Tuesday, June 12, 2018

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT


Image result for jagalah hati

Bismillahirahmanirrahim...segala puji bagi Allah atas segala kurnia dah rahmat yang dilimpahkan.

Nampaknya belum ada sebarang posting mama pada tahun ini semenjak menunaikan ibadah haji pada tahun lepas. Entah kenapa hati ini sudah merasa kurang ingin bercerita di laman sosial semenjak kepulangan dari tanah suci. Sehinggakan ramai2 sahabat dan rakan taulan mesej personal untuk bertanya khabar sebab tiada sebarang posting yang mama share. Tapi buat masa ini belum ada rasa nak post apa2 di dalam FB, lebih prefer update di dalam instagram shj dgn tujuan untuk kenangan. That's why dlm insta pun tiada follower sgt sbb semuanya mama decline..hihihihihi.

Tahun 2018 mama memegang tekad untuk mengubah corak kerja kerana dihantui pelbagai dugaan dan cabaran bagi tugas yang mama jalankan dahulu. Cubaannya daripada manusia bukan kerja itu sebab i love that job but disebabkan kelemahan diri mama sendiri, mama tak berupaya untuk melayan kerenah manusia yang sangat tidak bertanggungjawab dan meletakkan risiko kepada orang lain. Akhirnya mama merasakan biarlah mereka dan mama yang kena ubah diri iaitu jika kita tidak mampu menghadapinya lebih baik mama ambil langkah untuk cuba ke bidang lain. Alhamdulillah segalanya seperti telah ditentukan, mama memang mendapat portfolio yang baharu dan mungkin pengalaman yang baharu.

Doaku adalah semoga setiap kerja yang ku lakukan adalah ibadah dan mama sentiasa berdoa tidak menjadi seorang yang zalim, menindas orang lain atau menimbulkan masalah kepada orang lain. Moga Allah membantu mama sentiasa supaya istiqamah. Menjaga hati adalah sangat susah dan ia perlu dilatih untuk sentiasa bersangka baik. Jika ada perkara yang kita tidak berkenan, jauhkan sahaja kerana itu lebih baik drpd mengata sana sini, nuzubillahi min zalik.


note: gambar amik dari internet

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.