Thursday, December 5, 2013

Kehidupan..

Ketahuilah sahabat2ku semua perkara di dalam pengetahuan Allah Taala. Dengan berdoa menjadikan kita hamba yang sentiasa memerlukan  perhatian Allah Taala...dan ia juga membantu untuk kita merendahkan diri hidup di dunia ini kerana tiada suatu pun yang akan berlaku tanpa izin dariNya.

Setiap langkah, keputusan dan akibat yang berlaku kepada kita adalah kerana perbuatan kita sendiri. Sesuatu keadaan itu tidak akan berubah kecuali kita yang ingin mengubahnya. Oleh itu sentiasa berdoa mohon petunjuk darinya adalah senjata yang terbaik untuk memastikan Allah sentiasa bersama kita dan menghindarkan diri kita daripada menjadi riak atau takbur dgn merasakan setiap kebaikan yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana usaha kita sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.

Di akhir zaman ini, banyak perkara yang berlaku di luar pemikiran kita yang waras dan kadangkala sukar dikawal oleh akal. Hanya doa yang dapat dimohon supaya iman sentiasa di dada dan menjadi benteng untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.