Thursday, January 26, 2012

Amanat Tahun Baharu KPT

Pagi ini mama bertolak ke PICC, Putrajaya untuk mendengar amanat tahun baharu daripada YAB Menteri KPT bersama rakan pejabat. Disini la dapat berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan dari kolej lain. Dewan A dipenuhi oleh warga KPT dan terdapat 8 Agenda yang dibentangkan 64 Inisiatif dan pembaharuan struktural untuk tahun 2012. Selamat maju jaya untuk semua warga KPT untuk meneruskan misi menaikkan taraf jabatan masing-masing.

 lama juga menteri berucap..so mama snap la skali..

 Tahniah kepada UTM, USM, UPM, UKM dan UM atas Pemberian Autonomi oleh KPT


Amanat dah selesai, so mama ambil gambar dulu sebelum pergi ke parking nak ambil kereta..hehehe..kenapa la mama parking jauh2..kan dah lenguh... so bertolak semula untuk masuk opis dan teruskan kerja yang sentiasa ada..hehehe...

Wednesday, January 25, 2012

Bercuti Ke Langkawi

Cuti Tahun Baru Cina ini keluarga mertua mama ajak bercuti ke Langkawi..semuanya telah dirancang awal..so mama pun follow lah... sebab sponsored by mother and father in law..tq very much..

Trip ke Pulau Langkawi memang memenatkan disebabkan bilangan pengunjung yang terlalu ramai. highway pun jammed..tak boleh nak buat apa la..ikut jerlah arus..yg penting berhati-hati di jalan raya. Riyadh seronok sgt naik feri sebab sejak dia lahir belum bawa ke langkawi lagi..last mama ke langkawi masa LIMA 2009, masa tu Riyadh dalam perut 7 Bulan..hehehe...

 baru sampai jeti ..
makan malam di seafood...yumm..yummm..alhamdulillah..

Seronok juga jalan-jalan bersama family walaupun macam2 dugaan...sabar jerlah..yang penting kita happy... balik dari langkawi..singgah ke Padang Besar dulu..mak ngan ayah nak beli kuali besar untuk kedainya..hehehe..mama pun tumpang la shopping lagi skali..beli baju jer...

Alhamdulillah subuh sampai juga ke Seremban dan selamat sampai dan beradu lama..hingga kul 10  pagi..pegi pasar beli ikan..masak kari... anak2 dah kenyang..sambung tidur smula... malam baru lah rasa segar semula...

Kalau sudah lasak..

Riyadh bila semakin membesar, jadi semakin lasak..hasilnya..hehehe..lebam sana sini. Terkini dia jatuh katil menyebabkan mata kirinya bengkak dan kebiruan. Tiada upaya mama nak menahan semua ini, sorry ye sayang...


Disebabkan lebam terlalu lama, mata jadi merah dan kak long pun sama berjangkit, maka mama refer adik ngan kak long ke specialist..hasilnya ubat penuh dua beg..hehehe...nak buat macamana..telah jerlah..GET WELL SOON..

Thursday, January 5, 2012

Mula Sekolah

Kak long dan Kak Ngah mula bersekolah hari ini. so bersemangat bangun pagi2 pakai baju baru.. mama papa pun ambil cuti...hehehe...
 
 muka tahan mengantuk
 semangat awal pagi
 bergaya dengan beg baru

adik pun menyelit gak..walaupun baru bangun..

Santai Keluarga

Anak-anak suka mengajak mama papanya jalan2 petang-petang..tapi tak larat... petang semalam bawa la jalan2 sambil berbasikal..tapi papa mama naik motor la..hehehe...
 kak ngah dah tak larat kayuh,,papa kena tarik..


lepas kayuh sampai playground..main buaian..

Rezeki 2012


Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana limpah kurnia rezeki yang diberikan untuk mama sekeluarga. Mama telah mendapat tawaran biasiswa untuk sambung SARJANA dan perkara yang buat mama lebih bersyukur adalah kerana mama ditawarkan untuk pengajian di luar negara.

Tapi mama belum bersedia untuk ke sana maka mama cuma akan apply di dalam Malaysia sahaja. Mungkin belum sampai masanya nak ke sana... apa yang penting niat mama ingin meningkatkan kompetensi dalam perkhidmatan supaya dapat menyumbang ke arah kebaikan.

Mama kongsi berita gembira ini dengan semua ahli keluarga dan rakan2 yang sentiasa menyokong mama. Love u all..hanya Allah membalas jasa dan bantuan dari semua yang membantu mama dalam menghadapi dugaan hidup. Barakallah..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.