Thursday, June 25, 2009

Berpindah..

Mama terima berita baik minggu lepas. Mama dapat berpindah kolej so lepas ni lebih dekat dengan rumah la. Estimate dalam 30 minit dah sampai tempat kerja compred with kolej mama sekarang kalau nasib tak baik lebih sejam setengah baru sampai rumah.
Papa, kak long dan adik suka la walaupun adik tu bukannya faham pun tapi bila papa sibuk cerita dia sengih je la. Hopefully mama enjoy juga ditempat baru walaupun mama tahu banyak kerja nak kena buat nanti, maklumlah tempat baru so macam2 nak kena set up. 1 hb ni mama akan lapor diri kat tempat baru tapi rasanya tak pergi ke kolej baru tapi kena pergi ke Seri Kembangan dulu. Bangunan kolej baru mama tu belum release lagi Cfnya so tunggu..
Sementara tu mama kena duduk kat pusat dulu la tak tahu la berapa lama. Tak kisah la asalkan dapat menimba pengalaman baru itupun rasanya dah cukup baik. Mama bukan harap dapat naik pangkat ke ape ke, tapi yang penting bila mama kerja family mama pun terjaga dengan baik. Sebab skang ni bila balik kerja, mama letih sangat badan sebab travel pergi kerja jauh sgt so bila balik nak melayan anak2 pun dah tak larat, kesian puteri2 mama.
Oklah, see you next entry sebab hari2 terakhir ni mama sibuk pack barang dan settlekan kerja sebelum hand over pada orang lain. Nota serah tugas pun belum buat lagi, isk..sedih juga nak tinggalkan kolej ni. Lama mama di sini dan macam2 situasi mama dah tengok, takpelah itu semua mematangkan diri sebenarnya. Moga semuanya berkeadaan baik dan selamat seperti dirancang.

Monday, June 15, 2009

XTVT sepanjang semester

Memandangkan sekarang ini cuti semester, mama pergi kerja pun tak tahu nak buat apa. Kalau nak ambil cuti sayang pulak. so mama tengok la gambar aktiviti kolej yang mama join sepanjang semester ini. Ini adalah antara yang mama join tapi tak dapat nak masukkan semua la.Ini adalah Kursus Pengurusan Jenazah bersama kumpulan Karyawan Malaysia. Kursus ini dua hari dan mama sebagai urusetia dapatlah join sekali sebab yang mengajarnya orang berpengalaman iaitu antara orang yang memandikan jenazah Allahyarham Tuanku Jaafar baru2 ni.
Mama tak cuba buat lipatan dan koyak kain kapan tu sebab ramai yang nak cuba so tengok je lah.
Ini pula Konvokesyen Peringkat N.Sembilan/ Melaka di MITC, Ayer Keroh selama 2 hari mama disana.
Ini pula jamuan birthday staff yang mana acara ini memang sentiasa dibuat bagi meraikan birthday semua staf kolej sebab tu mama banyak jamuan di kolej,,nyum.nyum..kenyang..
Ini adalah majlis penutup English Week yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan sebab masa ni Pengarah takde. Mama bahagian cenderahati so kena bagi hadiah la..apo laei...
Ini pula adalah hari mengundi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di kolej mama. Pensyarah pun kena undi..undi jelah sesapa pun...
Ini mama attend kursus asas berenang di Seremban. Seronok sangat sebab mama memang zero la bab berenang nih.
Ini adalah first lesson dan first day, so kena pakai life jacket dulu, sesi petang dah tak pakai jacket ni so kena fokus la arahan instructor kalau tak tenggelam.
Ini pula mama mengajar semasa Kursus Asas Word bagi pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar darjah 4 dan 5 di sekolah yang berhampiran. Puas juga nak mengajar budak kecil ni, sabar kena lebih la...hehehe...tapi semua ini pengalaman yang baik untuk mama.

So mama rasa semester ini tidak membosankan disamping mengajar, mama kena buat macam2 kerja sampingan. Seronok kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat. Minggu ini pun mama akan attend kursus membuat kek pula...hehehe... tak tahu la macamana nanti sebab kursus ni belajar buat Cheese Cake dan Tiramitsu. Wish me best of luck.

Kursus asas komputer

Sempena cuti sekolah minggu lepas, kolej mama banyak menyediakan kursus untuk kanak-kanak sekolah. Antaranya kursus asas komputer bagi kanak-kanak 6-7 tahun. So kak long pun join kursus ini lagipun buat kat kolej mama so boleh la mama bawa dia sekali. Kak long belajar asas komputer dan melukis menggunakan Paint. Tapi bukan mama yang ajar la, kawan mama yang ajar sebab kebanyakkan peserta adalah anak pensyarah kolej so parent masing2 kena keluar dari lab la kalau tidak anak masing2 macam2 perangainya.Ini kak long punya lukisan gambar ikan katanya. Mama pun tengok je la macamana kak long open file, save file, open new file so basically boleh la buat yang simple tuh. Mama pun tak sempat nak ajar dia kat rumah, so bila kat kolej ni ramai kawan excited skit dia buat lukisan tuh. Next time kalau ada kursus macam ni mama bawa la kak long lagi.

Basikal OdahIloh

Akhirnya berjaya juga papa odahiloh membeli basikal yang ada 2 seat nih. Tak puas hati papanya tengok adik ngan kakak berebut basikal kecil dalam rumah ni. So papa kata kat mama dia nak beli basikal yang boleh kakak carry adiknya untuk diaorang main dalam rumah. Basikal luar rumah takleh bawa masuk, nanti kotor pulak.So papa ajak mama pergi cari dekat Tesco pula. Dulu cari dekat Giant takde pula masa tuh. Mama malas nak berharap sangat boleh beli atau tidak takut habis juga. So nasib baik bila pergi tengok tempat basikal tu, memang ada 2 sahaja tapi satu tuh untuk display so ada satu jer tinggal. So papa terus angkat masuk dalam troli. Seronok sangat kak long sampai dia nak bawa basikal tu dalam Tesco. Puas la mama pujuk baru dia faham, so sampai rumah terus main ngan adiknya. Tu yang mama ambil gambar meliaht kegembiraan 2 beradik nih.Suka sangat adik dapat duduk belakang so tak payah kayuh just kakak carry je tapi yang kelakarnya kakak kata tak larat la mama adik berat...hehehe... takpela kak long asalkan korang berdua tak berebut basikal yang ada tu sudah so adik just duduk blakang, kakak kena carry juga kalau tidak adiknya bising la ajak kak long naik. Penat main basikal tengok citer upin ipin pulak, pastu lelap la. Lega mama dapat tidur dengan aman...luv u my daughters.

Wednesday, June 10, 2009

Cuti Semester

Minggu ini mama attend kursus renang selama 2 hari. Walaupun badan tak sihat since mama balik dari bercuti. Agaknya sebab cuaca panas sangat, mama pun tak tahan jadinya. Citer pasal kursus renang ni, seronok sangat. Mama tak kira la badan macam nak demam pastu selsema pula, tapi mama still join the course. Ilmu baru yang susah mama nak dapat ditempat lain. so setiap arahan yang instructor berikan mama follow. tetapi mama antara yang lambat sikit la sebab mama ni jenis takut air. So nak dapatkan water confident tu lambat skit. So far alhamdulillah sebab kawan2 mama semua membantu. So now mama dah boleh apungkan diri dan menyelam without life jacket. Rasa gian pulak nak berenang, so next month ada family day kolej mama di Janda Baik, Pahang so rasanya nak lepaskan gian berenang kat pool sana..hehehe..kawan2 semua dah plan tu. Maklumlah mama dan kawan2 ramai yang beli baju renang muslimah tu. So kire ok la nak pakai takdela seksi sana sini.
Esok mama nak balik Seremban 3 lagipun kampung dah takde orang. Maybe diaorag semua nak ke Jitra, tapi mama tak jadi nak pergi sana. Badan masih letih berjalan jauh minggu lepas so rehat jelah minggu ni. Lagipun mama ngan papa dah pergi sana masa sepupu mama sakit dulu. Skang ni dia dah sihat dan boleh kawin, so mama doakan dia bahagia dan sihat selalu.
Ok, mama nak ajak shiloh tidur, kak long pun dah ngantuk. Mama pun dah makan ubat so rasanya nak tidur dah ni. Bye see u next entry.

Monday, June 8, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Rasanya cuti sekolah ni ramai yang bercuti. Mama and family mertua pun begitu juga.Saje nak bawa anak-ank jalan2, maklumlah busy dengan kerja saje, nilah time nak berjalannya. Shopping?,..ada la sikit2 sebab nak berlebihpun rasanya sekarang ni semua barang dah mahal. Kena tunggu time ada sale baru la dapat beli murah skit, itu pun kena survey dulu (kalau rajin la) takut kena tipu.
Letih juga mama jalan2 tapi memang family mertua dah plan awal2, so kita proceed je la bercuti walaupun kalau ikutkan mama takleh cuti isnin tuh, tapi komitmen ngan family kena fikirkan juga. Rezeki memang kena cari but family come first.
Lama juga mama tak update blog maklumlah banyak kerja nak kena settle bila nak cuti lama skit. Minggu ni aktiviti mama adalah belajar berenang di seremban dengan member kolej. Ini adalah kursus pendek untuk staf so mama join la sebab bukannya reti berenang pun so dapat blaja basic pun kira ok la tuh. Kalau ikutkan kursus tu dua hari, so kalau takde masalah mama boleh la follow the course.
Plan hari Jumaat hendak ke Jitra tapi tak sure lagi. Penat berjalan minggu lepas pun tak hilang lagi. Tengok la keadaan papa odahiloh available atau tidak nak travel jauh lagi sekali. Ini komitmen dengan family belah mama pulak. Erm macam tu la bila dah berkahwin, kedua-dua pihak kena balance. Ok see you next entry, mama pun dah ngantuk, nak tidur..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.