Monday, February 27, 2012

Happy Birthday Riyadh

Tarikh: 25 Februari 2012
Hari : Sabtu, 5.30 Petang

Birthday my lovely son untuk tahun yang kedua..baru 2 tahun anakku..hehehe.mama doakan berbahagia selalu dan menjadi anak yang soleh. Semoga Allah sentiasa melindungimu dan kekal sebagai muslimin hingga akhir hayat, insyaAllah, Amin.

Mama n family balik kampung sebab nak celebrate dik yad. Kebetulan sepupunya semua ada, so bolehlah potang kek kat sana sebab ramai sikit barulah kek tu habis.

 Kek Panda..mama nak beli yang Padang Bola tapi dah kena rembat kat orang lain..
 Papa tolong adik potong keke
 Sedapnya mama..nyum..nyum,,
 kak long pun nak sibuk juga..

Malam makan luar semuanya, sempena kenaikan pangkat dan birthday Riyadh skali. Semoga dimurahkan rezeki dan rezeki yang diperolehi dapat dikongsi dan diberkati.

Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi : Masjid Kariah Lukut

Pagi lagi sesudah subuh mama sekeluarga mertua di Pantai Mas bersiap sedia untuk menyertai perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Lukut, PD. ayah selaku Iman 1 di masjid tersebut menggalakkan kami semua menyertainya. Excited rasanya nak berbaris sekali..mama angkut anak2 semua..

Jauh juga berjalan...tapi seronok la dapat exercise..berselawat sambil berarak..mengingatkan kita pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Mama rasa program seperti perlu dilaksanakan setiap tahun untuk memupuk generasi akan datang supaya menghargai bulan kelahiran nabi.

 berdoa sebelum mula berarak
 kontigen dari sekolah pun ada
 AJK Masjid pun ada juga..
 Baru nak mula gerak..

Papa dukung adik..lambat sgt jalan..hehehe
Mama sedang bersemangat ngan kak ipar ku..senyum along...
persembahan dari pelajar Tahfiz
Persembahan marhaban dr masjid Lukut

Program ini mendapat sambutan ramai, ade ceramah dari ustaz,,best ceramahnya..pastu ada ucapan dari nazir dan Dun Bagan Pinang.. mama sibuk nak menidurkan anak la pulak..adik dah mengantuk..
lepas makan tengahari program selesai..balik rumah mak...tidurrrrrrrrr...lama...penat juga..petang kul 6 terus balik semban sebab nak prepare Isnin mama kursus di KL. Tinggal anak2 dan suamiku tersayang..jaga anak2 kita ek...luv u...

Rumahku Diceroboh

Pada 17 Februari 2012, iaitu hari yang sama mama mendapat keputusan kenaikan pangkat tu, rumah mama dimasuki pencuri.Mama balik dari kerja, dah siap parking dalam garaj kereta, baru perasan yang sliding door mama ternganga jer..hati dah rasa tak sedap mama terus tarik anak2 keluar dari kereta dan lari keluar rumah,,pergi ke rumah jiran.

Bila mama perhatikan tepi pagar rumah mama dan tepi pagar rumah jiran mama kena potong, so memang confirm la pencuri masuk..erm...mama call hubby..dan hubby on de way nak balik..so dia call polis..mama tunggu jerlah luar rumah tu...dan minta pengasuh dtg tolong ambil semula anak mama sebab kak long dah menangis..dia takut kot...

Bila polis peronda sampai, dia masuk rumah mama dah check baru dia kasi mama masuk..erm..berterabur barang dalam rumah..isk berdebar jugak rasa. Barang yang hilang...erm..laptop, kamera, barang kemas dan juga basikal raleigh papa punya...huhuh...kunci motor dah beralih, tapi rasanya dia susah nak angkat kot..so tak dapat la nak ambil..memang hampeh punya penyamun..


alhamdulillah ramai kawan2 yang datang memberi sokongan, family mertua semua datang, kak zai dr bukit chedang pun datang..thanks friend, kejiranan seremban 3, YB Dun Mambau pun datang...erm..sebabnya adalah sudah 5 buah rumah kena pecah masuk dalam masa seminggu ni...ape kes nih...

Bila call mak kampung..betul juga mak cakap..pagi tadi mama call dia khabarkan pasal kenaikan pangkat mama, dan petang mama call bagi tahu musibah ni..so mak mama nasihatkan redha dan bersyukur kerana pencuri masuk time family semua anak beranak takde di rumah..nyawa lebih penting dari segalanya... Bila kita dikurniakan sesuatu nikmat, kadangkala ujian datang juga untuk melihat tahap kesabaran dan redha kita dengan apa yang berlaku.

Jumaat mama ambil cuti kecemasan, dah call pengarah malam tadi..dan pagi lagi dah cari kedai welding..sebab pintu dah tak boleh kunci..habis kena potong..so welding selesai, beli kunci baharu lagi.. tawakal apa yang berlaku..moga ada hikmah disebaliknya.

Thursday, February 16, 2012

Nota Serah Tugas

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Hari ini mama mendapat keputusan kenaikan pangkat. Semakin bersemangat nak bekerja dan mama harap rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati. Nampaknya rezeki berganda..Januari dapat biasiswa februari dapat naik pangkat..syukur...
 Jawatan hakiki yang akan dilepaskan
tanggung kerja yang akan dilepaskan juga

Mama tengah preparekan nota serah tugas untuk jawatan hakiki yang mama pegang selama ini. Bila kenaikan pangkat, macam inilah situasi yang berlaku, walaupun penempatan mama di tempat yang sama, tapi kena lapor diri juga..dan serahan tugas perlu dibuat. Jawatan yang disandang memang takkan kekal..takpe yang penting gaji naik..demi keluarga tercinta..mama akan buat sebaik mungkin dalam perkhidmatan.

Kawan-kawan ada juga yang kena pindah bila naik pangkat..tapi disebabkan mama akan sambung belajar..so mungkin sebab itu mama stay di sini jer..alhamdulillah. Walaubagaimanapun kualiti kerja mesti dipelihara dan menjadi teladan untuk yang baharu. Sebelum mama sambung study, mama akan curahkan ilmu dan kemahiran yang ada untuk anak2 buah yang tinggal ni..moga mereka dapat membuat dengan lebih baik lagi.

Ketua Jabatan yang baharu mungkin akan masuk..so mama boleh rilekssssss...sikit...yahoo..tanggung kerja ni bukannya senang sebab kena jaga kerja hakiki..pastu nak buat kerja satu lagi. So pasni mama bley jadi pensyarah mengajar jerlah..hehehe..kalau boleh..harap2 Pengarah lepaskan.

Mama percaya sekiranya segala usaha yang kita buat selama ini ikhlas demi mencari rezeki yang diberkati, insyaAllah..rezeki yang lain pula akan datang kepada kita..semuanya ditentukan oleh-Nya. Walaupun ada individu yang cuba nak mematahkan semangat mama semasa bekerja ini, tetapi sokongan keluarga dan teman2 betul2 memberi semangat dan inspirasi pada mama untuk tabah menghadapi apa-apa cabaran pun. InsyaAllah mama akan cuba kekalkan prestasi dan cuba yang terbaik.

Wednesday, February 8, 2012

Jalan-Jalan Cuti Thaipusam

Mama kira bercuti lama minggu lepas sebab dari hari birthday hingga 7 februari..cuti sakan dan merehatkan badan. So en.hubby pun sama mengambil cuti rehat dan spent time ngan mama...anak2 skolah 2 hari tuh..pastu baru boleh jalan-jalan.
memandangkan dah jalan2 ke utara..maka papa kata kita gi KL jerlah..ok gak..mama slalu pergi KL urusan mesyuarat atau kursus jer..jarang bawa anak2...so pergilah jalan2..suka-suka jer..sebab bukan ade tempat menarik nak lawat pun...cadang nak bawa ke petrosains ngan skybridge tu..tapi close on monday ...so jalan2 tengok gelagat orang jerlah..yang penting spent time with my children..
 depan masjid..tunggu kak long beli air
 singgah playground kejap..sebelum ke parking
 nama jer rakyat Malaysia..mama ni dah 35 tahun hidup..tapi tak pernah singgah lagi kat Tugu Negara ni..percaya tak?...hehehe
 lepak jap..kepenatan..dan kak ngah merengek nak aiskrim...
 adik seperti biasa..happy ngan papanya...
yeye..akhirnya dapat makan ais krim..sebab panas juga kat tugu nih..

Bila dah petang..terus angkut anak naik keta..kita balik ke PD,,,jumpa atuk nenek pula..sebab semalam dah balik Kg. jumpa uwan..so balik PD lak..dengarnya nenek masak sedap.. malam tu kepenatan la pulak..tapi sebab dah kumpul ngan ipar duai..leka gak bersembang..hehehe..

Thursday, February 2, 2012

Ulang Tahun Kelahiran


Hari ini genap usiaku 35 tahun..erm..dah banyak angkanya..hehehe..tetapi yang penting amal ibadah sepanjang hayat ini adakah mencukupi? hanya Allah yang Mengetahui tetapi  mama berdoa moga sentiasa menjadi insan bertakwa hingga akhir hayat..


Terima kaih kepada semua kawan2 dan family yang wish birthday pada mama.. dah tua2 ni..segan lak rasa,,tapi hari ni mama dan papa bercuti la..habiskan masa bersama, pergi shopping bersama, anak2 semua kat rumah pengasuh dan sekolah. Seronok gak sebab jarang dapat jalan2 berdua dengan papa.

Lepas maghrib celebrate la..potong kek..dan goreng2 biasa jer..nak makan heavy..perut dah kenyang..papa belikan kek tiramitsu..best juga..alhamdulillah..semoga keluarga mama sentiasa dimurahkan rezeki dan hidup dalam beriman hingga akhir nyawa..amin.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.