Thursday, June 25, 2009

Berpindah..

Mama terima berita baik minggu lepas. Mama dapat berpindah kolej so lepas ni lebih dekat dengan rumah la. Estimate dalam 30 minit dah sampai tempat kerja compred with kolej mama sekarang kalau nasib tak baik lebih sejam setengah baru sampai rumah.
Papa, kak long dan adik suka la walaupun adik tu bukannya faham pun tapi bila papa sibuk cerita dia sengih je la. Hopefully mama enjoy juga ditempat baru walaupun mama tahu banyak kerja nak kena buat nanti, maklumlah tempat baru so macam2 nak kena set up. 1 hb ni mama akan lapor diri kat tempat baru tapi rasanya tak pergi ke kolej baru tapi kena pergi ke Seri Kembangan dulu. Bangunan kolej baru mama tu belum release lagi Cfnya so tunggu..
Sementara tu mama kena duduk kat pusat dulu la tak tahu la berapa lama. Tak kisah la asalkan dapat menimba pengalaman baru itupun rasanya dah cukup baik. Mama bukan harap dapat naik pangkat ke ape ke, tapi yang penting bila mama kerja family mama pun terjaga dengan baik. Sebab skang ni bila balik kerja, mama letih sangat badan sebab travel pergi kerja jauh sgt so bila balik nak melayan anak2 pun dah tak larat, kesian puteri2 mama.
Oklah, see you next entry sebab hari2 terakhir ni mama sibuk pack barang dan settlekan kerja sebelum hand over pada orang lain. Nota serah tugas pun belum buat lagi, isk..sedih juga nak tinggalkan kolej ni. Lama mama di sini dan macam2 situasi mama dah tengok, takpelah itu semua mematangkan diri sebenarnya. Moga semuanya berkeadaan baik dan selamat seperti dirancang.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.