Thursday, January 5, 2012

Rezeki 2012


Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana limpah kurnia rezeki yang diberikan untuk mama sekeluarga. Mama telah mendapat tawaran biasiswa untuk sambung SARJANA dan perkara yang buat mama lebih bersyukur adalah kerana mama ditawarkan untuk pengajian di luar negara.

Tapi mama belum bersedia untuk ke sana maka mama cuma akan apply di dalam Malaysia sahaja. Mungkin belum sampai masanya nak ke sana... apa yang penting niat mama ingin meningkatkan kompetensi dalam perkhidmatan supaya dapat menyumbang ke arah kebaikan.

Mama kongsi berita gembira ini dengan semua ahli keluarga dan rakan2 yang sentiasa menyokong mama. Love u all..hanya Allah membalas jasa dan bantuan dari semua yang membantu mama dalam menghadapi dugaan hidup. Barakallah..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.