Tuesday, May 25, 2010

Majlis cukur jambul

InsyaAllah hari Jumaat ni majlis cukur jambul untuk Riyadh Zafran..baru masuk 3 bulan anak mama nih. So mulai esok mama akan bercuti untuk preparation majlis ni dan juga majlis kahwin mak lang Riyadh pada hari Sabtu. Erm, mama tolong mana yang boleh jerlah.
Barang2 untuk Riyadh semua dah beli cuma nak masukkan dalam paper bag sahaja. Esok pagi mama nak kena balik kg dulu amik wajik, bahulu untuk ole2 tetamu nanti. Hopefully semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ini sambutan hari guru di sekolah kak long. So malam tadi mama kenalah preparekan hadiah untuk cikgunya. Erm..sampai lima pulak tuh...kering mama kak longgg... Tapi takpelah biar dia dari kecil tahu menghargai gurunya. Siap ajar kat dia tuh camne nak wish kat cikgunya..erm.. pagi tadi tadi prepare makanan pula untuk kak long bawa pergi sekolah. Excited nampaknya..dari pagi membelek hadiah la, masukkan makanan dalam beg..prepare duit nak beli air..katanya hari ni taknak bawa botol air..leceh..hehehe..suka hati kak long la asalkan happy.
Dua beradik nih nak ambil gambar ngan hadiah yang belum dibalut lagik..kak ngah pun sama..

Hadiah sudah siap di balut. Mama jadi tukang balut..pastu tulis..pastu ambil gambar skali..ekceli mama ngan papa pun seronok gak prepare benda nih..maklumlah masa kita sekolah dulu..duit takde..nak beli hadiah cikgu pun tak mampu..wish jerlah..dan paling best dapek makan free hari guru masa sekolah rendah dulu.

Mama sudah siap..amik gambar dulu..pastu baru masukkan dalam beg. Kecil jer hadiahnya..jadilah dari budak kecik..bagi kecik2 jerlah..kalau besar2..mama dia keringlah nak beli sampai 5..hehehe.

Tuesday, May 11, 2010

Dilema..

Dalam dilema bila insan tersayang meminta sesuatu yang berat kita nak lepaskan. Kepala asyik memikirkan keselamatan, kebahagiaan, keinginan insan tersayang. Kalau tidak dibenarkan takut mengundang kemurungan dalam kehidupan tapi jika dibenarkan perasaan bimbang membelenggu fikiran. Akhirnya, pasrah dan berserah kepada Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik. HambaMu hanya mendoakan semuanya berada di dalam keadaan baik.

Wednesday, May 5, 2010

Riyadh..

Gambar masa baru cukup 2 bulan. Mama saje ambil gambar dia..masa ni mama belum masuk kerja lagi tapi dah habis pantang..so duduk jer lah dalam rumah. BIla kebosanan..macam2 nak buat. Salah satunya ambil gambar dengan Riyadh..hehehe..
Wajah mama yang masih bulat lagik..hehehe..tak tahu macamana nak turunkan berat badan..ntah la..biarlah dulu..asalkan luka bedah mama elok sudah la..tunggu anak besar skit baru boleh nak makan ubat diet ke..rawatan kuruskan badan ke..skang ni tak boleh lagi sebab Riyadh baru 2 bulan...menyusu kuat..mama pun jadi cepat lapar. Hopefully dapek la kuruskan badan..kalau tak..biorlah..asalkan mama sihat.

Zoo Melaka

Kak long dan kak ngah tengok seladang besar tuh..excited dia..katanya lembu besar..
kak long bergambar dekat burung kakaktua tuh..adik tgh bad mood..demam.

Ahad minggu lepas, mama ada kerja di Melaka paginya. So mama ajak papa bawa anak2 ke sana la..sebab urusan mama kat Ayer Keroh pagi jer..so boleh lah jalan2 lepas tu. Riyadh yang kecil tu pun mama bawa jugak. Kak long sibuk ajak pergi zoo melaka..dulu mama bawa dia masa dia baby lagi macam riyadh.
Kak ngah demam..tapi bila dalam zoo tuh..sihat pulak dia tengok haiwan2 tuh..berpeluh badan dia. Mama ingatkan sihat la lepas tuh..rupanya balik rumah, malamnya demam panas smula. Alhamdulillah hari ni nampak ok skit dah. Riyadh pula mama tengok macam nak demam..hopefully anak2 mama semuanya sihat belaka. InsyaAllah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.