Tuesday, May 15, 2012

Presentation

Pagi ni kena buat presentation by individual tentang kaedah membuat tesis. Masalahnya sudah 10 hari di sini, mama masih pening2 lagi tentang input yang diberi. Malam tadi prepare sikit untuk buat slide..sakit kepala..akhirnya mama tidur jerlah..berserah jawabnya..

buat video call ngan papa dan anak-anak, rasa rileks skit kepala. Bilalah kursus ni nak habis, rasa lama sangat duduk kat sintok nih. Hopefully exam nanti boleh jawab pastu boleh balik NS dengan selamat. Demi nak dapatkan biasiswa dan cuti rehat tak payah bekerja, just pergi kelas jer, so mama redah jerlah apa-apa kena buat sepanjang kurus ini.

Wednesday, May 9, 2012

Rezeki Allah kurniakan

Petang semalam waktu tengah keletihan mendengar ceramah tentang penulisan tesis, mama dapat mesej dari Penolong Pegawai Tadbir di kolej mama, katanya " kena korban lembu seekor ni. Rezeki melimpah ruah tahun 2012. Dapat sambung belajar, dapat biasiswa, naik pangkat, elaun tanggung kerja, keta baru, g umrah dan APC (surat dah sampai)" . Mama duk confuse baca mesej dia..pastu bila tea break  mama baca semula..baru faham..alhamdulillah syukur, rupanya mama dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini.

Memang rezeki tahun ini Allah kurniakan melimpah dan mama sentiasa bersyukur atas kurniaannya. Setiap yang kita kerjakan ada ganjarannya..mama bersyukur dan happy ..habis kelas petang terus call papa...hehehe..papa pun wish tahniah.. bersyukurlah rezeki sebelum nak pergi umrah ni dan untuk anak-anak kita.

Apa yang penting, rezeki yang diperolehi manfaat sebaiknya dan gunakan ke jalan yang diredhai Allah. Tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang yang sentiasa mendengar masalah dan tekanan yang mama hadapi sepanjang bekerja pada tahun lepas. Mungkin ini ganjaran Allah kurniakan berkat kesabaran dan keredhaan dan kekuatan yang diberikan oleh-Nya.

Sunday, May 6, 2012

Kursus QA 18 hari

Hari ini mama selamat sampai ke EDC-UUM untuk kursus QA iaitu kursus wajib di hadiri bagi pegawai yang mendapat tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kursus ini akan bermula pada hari ini iaitu 6 Mei hingga 23 Mei 2012.


So maknanya lamalah mama stay kat Sintok ni. Kalau nak balik NS pun rasanya tak sempat sebab kalau tengok shcedule tadi, kelas hingga Sabtu. ahad sahaja baru dapat rehat. Erm sedih juga masa kat airport tadi tiinggalkan anak2 dengan nenek dan ibu saudaranya. Nasib baik iyadh tak menangis, kalau tak syahdu juga. Dah la papanya kena pergi kursus umrah tu, dan mama pun tak dapat nak join kursus umrah tu. So kena banyak membaca la di sini, mama pun dah bawa buku persediaan umrah tu.

Harapan mama kursus ini mama lulus dan dapat meneruskan pengajian pada hujung Ogos ini.
Mama tak jadi nak ke oversea, so dah prepare surat permohonan tukar lokasi belajar dari luar negara ke dalam negara, semoga permohonan mama diluluskan. Buat anak-anak mama, be a good boy dan girl. Jangan nakal-nakal, kesian papa kena jaga anak2 semua sesorang. Luv u papa atas restu melepaskan mama untuk meneruskan pengajian.  Semoga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Wednesday, May 2, 2012

Reward For Myself

 Semalam sempena hari Buruh, mama tukar kereta baharu. So sebelum tukar kereta, ambil gambar kenangan dulu siap2..actually sayang kereta Nissan Sentra ini, tapi mama rasa nak reward something for myself setelah kenaikan pangkat dan tugas yang memerlukan komitmen yang tinggi yang mama tempoh sepanjang tahun lepas, why not beli something yang mama happy dan bersemangat untuk kerja dengan lebih baik.

 Sebelum hantar ambil kenangan dulu..
Malam baru ambil kereta baharu..bergambar sekejap..hehehe.

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dan mama sentiasa bersyukur dan ingin berkongsi bahagia dengan anak-anak dan papa. Thanks papa for supporting me to buy new car..memang papa sayangkan lagi keta lama mama tu..elok lagi..cumanya mama beli second hand, so bila ada rezeki lebih skit, berhajat nak pakai kereta baharu ..maksudnya first hand la..hehehe..

Bagi mama, kita hidup ini buatlah apa-apa yang boleh menggembirakan diri asalkan tidak melangkaui batasan kita sebagai manusia dan umat Islam. Semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati. InsyaAllah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.