing maintain je la.
Ikut abang lokman nya ajak gi main
Cuba nak capai apa yang ada kat notice board tu
Tengok aksi abang2 tu panjat tembok, nak try ke?Kepenatan, minum susu akhirnya...
Lepas habis majlis, mama balik rumah mak, pack barang nak balik Seremban pulak. Letih betul sebab esoknya nak kerja. kak long kena sekolah, baju pun tak gosok lagi. Keletihan malam tu bila sampai Seremban, papa je angkat barang, mama ngan anak2 dah tidur. Sorry papa tak tolong..!!

Produk Kesihatan

2 minggu lepas mama buat pemeriksaan kesihatan, dan didapati sudah overweight la. Aduih, ni yang mama risau, so mama dinasihatkan untuk ikuti program diet la. So mulai bulan Mac ni mama nak try la kalau berkesan.
Produk kesihatan yang mama makan adalah SS Solution untuk mengawal pengambilan makanan berlebihan. Hehehe..ni semua sebab suka sangat makan tak kira masa, so mama pun dah naik bulat. Erm...kalau ikut papa, ok je dia sebab tak kiasah sangat tapi mama yang risau bila test tengok kandungan lemak dalam badan dah tinggi. Merbahaya untuk kesihatan jangka panjang.
Produk kedua yang mama makan Iso 5 iaitu mengandungi serat makanan yang terdiri daripada buah-buahan. So far mama follow jadual la tapi makan kena control je, nak stop terus tak boleh la. Next time boleh la mama promote produk yang lain. Kalau menjadi boleh la dijadikan testimoni, tak gitu?..Berubah lah untuk kesihatan jangka panjang. Anak-anak kecil lagi, kalau badan tak sihat sapa nak jaga diaorang. Sian kan...?..

Wednesday, March 4, 2009

Kisah Bukit Putus

Setiap hari mama kena lalu kawasan ni untuk pergi ke tempat kerja. Jaraknya lebih kurang 69km. tetapi disebabkan laluan ini adalah melalui Bukit Putus, so memang lambat juga sampai dalam sejam setengah on the road. So apabila berlakunya land slide di sepanjang Bukit Putus ni, mama rasa takut sangat sebab macam-macam perkara boleh berlaku. Mama tak lupa berdoa semoga perjalanan sentiasa di dalam keadaan selamat. Sekarang ni jalan ditutup kepada lori dan kenderaan berat tetapi kereta dan bas awam masih boleh lalu. Pemantauan dari pihak berwajib sentiasa ada di lokasi tersebut.Kalau ikut berita malam tadi, proses pembaikpulih struktur tanah makan masa 3 bulan.
Walaupun laluan ini merbahaya, tetapi masih banyak kenderaan lalu kerana untuk pusing ke arah Tampin atau Jelebu, terlalu jauh. Memang cerunnya dalam dan mama pun tak berani nak pandang bawah tu, cuma berdoa jela selamat.
Waktu pagi mama lalu di kawasan tanah runtuh yang paling teruk, so mereka letakkan lampu yang banyak untuk ingatan pengguna jalan.

Beberapa permandangan di kawasan bukit putus. Sebabnya banyak sangat land slide, mama just snap mana yang sempat je.

Ini adalah jalan baru yang masih dalam proses. Jangkaannya siap pertengahan tahun 2009 ni. Tak tahu la bila boleh digunakan sebab bila tengok jalan lama ni dah banyak tanah runtuh, seram juga. Hopefully perjalanan mama sentiasa selamat bersama rakan sepejabat.InsyaAllah.

Tuesday, March 3, 2009

Sambutan Birthday February

Hari Sabtu kelmarin (28/2/09) ada sambutan birthday untuk Hasanah. Keluarga besar mama ramai yang lahir pada bulan Februari, so bila Ust. Saleh nak buat doa selamat untuk birthday anaknya, so kami yang bulan februari pun tumpang sekaki la..hehehe... semoga Allah memberkati keluarga kita..Amin.

Mama : 2 February 2009
Mak Ngah Odahiloh : 14 February 2009
Pak Andak Odahiloh = 7 February 2009
Kakak (sepupu odahiloh) = 8 February
Hasanah (sepupu odahiloh) : 25 February 2009

Shiloh melayan baby Hasan Omar baru 40 hari. Adik nak baby ke??.. nanti la dulu ekk...

Kek birthday Wardatul Hasanah yang ke-2. Wish u all happiness.
Mama tengah tunggu turn nak ngap makanan..laporr...
Bacaan doa selamat oleh Ust. Sallehudin sempena ulang tahun kelahiran puterinya, jangan lupa doa untuk kami yang lahir pada bulan yang sama.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.