Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini diberi peluang Allah untuk menyambut Ramadhan lagi. Aku bersyukur kerana dapat menyelesaikan semua hutang puasaku tahun lepas sebanyak 26 hari memandangkan bersalin time puasa..last hari Sabtu minggu lepas..kira settle semuanya..

Ramadhan kali ini memang rasa lain sikit..macam cepat sahaja masa berlalu...hari pertama puasa aku berada di Port Dickson bersama mertuaku...malam lepas terawih baru balik Seremban sebab selasa baru kerja. Memang seronok sahaja rasa badan untuk menunaaikan ibadah ini.

Segalanya hanya Allah yang lebih berkuasa. Ampuni dosaku dan suamiku..doasa kedua ibu bapa ku..anak2 ku..moga menjadi muslim soleh dan solehah..selamat kehidupan didunia dan akhirat sentiasa terpelihara iman hingga akhir hayat.. Ya Allah murahkan rezeki ku..rezeki yang melimpah ruah...dan mejadi hamabu yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berkongsi dengan orang lain. Engkaulah penetu segalanya..hanya pada Mu ku berserah ya Allah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.