Tuesday, February 18, 2014

Kuliah bermula

Minggu ni bermula kuliah untuk semester akhir..erm..mama belum start dengan research untuk project ini...aduih...tetiba rasa berdebar pulak...moga segalanya berjalan lancar..

kawan2 mesti dah mulakan projek mereka..tapi mama pun tak boleh berlengah2 lagi...kena kuatkan momentum nih,.,,,sedap sgt cuti sebulan.,,lupa dah nak study..
alhamdulillah kesihatan pun dah bertambah baik...rasanya boleh fokus dengan study lepas nih...

Sunday, February 9, 2014

Nose Operation

Khamis lepas...6 February mama menjalani operation untuk hidung mama yang Ada ketumbuhan. memang menakutkan bagi mama kerana sudah menjalani operation yang sama se banyak 2 Kali iaitu pada 1997 dan 2004.. Erm..maknanya ini Kali ke tiga..mau tak fobianya...sebab tuh Kali ni mama buat di hospital KPJ Seremban...dulu dengan dr pakai yang lain. Maybe tukar dr baru ni mama boleh recover better..who knows...

Actually masa hari Rabu mama dah warded..kena buat ct scan..first time..masuk dalam terowong tuh buat scan..it's new experience...and hopefully not happen again...so far after observation..it stil the same problem..mama cuma bimbangkan diagnosis hasil pembedahan jer..takut benda yang dikeluarkan itu sesuatu penyakit yang merbahaya. ketumbuhan hidung ni memang Susah nak dijaga sebab melibatkan anggota dalam..mana nak nampak..cuma rasa jer...Susah juga mama nak jaga..duduk lama2 pun tak boleh...kepala cepat sakit...mesti baring jer...erm..hopefully cepat recover....insyaAllah.

Sunday, February 2, 2014

my birthday

Alhamdulillah hari ini genap usia 37 tahun. Tiada yang membahagiakan bila mendapat menjamu bersama keluarga..biar sederhana..asalkan penuh kegembiiraan..syukur rezeki yang dikurniakan. Mama minggu ini sibuk aktiviti perkahwinan sepupu..sabtu ahad..erm..moga mereka berbahagia.
acara memotong kek...hehe...cam budak2 lak raso eh
kek daripada my hubby..love u papa..
mama just jamu makan pizza jer petang2 yang bahagia ni..
Adam bacakan doa selamat sejahtera untuk sekeluarga

seronok sesekali celebrate macam nih..hehehe...tapi apa yang penting dapat kumpul semuanya...itu matlamat yg utama...moga family sentiasa ceria dan berkasih sayang hingga akhir hayat kita...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.