Wednesday, December 28, 2016

Cuti 2016

Bawa anak jalan-jalan setakat yang mampu nak jalan hujung tahun ni. Perjalanan bermula dari 10 - 16 Disember 2016 merentasi negeri-negeri disemenanjung Malaysia.

Perjalanan bermula di MAHA, Serdang
Naik kuda kita di MAHA
Dari Serdang bergerak ke Kuantan, tido di sana kemudian bergerak ke K. Terengganu, jalan-jalan sebentar sahaja. Petangnya gerak pula ke Kota Bharu


Kenangan di Kota Bharu yang tujuan utama untuk ziarah guru yang telah uzur. Moga cepat sembuh
Dari Kelantan kita ke Penang menaiki Bukit Bendera sebab belum naik lagi. Jalan2 atas bukit tu sampai petang, malam makan pasembor di Padang Kota Lama then grak turun ke Taiping.
  


 Finally kami ke Zoo Taiping hingga petang, then bergerak balik ke Port Dickson 



 Percutian ini memang melibatkan perjalanan yang jauh tapi anak-anak happy. Banyak rumah kawan2 yang kami tidak singgah sebab nak kejar masa. Jam 2 pagi sampai PD then esoknya jam 9.00 pagi terus menghadiri kursus haji di masjid Kg. Paya. Itulah catatan ringkas percutian tahun ini. Ahadnya preparation beli baju sekolah anak dan balik Seremban,,kemas rumahh..arggghhh..





Rukun Haji 2017

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat kasih sayangnya mama dan papa mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tahun hadapan. Kursus haji sudah bermula 17 Disember yg lalu..semuanya memerlukan persediaan mental dan fizikal dari awal lagi. Mama hanya mendoakan segala yang terbaik untuk memastikan urusan haji dipermudahkan. Anak2 sentiasa di bawah jagaan keluarga dan sehat sentiasa sepanjang ketiadaan mama papa nanti.

Kesihatan diri perlu dijaga dan doa yang tidak putus kumohon kepada Allah supaya hubungan suami isteri ini sentiasa terpelihara, tiada persengketaan, dapat kami bersama2 mensucikan diri dan sentiasa sehat walafiat sepanjang mengerjakan ibadah haji kelak. Jauhilah kami dari sebarang musibah dan dugaan yang besar dan kurniakan kami kesabaran yang tinggi dan dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Ibadah umrah yang telah kami kerjakan pada 2012 dahulu membuatkan mama berazam untuk membuat yang lebih baik apabila dijemput tahun 2017 ini. Kepada Allah kami berserah dan memohon pertolongan.

Tuesday, December 27, 2016

14th Anniversary

Bismillah..syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan kepada mama sekeluarga. Dikhabarkan hari ni genap 24 tahun usia perkahwinan kami..tiada sambutan yang meriah..hanya doa dan harapan yang dibacakan semoga keluarga ini sentiada dirahmati Allah SWT hingga akhir hayat kami.

Pelbagai persediaan kami akan buat untuk menghadapi tahun 2017.  Mama pun sudah reward kan diri ini selepas penat bekerja tahun 2016 ini. Tiada yang istimewa hanya beg pilihan hati menjadi penutup shopping 2016 ini. Hadiah anniversary nanti kita update lain waktu ok.


Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah bersyukur kerana masih dapat merayakan aidilfitri bersama keluarga tersayang. Walaupun cuti yang singkat tetapi masa yang ada digunakan sebaiknya asalkan dapat bersama keluarga.

Disebabkan mak sudah tidak larat, kudrat sudah tidak kuat, maka kami sekeluarga membuat open house dengan harapan semua saudara akan datang masa tu. So mak boleh melayan tetamu dalam satu hari sahaja..selebihnya berehat dan mengunjungi saudara yang lain. Alhamdulillah makanan pun cukup dan tetamu pun seperti biasa lah tak pernah sikit..memang ramai..dan tetamu itu adalah yang membawa berkat pada rumah ini...maka raikan mereka..moga Allah merahmati kami sekeluarga.

Salam aidilfitri dan selamat berhari raya.

Friday, June 24, 2016

Rezeki Ramadhan

Satu perkara yang memang meriah time bulan puasa ni..adalah orang berkongsi rezeki..nak kata sedekah kang..ktia tak layak terima sedekah..so bak kata ustaz di beri hadiah..berkongsi rezeki... Kerja di jabatan ni itu yang bestnya..byk betul kolej bagi untuk kami merasa hasil tgn pelajar kolej..maklumlah kami di jabatan tiada student...dokumen ada laa..so pelajar kolej yang buat..then mereka hantar ke sini..alhamdulillah..dapat juga merasa..rasanya kawan2 mama di kolej dah biasa makan hasil tangan pelajar nya..tapi kita di HQ ni asalkan ada yang beri kita makan la...tapi mmg best biskut nih...terima kasih KK Rompin.
ucapan tulus ikhlas dari KK


nampak tak..wrapping pun cantik..isi pun sodapp..bawa balik..anak2 suka

alhamdulillah..satu lagi di jabatan ni mama rasa sebulan puasa ni beli kurma sekali sahaja..sebab ada sahaja yang menyumbang..baik kotak kecil atau besar..tapi sentiasa ada...makanya tak perlu la nak beli kurma dah...moga murah rezeki mereka yang memberi..

Iftar Ramadhan

Bulan mulia ni memang banyak event iftar diadakan. Rasanya acara yang tak pernah miss mestilah iftar my hubby..kompoeni dia la..walaupun multinasional..maksudnya..pelbagai bangsa ada..dan bos dia pun non muslim..tapi mereka respect each other..so mmg akan buat juga event utk muslim staf..alhamdulillah..

Tahun ni bak kata hubby budget lebih kepada penjimatan so buat dekat hotel kecil2 jer..bagi mama ok jer..asalkan dapat makan..hehehe..so nak dijadikan cerita sedang tunggu waktu berbuka..terserempak pula dengan Ustaz Samsul Debat ni. Actually lately mama dan kawan2 pun mmg selalu ikuti ceramah ustaz ni di tv hijrah..tapi kami tgk onlien jerlah..bila time rehat bulan puasa ni..buka la kejap..kadang2 sambil kerja pun buka..boleh pasang telinga...sama juga... rasanya glamor ustaz ni sebab kelalar ceramahnya..dan mmg sesuai dgn keadaan kita..tambahan pula cakap nogori..mama org nogori..mmg senang lah nak faham..tapi kawan mama bukan n9 pun..faham juga..

so hubby dan kawan2 dia tegur ustaz tu..dan seperti biasa mesti ada sesi  bergambar kenangan dengan ustaz tu..hehehe..so bila time berbuka dan masuk..papa terus cakap kat ustaz tu waktu dah masuk..dan ustaz bacakan doa untuk semua yg ada dalam cafe tuh..alhamdulillah kenyang makan...jgn demand2 sgt bulan puasa nih....rezeki yang datang kita bersyukur jerlah...itu lebih baik..
papa dan kawan2 nya...suka dia

anak2 ku penawar jiwa
Selesai iftar, terus naik atas..solat maghrib dulu sblm bertolak balik rumah. Walaupun buat kat PD tapi nak singgah rumah nenek tak sempat lah..sbb seharian kerja..pastu iftar kat situ..bergegas balik rumah..terawih pula anak-beranak..then tidur..mama mmg hari kerja kepenatan sikit maklumlah travel dari Seremban ke Putrajaya..bukan sbb jauh tu tapi sbb traffic jem tu...hehehe..balik rumah mesti masak untuk berbuka..sbb mama tak gemar sgt pasar ramadhan ni..nak ikut selera sendiri..tu yg kena masak laa...

Buat Nugget Ayam

Yess..hari ni nak share cara mama buat nugget ayam..actually puasa ni macam2 la anak2 minta..riyadh dah pesan dia nak makan nugget..mama malas nak pergi pasaraya beli nugget..penat laa..so mama google,jumpa lak cara nak buat nugget..sib baik bahan ado jer di rumah..so kito buek laaa..

Bahan yang digunakan..daging ayam cincang, bread crumbs, tepung ubi, telur , garam dan lada sula atau black pepper

sudah digaul sebati gitu

setelah di gentel ikut bentuk yg disukai

tima untuk salut..iaitu telur dulu.pastu tepung..pastu telur again last bread crumbs

dah siap dan masuk peti sblm goreng..sbb baru tghari..nak berbuka baru goreng

sedang di goreng...

Rasanya sedap untuk kali kedua nanti mama dah tahu apa yang nak kena lebih atau kurangkan. First sekali kena letak byk sikit garam..sbb bagi mama kurang masin..hehehe..then bila nak salut tepung ubi jangan tebal sgt...mama tak gemar kot..sebab ada juga sebijik dua yang tebal..tak urmm rasanya...hehehehe..resepi ni pun mama ambil dari internet juga..tapi tak ingat blog siapa..cuba jgn tak cuba..senang jer..hehehe

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini diberi peluang Allah untuk menyambut Ramadhan lagi. Aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan semua hutang puasaku tahun lepas sebanyak 26 hari memandangkan bersalin time puasa..last hari Sabtu minggu lepas..kira settle semuanya..

Ramadhan kali ini memang rasa lain sikit..macam cepat sahaja masa berlalu...hari pertama puasa aku berada di Port Dickson bersama mertuaku...malam lepas terawih baru balik Seremban sebab selasa baru kerja. Memang seronok sahaja rasa badan untuk menunaaikan ibadah ini.

Segalanya hanya Allah yang lebih berkuasa. Ampuni dosaku dan suamiku..doasa kedua ibu bapa ku..anak2 ku..moga menjadi muslim soleh dan solehah..selamat kehidupan didunia dan akhirat sentiasa terpelihara iman hingga akhir hayat.. Ya Allah murahkan rezeki ku..rezeki yang melimpah ruah...dan mejadi hamabu yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berkongsi dengan orang lain. Engkaulah penetu segalanya..hanya pada Mu ku berserah ya Allah.

Monday, May 30, 2016

Birthday Hana

Semalam 29 Mei genap umur hana 1 tahun. Tak sangka masa cepat berlalu..rasanya baharu sahaja mama melahirkan dia..tgk2 dah cukup setahun. Kebetulan minggu ni mama balik kampung, so terus buat makan-makan sebab ramai yang ada kat kampung nih. Baby hana kena usik oleh mak sedara dan sepupu dia.

Actually hana kuat cembeng juga sebab kat kg ni semua jenis cakap kuat2..hahahah...dia takut dan rasa orang marah dia..tu yang cepat sedih so apa lagi jadi mangsa usikan orang lah.
apa pun mama dan papa gembira tengok anak mama membesar dengan sehat dan ceria selalu..moha hana menjadi anak yang solehah, sentiasa disayangi dan menyanyangi, berjaya hidup di dunia dan di akhirat serta teguh imannya..dan berkat hidupnya..amin..love you sayang...

mama suap kek sikit

potong kek dulu ye

bersama papanya

keluargaku

manja kat pak tam dia

Visit Farm in the City

Sabtu lepas mama papa bawa anak-anak jalan2 di Seri Kembangan. Dah lama berhajat nak ke sini untuk anak2 dapat live dgn haiwan2 yang ada di sini..memang pengalaman yang menarik...anak2 lagi lah suka...mama papa. tumpang suka juga..hehehe

actually nak bagi hadiah untuk Hana dah 1 tahun esok..so bawa hana jalan2..tapi dia bukan faham pun..yang penting dia seronok dapat jalan2 naik keta soroang dia tu..

so kita layan gambar jap ek..

burung atas kepala angah

tangkap ikan yang tidak berjaya

banyak ikan nya

burung hantu

penat jalan makan dulu

pintu depan farm

cuba usik haiwan ini

Bagi makan kura-kura besar

Wednesday, May 25, 2016

Marathon ganti puasa

Disebabkan mama bersalin masa bulan puasa so mmg banyak lah harinya nak di ganti..so menjelang Syaaban ni mama kena marathon ganti puasa...boleh tahan juga penatnya..tapi alhamdulillah Allah izinkan mama dapat melaksanakan ibadah ini..hopefully sempat habiskan menjelang ramadhan nanti...insyaAllah...

Sebenarnya masa bersalin kan kak long dan kak ngah pun sama...pendek kata anak perempuan mama semua mama lahirkan time ramadhan lah...hehehehe...itu yg ganti banyak jadinya...setakat hidup mama ni tak pernah lagi tak habis ganti puasa..atau kena bayar fidyah..so itu yg mama cuba juga usahakan untuk kali ini...hopefully dgn izin Allah...mission accomplish...hehehe

My lovely children
Anak-anak adalah kekuatan mama...walau apa dugaan yang datang..tiada yang boleh melemahkan mama bila anak2 sentiasa di sisi.. kalau setakat ganti puasa ni anak mama pun dah faham...so support mama...hehehe... love you all...muaahhh...

Bentang paper

Buat pertama kali mama bentang paper setelah lama habis belajar...last masa present master project jer...kali ni berdebar la pulak..tapi macam  biasa..make it happen..

alhamdulillah tiada masalah yang dihadapai walaupun partner mama tiada di sisi disebabkan masalah kesihatan anaknya yang perlukan perhatian...so i'm alone tapi utk kerja sepanjang seminar tu semua ada..beri jerlah komitmen selagi mampu..walaubagaimana tekanan yang datang pun...hati kawan2 kena jaga..sebab kawan2 la supporters kita..by the way mama manusia biasa..ada masa tak boleh nak kawal emosi..sedih sahaja...mungkin sbb penat atau cara org layan kita..whatever lah.,semua itu isu kecil jer..

luckily seminar klai ni disampaikan oleh YTM Raja Muda Perempuan Perlis...erm..first time jumpa anak raja perlis ni sebab masa konvo maktab perlis dulu..raja dan permaisuri perlis yang sampaikan..kali ni utk seminar merasa la tgk anak dan menantu nya dari dekat..sgt baik dan peramah...

gambar bersama tuanku dan jawatankuasa seminar

sewaktu penyampaian sijil kepada pembentang seminar

bergambar dgn Dato Ketua Pengarah (org BPN)

barisan penerima sijil pembentang dari tuanku
Pengalaman berharga buat mama...jumpa kawan2 lama..seronok juga..walaupun jadual kerja sepanjang seminar ini sgt padat sbb mama pun merupakan AJK seminar..so kena juga bertugas utk 3 hari nih..alhamdulillah semua settle..

Monday, May 9, 2016

Audit di KK

Kuala kangsar daerah yang tak pernah lagi mama jejaki. Atas urusan kerja ni so dapatlah melihat kawasan. Memandangkan kawasan pekan nya tidak begitu besar..so dalam masa sejam jer dah habis explore pekan nih.

Tapi seperti biasa..mercu tanda kalau ke kuala kangsar ade 3 tempat yang mesti dikunjungi... Masjid nya, istana lama yang dah jadi muzium dan MCKK yang terkenal dari dulu..so mama round tengok tempat tuh..cantik bandar ni dan aman jer..

layan gambar jap..



sesekali bekerja sambil tengok tempat orang ni banyak juga ilmu yang diperolehi. Next trip mama ke Perlis...tungguuuu...sebab targetnya hujung tahun ni dah tak perlu nak kuar dah..duk opis jer..senang citer..

Teluk Intan

Hujung bulan dan smepena hari buruh kena balik teluk intan sekejap untuk menghadiri wedding sepupu hubby. Walaupun mama rasa kepenatan sbb minggu ni juga baru balik dari kuala kangsar utk audit kolej, tapi gagahkan juga la demi keluarga suamiku.. nak buat macamana...komitmen family...semua nak kena jaga juga..


alhamdulillah selesai wedding..malam bertolak balik sbb esoknya dah isnin nak antar kak long ke hostel pula..mmg penat sgt rasanya..tapi takpe..sesekali... Tak tahu nak citer ape lagi..yang penting dapat rehat..semua happy..alhamdulillah..

Thursday, April 21, 2016

April ini

Banyak betul tugasan bulan april nih..tetapi mama bersyukur atas kesihatan yang dikurniakan. Bermula dengan mesyuarat untuk majlis APC, kemudian next week nya lawatan benchmarking ke UKM berkenaan i-CGPA..banyak juga nak kena prepared untuk realisasikan KPI jabatan yang ini. Kemudian mama relaks kan midan dengan menghadiri kursus di KPT. Sronok juga memperlajari sesuatu yang baru yang luar daripada bidang kerja.

Balik dari kursus esoknya mesyuarat lagi untuk persediaan seminar di Perlis pula. disamping itu mama kena siapkan penulisan mama sebelum 15hb untuk di hantar dan boleh present masa seminar nanti.

Next week nya mama menguruskan Bengkel di Port Dickson. Banyak maklumat ingin dikongsikan di samping taklimat perkongsian ilmu bersama semua peserta berkenaan MQA. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan laman web juga telah diwujudkan dan membolehkan semua warga kolrj mencapai maklumat berkaitan akreditasi di sana. Apabila hari khamis tu preparekan paper nak submit jumaat, petang pergi tengok kak long dan bawa dia bali. Rupanya dia jatuh dan menyedihkan mama  sbb doktor suspect dia slip disc. warded 3 hari kak long dan kak ngah..(semput) dan alhamdulillah anak2 semakin sehat. Jumaat tu mama ambil emergency untuk refer kak long ke KPJ. Memang rasa penat sangat tapi bila memikirkan anak..kuatkan juga semangat.

Minggu ini busy dgn persiapan majlis APC dan alhamdulillah majlis pada Rabu malam itu berjalan lancar. Namun berita sedih juga kami terima kerana sahabat mama aida kehilangan ayah tersayang. Selesai majlis malam itu hampir jam 11 dan mama sampai rumah pun hampir jam 12. Nasib baik papa setia menunggu.

Khamis tu mama masuk ofis lambat sebab menziarahi aida di seremban. Moga dia sekeluarga tabah dan sleepas itu mama terus masuk ofis. Kak long mama hantar dia terapi sekejap pagi tadi dlaam 40 minit jer. ALhamdulillah bengkak di belakangnya sudah reda..riau juga sbb weekend ni nak hantar balik asrama semula. Moga Allah sentiasa melindungi anakku dari sebarang kecederaan lagi.

Di ofis hari ni rasa penat sangat mungkin sbb seharian semalam menguruskan event tuh..dan pagi ni kle hospital then ziarah pastu masuk ofis..erm..boleh tahan ngantuknya, Nak kena makan supplemen macam nih..hehehe..

Sedang memberi perkongsian maklumat dengan peserta bengkel

bersama team partner ajk hadiah majlis APC

Monday, March 28, 2016

Sabah

TIdak berkesempatan untuk bercuti di tempat ni..hanya kenangan jer.. so mama ambil kesmepatan bila ade tugas rasmi di sana..selesai waktu kerja....jalan2 di sana... esoknya dah nak terbang balik ke semenanjung..so gunalah peluang yang ada... walaupun sekejap jer tapi ade juga pengetahuna tempat orang..alhamdulillah..

esoknya selamat sampai ke KL dan bertemu semula suami dan anak2 tercinta..thanks darling..very understanding...
air laut yang sangat jernih dan tidak tercemar..nampak ikan2 dalam tuh

Pribumi yang menetap di atas air

Anak-anak pribumi yang boleh survive..walaupun masih kecil
bila tengok kehidupan mereka, kita bersyukurlah dengan apa yang kita ada..mereka sangat berani. Kecil2 lagi sudah berkayuh ke tengah laut cari makanan..tapi gambar ni mama ambil masa diorg minta makanan kat kita..nak bagi ramai sebenarnya di atas laut nih..tak boleh nak kasi..

Semoga keindahan ini terpelihara selamanya..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.