Monday, December 27, 2010

8th Anniversary

Hari ini 8th Anniversary mama dan papa. Alhamdulillah semoga jodoh mama dan papa kekal hingga akhir hayat. Actually mama terlupa tapi bila nak pergi kerja tadi salam papa terus dia wish..heheheh..malu sendiri la..terlupa lak...selalunya alert jer tarikh penting nih. by the way luv u papa...thanks..papa kata ado surprise..ntah apo yang surprise la tuh..

Semoga rumahtangga kita sentiasa diberkati Allah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Monday, December 13, 2010

Jalan2 sahaja

Cuti sekolah belum ada bawa anak2 jalan-jalan. So kak long pun tak banyak permintaan just nak jalan2 jer pergi muzium negara, planetarium negara dan zoo negara. Mama papa okey jer sebab dekat ngan Seremban takdelah penat. So ahad semalam pergilah sana sampai petang. Ramai juga orang, mama ingatkan tak ramai orang.
Actually dah lama tak pegi tempat2 nih. Masa sekolah dulu selalu la ikut rombongan, tapi bila dah kerja ni takde pun pergi. So bila kak long ajak..kire ok la.. Dia nak tengok animal kat zoo negara sebab zoo melaka dah 2 kali pergi katanya,,dan tengok safari kat A Famosa Resort,,agaknya nak compare kot..mama papa ikut jerlah...hehehe (nasib baik dia tak minta nak pegi Langkawi ke..pangkor...jimat blanja mama papa..) Bergambar dekat lakaran Hang Tuah dalam Muzium Negara
Bermandi manda di PD....dekat jer maaa... (riyadh pun join)

Depan Muzium..panas tuhhh

Luar planetarium..penat..tinggi sangat..angkut semua..

Nak jadi angkasawan ke??..dalam planetarium..

ALhamdulillah perjalanan pun ok..walaupun rasanya masuk Zoo Negara tuh makin mahal la.. tak tahu kot memang harganya memang macam tu dah..dulu rasanya murah jer..erm..asalkan anak mama papa happy..kire oklah tuh... Next project nak pergi water park pulak..erm..kat mana ek??..yang dekat2 jer sudahh la..

Wednesday, December 8, 2010

Kombinasi..

Bila diletakkan kombinasi wajah ketiga-tiga anak mama, dapatkah dibezakan yang mana satu kak long, kak ngah dan baby..hehehe... Semoga anak-anak mama sentiasa berbahagia dan terpelihara iman dan takwa hingga akhir hayat. Amin.

Lamanya..

Rupanya sudah lama tak update blog kesayanganku ini. Aduih la biasalah dah hujung tahun banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan untuk mengelakkan masalah2 lain. Anak2 pun dah merengek nak ajak jalan2 sempena cuti skolah nih. Kesian kak long...tapi tak pelah nanti ada kesempatan,,mama ngan papa bawa anak jalan2 ek..

Semalam cuti sehari pun...bawa la anak mandi laut sekejap ngan sepupunya...seronok tgk kak long..walaupun sekejap..jadi lah. Maklumlah..family duduk PD so nak mandi laut tuh memang malas nak pegi. Tapi semalam beriya sangat anak2 nak mandi laut..so bawaklah kejap.

Malam tuh mertuaku belanja makan di luar..bestnya...hehehehe..tapi kepenatan la pula. Bila sampia rumah terus kemaskan baju anak nak hantar rumah pengasuh pagi tadi. Baju mama pun tak gosok..nasib baik tak nampak kedut..hehehe...

Nak sambung kerja semula, kang tak siap lak..puas nak menjawab nya..lagipun skang ni student tengah final. So prepare untuk markah akhir mereka.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.