Saturday, April 28, 2012

Birthday PAPA

Hari ini 28 April 2012 adalah  birthday suamiku yang ke 35..hehehe...semoga Allah memberkati hidup papa dan dimurahkan rezeki... Mama celebrate malam tadi memandangkan hari ini banyak aktiviti di kolej mama dan papa pula kena kerja....so better celebrate malam tadi..
 kek chocolate moist..sedapp..
 potong kek selepas solat isyak..amin
 permata hati papa

 santapan malam tadi..
 kak ngah nak suap..nyum.
 kak long pun nak jugak..nyum..nyumm
Adik pun nak juga..cayang dia..

selepas dah makan..tinggallah mama dan papa tolong menghabiskan apa yang patut. Lebih kek simpan nak bagi kawan2 kata kak long dan kak ngah. Kebetulan hari ini mama ada program 2 hari di kolej. So angkutlah kek nya nak bagi kawan.

Sekarang ni pun mama tulis blog di kolej sebab ada karnival kursus pendek 2 hari ini. Mama pagi tadi join kursus senamtari..aduih..sakit kaki...berpeluh juga..maklumlah dah lama tak exercise.. Bila dah selesai tunggu anak kursus komputer tak sudah lagi..so mama nya berbloging lah dulu..heheh..

Friday, April 27, 2012

Wacana Zakat dan Faraid 2012

Alhamdulillah, semalam 26 April mama berpeluang untuk menghadiri Program Wacana Zakat dan Faraid anjuran Pusat Zakat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Pengisian yang sangat berguna kepada kita umat Islam tentang pemahaman keperluan zakat dan faraid dalam Islam. Umat zaman ini sudah banyak terpesong daripada kaedah faraid yang telah disyariatkan dalam Islam. Samada mereka mengetahui atau mungkin tidak maklum tentang faraid ini, wallahualam. 

Antara perkara yang menarik mama kongsikan disini adalah dari segi peranan penama di dalam sesebuah harta yang dimiliki. Contohnya penama di dalam KWSP, penama Tabung Haji atau lain-lain lagi, itu bukan bermaksud penama itu yang akan mewarisi harta tersebut, tetapi ia adalah sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan faraid ke atas harta tersebut. Memang banyak isu yang dipersoalkan oleh penonton dan alhamdulillah semua situasi yang digambarkan banyak memberi pengajaran..tema program ini Negeri Sembilan Negeri Berzakat..masyaAllah semoga makbul.

 Majlis dirasmikan oleh Pengarah JAHEINS
 Ustaz Ghazali Ibrahim bicara tentang Faraid
 Ust. Ghazali Ibrahim adik kepada arwah penyanyi Rabbani..wajahnya dan gayanya serupa. Beliau juga merupakan ustaz di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" tv Al-Hijrah
Selepas Ust. Ghazali, tiba turn Ustaz Don dan Ustaz Badli Shah pula..untuk forum..meriahnya
 Belum start forum, penonton dah bangun ambil gambar dulu
 Forum bermula
 Pengacara tv Al-Hijrah jadi moderator..hensem anak orang ni

 Ustaz Badli Shah memang best..penyampaian yang jelas
Ustaz Don pun best juga..

Kesimpulannya, memang bermakna program wacana zakat dan faraid ini. Marilah kita umah Islam menunaikan zakat kerana melalui zakat kita dapat membantu umat Islam yang memerlukan. TIADA ORANG YANG BERZAKAT JATUH MISKIN sebaliknya rezeki makin bertambah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran bagi setiap sen yang kita keluarkan. InsyaAllah.

Wednesday, April 25, 2012

Pecah rumah lagi??!!!

Isnin lebih kurang jam 6.00 petang, mama balik dari kerja dan terus ambil anak di rumah pengasuh. Semasa nak buka gate hati dah berdetik bila kunci pagar dah terlondeh..macam ada yang tak kena. Kemudian masukkan kereta ke porch tengok tingkap bilik sudah nganga besar2..hati dah rasa tak sedap. Mama dah terfikir adakah sejarah bulan lepas berulang lagi...akhir mama turun kereta..intai tingkap ternganga tuh..sah lah tengok barang dalam master bed room mama sudah bertaburan..Allahuakbar..mama istigfar banyak2.. memang sah rumah kena ceroboh lagi, Mama kuatkan semangat panggil jiran sebelah tanya kalau ada nampak apa2..tapi memang tiada saksi..dan mama call papa untuk balik segera. Dugaan datang lagi..mama pun tawakal jerlah..tak boleh nak kata apa dah...bersyukur mama sekeluarga tiada di rumah..dan barang dalam rumah tiada yang hilang kecuali tabung anak jer..sebabnya..mana ada barang berharga lagi sebab sudah kena curi bulan lepas..
 keadaan tingkat bilik mama..dengan lampu dan kipas terpasang
 gril tingkap telah ditendang hingga tercabut..
 barang berselerak sekali lagi...aduihhh penatnya nak kemas semula
 keadaan tingkap dari dalam rumah..memang menyedihkan
 siapa punya dajal la..dah takde kerja nak buat..
 alat kosmetik habis patah dan pecah..
 Almari solek pun di selongkarnya
 almari hiasan yang tiada barang berharga
bilik anakku kena selongkar juga

Polis datang kira2 11 malam..report dah buat kat Balai Polis pukul 8 malam tu. Penat rasa badan tengok keadaan rumah. Esok confirm kena ambil cuti sebab nak repair semula tingkap. Malam tak tidur bilik..just angkat tilam tidur di ruang tamu sahaja. Entahlah..apa nak jadi dunia sekarang ini.

Siapa Habib Omar?

Pada 22 April 2012 (ahad) adalah hari di mana seorang ulama tersohor dunia telah datang ke masjid negeri Negeri Sembilan di Seremban. Kadatangannya di sambut ribuan warga negeri sembilan untuk mendengar bacaan zikir dan ceramah serta inginkan syafaat dari orang alim seperti ini. Mama rasa terharu dapat mengikuti program ini dan walaupun tidak dapat tengok dari dekat, sekurang-kurangnya suaranya dapat didengar dan wajahnya diapaprkan di layar luar masjid. Khemah besar dibina untuk menampung jemaah yang datang. Family mama dari K.Pilah dan KL pun datang,alhamdulillah.

Mama dapatkan sikit maklumat tentang tokoh ini dari internet antaranya :-
Suaranya yang lantang, badannya yang tegak dengan dibalut jubah dan sorbannya yang dikenakan semakin menambah kewibaannya. Pribadinya santun dan rendah hati. Beliau memiliki akhlak yang terpuji dan memberikan contoh yang diajarkan Rasulullah dengan perilaku yang nyata pada dirinya. Beliau adalah berkah bagi kaum muslimin saat ini. Nasab beliau adalah: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Abdullah bin Abibakar bin Idrus bin Husein bin Syeikh Abibakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi bin Faqihil Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Sahib Mirbat bin Ali Khali‘ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidallah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al-Uraidi bin Jakfar Ash-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah Az-Zahra binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Habib Umar lahir di Kota Tarim, sebuah kota yang terkenal dengan sebutan “Kota Seribu Wali”.

 Ceramah beliau diterjemahkan oleh ulama dari Indonesia
 Wajahnya dari dekat
 Lautan manusia kusyuk mendengar ilmu yang disebarkan
 Terserlah tokoh agamanya..
Yang tak dapat duduk...terpaksalah berdiri sahaja di tepi khemah..dalam masjid memang confirm dah penuh.

Program seperti memang patut diadakan selalau dan memang umat zaman ini dahagakan ilmu manfaat untuk bekalan di akhirat kelak. Allah maha Berkuasa atas segalanya..hanya Dia yang mengetahui bilakah akhirnya alam ini.

Friday, April 6, 2012

Angah Warded

Minggu lepas 4 hari mama duduk ward jaga kak ngah..kena asma la pulak..mama pun x sangka dia kena sebab dari kecil yang teruknya kak long sorang jer.. so hari2 la mama tgk kahak dia kena sedut..tapi takpe..dah besar..takdelah nampak teruk sangat.

Mama memang sakit kepala duduk lama2 kat warded..so hari Sabtu minggu lepas minta discharge...doktor x kasi tapi nak mama nak keluar juga..dah lemah rasa badan...akhirnya keluar jugak la..dengan sebakul ubat yang dibekalkan...heheheh...

petang sabtu terus balik rumah mertua ku..hubby request,,ikut je lah,..padahal kain melambak kat rumah tak basuh lagi..ahad kul 3 petang dah balik Seremban semula..so aktiviti kemas rumah bermula...3 trip mesin kain..mama dah rasa lain macam badan. 

Malam mula berselimut..rasa cam nak demam...
esoknya pergi kerja...dah nak terlayang kat tengah highway..berdebar2 lak rasanya..alhamdulillah takde apa2..nasib baik ade keta horn kuat2..mama tersentak la..sebab mata dah lalok rasanya...s
sampai kolej mintaa driver kolej hantar ke klinik...dr tengok mama jer..terus dia bagi mc 2 hari... so mc la 2 hari lagi... hari Rabu baru start kerja,,,

kerja banyak yang tak siapp...tapi kursus maintain jalan..walaupun sesetengah pensyarah ni tak gerak lagi..mama taknak arahkan lebih2..masing-masing ada tanggungjawab..kalau dah tak mau ikut arahan..terpulang..tapi bila markah prestasi keluar...sendiri mau ingat lah...

ok..hari ni petang appoinment dengan cikgu kursus tarian minggu depan..so kena jumpa dia utk confirmkan masa dan tarikh..next week kursus di seremban..mama uruskan..insyaallah semuanya berjalan lancar.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.