Wednesday, December 28, 2016

Rukun Haji 2017

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat kasih sayangnya mama dan papa mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tahun hadapan. Kursus haji sudah bermula 17 Disember yg lalu..semuanya memerlukan persediaan mental dan fizikal dari awal lagi. Mama hanya mendoakan segala yang terbaik untuk memastikan urusan haji dipermudahkan. Anak2 sentiasa di bawah jagaan keluarga dan sehat sentiasa sepanjang ketiadaan mama papa nanti.

Kesihatan diri perlu dijaga dan doa yang tidak putus kumohon kepada Allah supaya hubungan suami isteri ini sentiasa terpelihara, tiada persengketaan, dapat kami bersama2 mensucikan diri dan sentiasa sehat walafiat sepanjang mengerjakan ibadah haji kelak. Jauhilah kami dari sebarang musibah dan dugaan yang besar dan kurniakan kami kesabaran yang tinggi dan dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Ibadah umrah yang telah kami kerjakan pada 2012 dahulu membuatkan mama berazam untuk membuat yang lebih baik apabila dijemput tahun 2017 ini. Kepada Allah kami berserah dan memohon pertolongan.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.