Wednesday, May 6, 2009

Ajar kak long solat

Suatu hari tu kak long balik sekolahnya, dia cerita dengan mama, cikgu tanya sape solat kat rumah. So kak long tak angkat tangan la, agaknya dia frust kot, sebab cikgu puji la kawan2 dia yang dah mula belajar solat tuh. So mama pun tunaikan lah permintaan dia, tiap kali mama ngan papa nak solat mesti kak long nak join sekali. Mama taknak paksa dia tapi bila dia yang request so mama pun ajar la. So teringat la pulak lagu nasyid kumpulan huda dulu..
"Didiklah anak-anak mu bersembahyang,
Sedari umurnya 7 tahun,
Bimbing mereka tunaikan kewajipan,
Hidup dan mati kerana tuhan."Nasib baik masa sekolah cikgunya dah ajar dia bacaan dalam solat tapi kak long masih belum hafal. Sekarang ni yang dia hafal niat sembahyang je. Ok la tu mama perlahan-lahan ajar dia.
Mama suruh ruku' betul2 tapi dia buat setakat boleh jer dulu. Takpe practice make perfect.
Bacaan waktu ruku' dan sujud dah hafal sebab mama suruh dia ulang banyak kali. Kena sabar la sikit ajar kanak-kanak ni sebab bila dah masuk rakaat kedua, kak long dah mengeluh penat.
Sambil belajar solat tu, adik pun buat operasi dia menyepahkan mainan pinggan mangkuk dia.
Kak long dah selesai bagi salam sempat lak jeling kat mama yang tengah ambil gamba dia..hehehehe..
Hopefully, dia dapat sikit la, walaupun tak 100%. Next time boleh belajar lagi. Tapi mama nak sangat tahu macamana anak orang yang kecil2 dah pandai baca Al-Quran pastu boleh hafal bacaan dalam sembahyang tu?..erm..masyaAllah semua kuasa Allah yang penting sebagai manusia kita kena berusaha.

1 comment:

Ummi... said...

ko tau..anak-anak saudara aku kat terengganu umur 5 tahun dah pandai baca dlm solat tau...umur 6 tahun dah khatam quran...huhuhu..aku lak malu sebab anak aku pun baru nak pandai baca niat semayang....

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.