OdahIloh Birthday



Tuesday, December 8, 2009

Kesian anak..

Hari jumaat mama baru masuk opis sebab baru balik dari Langkawi, pastu petangnya kena ke KL pulak ada mesyuarat sampai hari Ahad. Letih memang takleh nak kata lah tapi dah kerja kena buat jugak lah. Jumaat malam ada dinner anugerah cemerlang pelajar bersama ketua pengarah. Esok paginya perjumpaan bersama ketua pengarah sampai tengahari dan petang baru start meeting sampai la kul 12.00 malam sebab nak siapkan bajet untuk 2010. Memang tak sedarlah sebab leka sgt buat kerja.
Esok paginya sambung lagi sampai kul 12 so prepare balik Seremban la. Badan dah penat, cadang nak pergi tgk kawan kahwin tapi badan dah lembik maklumlah berbadan dua nih,tak jadi nak pergi kenduri. Just tidur jer kat rumah sebab esok nak masuk kerja pula.
Lepas ni plan nak cuti bawa anak2 jalan. Kesian diaorang sebab mama sibuk jer takde masa nak bawa anak jalan2. SO mama olan ngan papa nak gi jalan tapi tak tahu kat mana lagi.

LIMA '09 Langkawi


Minggu lepas mama ada lawatan kerja ke Langkawi untuk melawat kolej di sana. Kebetulan ada LIMA di sana. So dapatlah menengok pertunjukkan kapal terbang, bingit telinga tapi seronok la sebab dapat jumpa ramai VIP kat sana. Ada jumpa menteri, raja dan macam2 orang. Kebetulan kawan mama ada member kat sana so dapat pass VIP bolehlah mama masuk ke dalam kawasan yang limited tuh. Sebab kalau ikutkan pameran itu dibuka untuk public pada hari Sabtu, mama balik hari Khamis. Kalau nak shbopping kena tengok2 la sebab barang semua naik harga. So mama just beli coklat jerlah bawa balik. Lawatan ke kolej di sana memang bestlah sebab macam2 maklumat kita dapat.
Cuba teka kat mana?..hehehe...ini salah satu kapal terbang VIP yang mama sempat masuk


Ini adalah salah satu model kapal terbang Air Bus, besar juga dan menarik isi dalamnya.
Balik tuh flight delay so mama sampai malam lah. Esoknya pagi ada program kat kolej mama, so bos suruh masuk awal. Lotih lahhhh..

Sunday, November 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha




Mamaodahiloh sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga beroleh keberkatan pada hari yang mulia ini. Mama sekeluarga akan beraya di Port Dickson dahulu kemudian baru balik ke kampung mama pula. Ibdah korban ada dilaksanakan di PD nih. Banyak juga 3 ekor lembu semuanya. Hari kedua di masjid lukut pula dan ayah ambil sebahagian untuk anak mama shiloh...hehehe..


Kalau ada kesempatan mama upload gambar korban tuh nanti. Kakak excited tengok org sembelih lembu, adik duk berkepit ngan acunya takut tapi nak tengok..dari jauh jerlah...erm..walaumacamanapun mama happy pada hari bahagia nih. makan memang best lah..macam2 ada...hehehe...see u nanti..esok kena kerja semula...

Lakaran Keluarga


Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Kebesaran Allah