Alhamdulillah, hari ini Pengarah baharu sudah masuk kolej mama walaupun mantan Pengarah masih ada lagi, tangguh sampai minggu depan. Namun demikian itu tidak menggangu tumpuan kami di kolej kepada pimpinan baharu ini. Mama dan semua staf telah bekerjasama mengubahsuai semula bilik Pengarah untuk dapatkan mood yang baru. Tidak mahu ingat semula kenangan bersama yang lama dan ingin menjadi terus maju pada tahun hadapan bersama kepimpinan yang baharu.
Walaupun pelbagai spekulasi yang timbul kerana ada juga individu yang sibuk nak masuk kolej mama nak jadi Pengarah tapi kami semua di kolej berdoa biarlah pengganti yang terkini ini kekal dan tiada pertukaran lagi.
Semoga allah memberi ketenangan dan kesejahteraan kepada semua staf di kolej mama dan menjadi penjawat awam yang lebih baik pada masa akan datang..yeeehhhhhaaaaaa...
No comments:
Post a Comment