Thursday, July 29, 2010

Demam

Agaknya sekarang ni musim demam. Risau juga sebab kes denggi semakin tinggi. Minggu lepas baby demam, selsema dan batuk. Mama kena pegi meeting kat Sepang 3 hari...so sebab tak sedap hati anak tak sihat..mama berulang dari Seremban ke Sepang. Takdelah jauh sangat pun..tapi letih la..sebab meeting sampai malam..pastu nak drive sorang2 dari Sepang ke Seremban...cemas jugak..hehehehe

Alhamdulillah, anak dah beransur sihat..skang ni mama pulak rasa nak demam...hidung tersumbat dah nih..aduih la..hopefully cepatlah sihat..banyak kerja sedang menunggu nih..insyaAllah.

Tuesday, July 13, 2010

Pelajar Baru

Hari ini pendaftaran kemasukkan pelajar baharu..
Kena lak bertugas untuk sambutan parent...so berpaneh la mama
kek sini..awning tak siap lagikk...so kepanasan.

Semalam mc sakit mata la..bengkak giler mata nih..doktor kata jangkitan kuman..aduih la..so amik mc 1 hari sajer dan hari masuk kerja cam biasa..tapi bila dah settle pendaftaran tadi..duk dlm bilik..kesakitan yang melampau la...

berdenyut-denyut mataku..aduih la..esok ada program kat KLCC pulak. Bos suruh semua pensyarah pergi...erm..camne ekk...tengok la condition esok..kalau mata ni dah ok skit..so leh la pegi..kalau tak..duduk kolej jer lah..buek kerja sini jer..lagipun ada pembetulan dengan slip peperiksaan student..tarikh tersilap la..aduih la..nak kena print baru semula la...

by the way..student sudah bertambah,..so kerja pun akan bertambah,,,huhuhu

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.