Thursday, November 29, 2012

Bukit Jalil

Sudah lama tak update blog ini, mama tak berkesempatan lagi..rasanya duduk dirumah lebih bAnyak kerja nak kena buat. Malam tadi bawa anak2 tengok bola Malaysia lawan Laos....

Apa pun keputusannya..Asalkan anak happy..mama just follow because I'm available tonight..but today I have a class.. Luckily Malaysia menang 4 - 1 dgn Laos..so balik rumah semuanyaceria.

Papa nak pergi tgk this Saturday Malaysia vs Indonesia...interesting..mama tgk dulu lah...kelas dah mula banyak assignment nak kena buat...hujung bulan 12 dah nak final..

When we talk about football, actually I'm not interested on that but I'll try to make my family happy and support my hubby hobby... I can see we are more closer and my relationship become more interesting, moga berkekalan..

Stadium have so many stories an character of people..depend on us to accept the situation...and for me if my children together with us, so we'll try to sit at the family area...it's more safety and not too havoc..just nice but happening..hehehe..

Wednesday, November 14, 2012

Trip to Perlis

Bertolak ke Perlis menghantar adik ipar nak mulakan kerja as government servant at Politeknik di Perlis. Start bertolak hari Sabtu..tapi perjalanan sungguh lama Kerana trafik di highway plus yang biasa pada Musim cuti sekolah. Sampai Perlis jam 11 Malam..stay at home stay di Arau.

Sunday morning trip to Padang Besar....lokasi wajib dikunjungi sekiranya anda ke Perlis...tapi kak ngah Shirah...semput la pulak...Sian puteri mama tu...malam pergola ziarah Kawan lama mak dan ayah semasa di pd dulu..so lepak makan free..dan biarkan mertua bersembang dgn kawan lamanya...next go back to home stay and sleeping beauty..hehehe...

Monday morning...kemas barang sikit...and go back again to Padang besar..sbb Ada pulak yg tertinggal barang masa shopping on Sunday...unluckily..semuanya sudah hilang..so mereka beli semula la baju lain...mama just stay dlm car..and membuta kejap...hehehe..lunch di Tok Mek kedai makan on d way to Padang besar...petang..makan laksa di bandar....Malam..Pindah ke apartment staff poly...tidur sana...so dinner at steamboat..pekan Arau..kul 2 pagi baru balik semula ke poli...tidur dgn nyenyaknya..

Tuesday morning..preparing to go back negeri sembilan...semuanya bersedih nak berpisah dgn adik ipar sekeluarga especially is kecik tu.. Mama tahu memang mertua dan ipar semua very close with that baby..so very hard to say good bye..Perlis bukan dekat...tapi takpe..still dlm semenanjung Malaysia...bagi mama..semuanya Ada hikmah dan ini Demi masa depan masing2 . Moga mereka sentiasa selamat dan bahagia di Perlis tuh. Mungkin Sebab mama dah biasa berpisah ngan adik beradik..duduk jauh2 ..so it's ok for me...insyaAllah dgn doa dan ingatan semua..mereka sekeluarga akan Selamat dan bahagia dgn suasana baharu...dan kuatkan semangat..

On the way back, singgah Jitra rumah pak ngah, Tanya khabar dulu, pastu singgah kuala sepetang makan mee udang yg terkenal tu...erm ramainya org..happening tempat tuh..

Sampai seremban jam  hampir 2 pagi...so sambung tidur..dan pagi tadi mulakan housekeeping..prepare nak balik kampung pulak esok..

Sunday, November 4, 2012

replacement class

Today i have a replacmeent class...oh no.. poor my hubby ang children..their weekend without me this week.

di kala mata berat nak membukanya..normally weekend akan dipenuhi dengan aktiviti tidur puas2..bersama anak2 dan suami..maka minggu ini kena korbankan sebab replace kelas sempena hari raya korban last week.

by the way, kelas ini provide bufet service for luch..hehehe..makan free..kire ok lah..walaupun kena stay from 9.00 am until 3.00 pm today..luckily i have no class tomorrow..but i have to prepare for my mid term test and assignment that have to be submitted this tuesday..

Friday, October 5, 2012

tak tahu

lain sangat rasanya environment blaja dengan kerja ni. Mama rasa pening juga maklumlah dah lama tak study..hampir 12 tahun kot..pastu nak kena study full time semula..hehehe...migrain seminggu kita.

tapi takpe...kena bersabar...takkan semua perubahan boleh diterima dalam masa yang sekejap..,mama tgh cuba sesuaikan diri jadi student di UPM ni... takde yang senang dalam dunia ni..semuanya memerlukan usaha dan pengorbanan..

minggu ni kire rasa dah ok skit dan boleh paham lecture semasa dalam kelas..kalau tidak tu blur jer muka.. teruk betul lah mama ni...hehehe...tapi takpe...pening sebab belajar lain nikmatnya compared with pening pasal kerja..masa kerja paling mama tension kalau nak pikirkan behaviour staf..aduih hai... banyak kerja tertunda sebab nak kena settlekan isu2 attitude nih..tapi akhirnya boleh jer..

so rasanya belajar lagi seronok..pandai ke tidak ke..terpulang kat mama...kalau rajin..paham la..kalau malas sampai sudah tak paham2..hehehe..insyaAllah..kena fighting juga.

Tuesday, October 2, 2012

Happy Birthday Kak Long

30 September 2012 birthday kak long yang ke 9 tahun. Mama buat jamuan ringkas sahaja yang penting ada doa dan harapan apabila umur meningkat ini dan menjadi anak yang solehah. kak long pun happy family mama dan papa datang meraikan birthday dia. jadi anak baik ye..belajar rajin-rajin dan jangan lupa solat..bila dah semakin besar ni.


Mama hanya masukkan gambar kek dan muka comot kak long jerlah..asalkan ade kenangan..

Sunday, September 9, 2012

Happy Birthday KakNgah

Hari ini 9.9.2012 genap usi kak ngah Insyirah 5 tahun.. hsppy birthday angah.. nasib baik petang semalam boleh discharge.. so malam balik kampung.. 

petang tadi celebrate la sikit.. pak uda tolong bacakan doa.. moga kak ngah sihat selalu.. dan bergembira serta menjadi anak yang solehah.. amin..
 tengok kek dulu sebelum nak potong

 mama tolong..kak ngahsegan nak potong kek
 bagi hadiah simple jer untuk kak ngah..

Kak ngah nampak happy jer..mungkin sebab dah potong kek..actually dia nak celebrate kat sekolah esok..pastu tengahari tadi dia kata.. mama angahnak potong kek hari ni lah.. kat kampung.. so mama pun prepare la sikit jamuan ringkas.alhamdulillah... semuanya kenyang.. angah jangan nakal2 lepas nih.. dah besar kena dengar cakap mama.. jadianak yang baik tau..luv u..
Mama suapdulu pastu baru orag lain boleh makan.. hehe...

Friday, September 7, 2012

Agenda 8 September

Pening kepala memikirkan agenda esok..yang mana nak ditinggalkan,, yang mana nak kena hadir..nasib baik ada adik ipar yang baik hati willing nak tolong..thanks to Bakyah..love u sis..
Esok pagi mama ade taklimat pelajar baharu post gradute di UPM dari pagi sampai tengahari.. kak long pula kena sekolah ganti.. kalau nak ponteng pun tak boleh sebab esok dia masuk persembahan la pulak..sempena sambutan kemerdekaan.. kak ngah shiloh pula masih dalam ward.. macamana..sapa nak jaga..
Akhirnya kebuntuan selesai..sebab acu nya akan teman kak ngah shiloh di ward, mama boleh pergi taklimat upm, papa boleh pergi tengok kak long di sekolah..bawa hero mama tu sekali.. sepupu mama kahwin esok..masalahnya nak balik kampung pun tak dapat..kak ngah masih di ward.. try nak minta discharge esok..hopefully kak ngah dah recover.. kalau tak memang x balik kampung la mama... duduk la seremban ni,, jaga kak ngah kek spital..

Sian dia..sunday nih.. 9 september birthday kak ngah. tu ckp kat dia angah nak celebrate kat ward ke?..sedih dia... moga anak mama cepat sihat...insyaAllah.

Tuesday, September 4, 2012

Daftar Subjek

Minggu depan kuliah dah nak mula so mama kena daftar subjek dulu..barulah masuk kelas.. but the problem is all subject is fully registered..macamana ni.. so nampaknya kena try masuk minggu depan dan minta kebenaran lecturer tu..nak daftar online tak boleh.

erm.ntah la tak faham mama...macamana ntah.. but for the first sem mama just registered 3 subject only..means 3 days lecture... maybe wed, thursday and friday..for post graduate student..lecture time only 6.30 pm to 9.30 pm.. there is no class  in the morning...erm..

nasib baik kelas belum mula minggu ni..kak ngah dah ler masuk wad,...so boleh lah mama jaga dia minggu nih..cepat baik la anakku...

Kak Ngah Warded

Minggu ini mama kena stay kat hospital..shiloh masuk wad again..athma dia datang semula. anak bertuah mama ni tidak boleh salah makan sikit..memang kena la jawabnya. mama pun silap sebab tak pantau apa yang dia makan. Bila dah kumpul ramai2 dengan family semua..kadang2 kita terlepas pandang..anak2 seronok sgt jumpa sedara dia..apa org makan dia pun nak makan.. tapi bila dah balik rumah masing2..macam2 la effectnya..hai budak2 la katakan..

Mama doakan kak ngah cepat sembuh..nasib baik kelas mama belum start lagi..next week baru mula..so mama boleh jaga kak ngah minggu nih..cepat baik ye sayang..

Thursday, August 9, 2012

Selamat Tinggal Pejabatku..huhu

Hari ini terakhir di pejabat..so baru tadi nota serah tugas dah sign dan hantar kepada Pengarah..huhuhu..sedih pulak la rasanya.. cleaner pun tolong angkatkan kotak terakhir so petang ni nak balik just bawa bunga sahaja ke dalam kereta.
 Nota Serah Tugas hendak dihantar beserta dengan Fail Meja
 Ruang mama bekerja..sudah licin..tinggal kalendar jer..hehe
 Tempat selalu lepak dengan anak2 buah di opis.
Bilik mama...tinggal kenangan..jap lagi nak cabut nama..

Setiap nikmat yang Allah kurniakan memang perlu disyukuri. Mama dah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang bekerja di sini..walaupun baharu genap 3 tahun. Tetapi memandangkan mama dan team yang awal dulu setup kolej ni..memang kenangan dan pengajaran yang rasanya mama takkan dapat dimana2 lagi selepas ini.

Teringat pula masa datang kolej ni tiada satu perabot pun..kosong..line telefon pun tiada, komputer internet lagi lah takde, sembahyang dan duduk atas tikar.. solat di bilik mesyuarat, bawa sejadah sendiri, tandas cuci sendiri, beli pencuci tandas kat kedai runcit hujung kolej ni, masuk bilik pegawai peperiksaan, mama beli karpet sendiri..hehehe... Pastu buat pembelian aset..beransur2 barang masuk ke kolej,...tetapi memang banyak pengajaran waktu ini..hanya Allah yang mengetahui ujian yang mama lalui. Tapi akhirnya mama yakin kesusahan yang diharungi ini telah dibalas dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada mama tahun ini. Awal tahun mama dapat tawaran biasiswa untuk sambung study ni, bulan February mama dapat kenaikan pangkat, bulan mac dilantik Ketua Jabatan, Mei dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, bulan Mei-Jun kenangan indah menunaikan umrah dan rezeki yang sama ini juga telah dinikmati oleh sahabat mama pada tahun lepas..kak zai.. alhamdulillah kak..rasanya inilah nikmat yang Allah nak beri atas kesabaran kita dengan ujian yang dulu.

Semoga hari mendatang dapat diharungi dengan tabah dan bersemangat. Mama berdoa moga kolej ini terus cemerlang dan ukhuwah sesama staf bertambah erat..insyaAllah.. Moga mama dapat meneruskan pengajian dan tamat dengan jayanya..insyaAllah..

Wednesday, August 8, 2012

Sebelum menjadi kenangan

Esok merupakan hari terakhir mama bertugas di kolej ini. Memandangkan lepas Hari Raya mama akan mula mendaftar di UPM, so mama kena habiskan cuti tahunan mama, kalau tidak kira burn macam tu jerlah. kalau boleh carry untuk GCR ok gak..tapi tidak dibenarkan. That's why mama dapat cuti awal untuk menghabiskan baki cuti mama. Secara tidak langsung dapatlah buat preparation nak raya nih..hehe..

 Ini adalah kotak yang terakhir untuk diangkut masuk kereta. Mama akan minta tolong guard atau pekerja kontrak lain untuk angkatkan. Mano larat nak angkat sorang2.
 Rak mama pun sudah clear..fail jabatan mama dah serahkan kepada anak buah mama untuk diberi kepada Ketua Jabatan yang baharu nanti. 
 Esok label nama ini akan mama tanggalkan dan simpan sebagai kenangan..ini adalah jawatan yang mama rasa mencabar kredibiliti mama apabila bertugas di sini...moga Allah mengampuni segala kekurangan sepanjang mama menjalankan tanggungjawab ini.
Tinggal bunga ini sahaja yang belum pack. Esok nak tinggalkan office, baru mama angkut sebab bunga hidup tu semuanya pemberian staf di sini.

Hati mana yang tak rasa sedih tetapi ini adalah pilihan mama sendiri. Semoga perjalanan mama bertambah baik selepas ini. Life as a worker akan mama tinggalkan dalam masa 2 tahun ini. Mama akan tukar status kepada PELAJAR ..atau lebih tepat pelajar tua..hehehe..

SO lepas raya 27 Ogos dah kena register di UPM dan kelas bermula 10 September kira ada masa nak prepared jadi student universiti semula. Teringat pula kenangan masa di UTM, memang susah betul masa tu dengan masalah kewangan, nak blaja lagi..dah la kena duduk luar..tapi semangat yang tinggi akhirnya mama dan kawan2 berjaya juga. Alhamdulillah..moga perjalanan untuk kali ini lebih mudah kerana mama dibiayai biasiswa KPT..tambahan pula gaji mama berjalan seperti biasa..alhamdulilah rezeki ni ya Allah..insyaAllah masalah kewangan itu tidak akan berulang...wallahualam.

Tuesday, July 31, 2012

Persediaan bercuti

Sekarang di pejabat sambil buat kerja, sambil kemas masuk kotak. 2 kotak sudah di hantar ke rumah. coming soon nampaknya ada 3 kotak lagi. Penat juga nak kemas barang-barang yang nak dibawa balik. Personal dokumen dan kerja2 untuk performance kita perlu disimpan dengan baik. Sekarang mama sedang membuat sisih untuk dokumen yang perlu ditinggalkan dengan dokumen yang boleh dibawa balik. Dalam tak sedar, minggu depan mama dah mula bercuti untuk berhari raya dan terus pergi sambung belajar. Maknanya mama akan meninggalkan dunia pekerjaan lebih kurang dalam 2 tahun selepas ini. Nak jadi student semula, so kena prepare juga, maklumlah dah lama kerja tetiba nak jadi student full time balik..hehehe..

Lepas habis study nanti, masuk kerja semula, tapi tak tahulah nak kena posting ke mana...tapi itu cerita kemudian, yang penting sekarang berkemas,,kemas,,dan kemas,,packing,...semuanyalah.. mama dah mula agihkan fail2 kerja kepada anak2 buah untuk makluman mereka takut yang mengganti tempat mama nanti tak tahu nak cari kat mana. Better pass pada diaorang..so nanti dioarang boleh briefing pada Ketua Jabatan yang baharu.

Mama rasa it's a good experience bila mama menjadi Ketua Jabatan di sini kerana kadangkala pengalaman yang sama sukar didapati bila kita berada di tempat lain. Walaubagaimana pun mama rasa kurang seronok sikit sebab mama baru setup 5S di kolej, tapi dah nak kena keluar dah. Takpelah staf sini boleh continue..cuma bila fikir nak join sama tu yang sedih skit.. kita dah beri idea untuk aktiviti yang akan datang especially lepas raya ni..tapi nak buat macamana..bukan time kita. All the best to 5S team...i know all of you can do it better.

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala semoga kita dapat menempuh dugaan bulan Ramadhan ini dengan jayanya. Bulan yang mulia dapat diisi dengan perkara yang baik-baik dan diharap urusan kerja dan peribadi berjalan lancar seperti biasa dan dimurahkan rezeki dari segi kesihatan dan keperluan dalam kehidupan. SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK.

Friday, July 13, 2012

Sambutan Ramadhan

Hari ni kolej buat sambutan Nisfu Syaaban dan juga kedatangan Ramadhan. So banyak pengisian yang diberikan lebih kepada persediaan menghadapi kedatangan ramadhan dan amalan2 yang sebaiknya dilakukan pada bulan Ramadhan. Sayu dan gembira pula rasanya mengenangkan Ramadhan telah tiba dan memikirkan adakah berkesempatan pada tahun hadapan untuk menyambut Ramadhan lagi. Semoga bulan mulia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebenarnya hati mama masih mengenangkan kenangan di Tanah Suci. Alangkah bahagianya jika dapat menyambut Ramadhan di sana. Hanya Allah Maha Mengetahui perasaan rindu mama untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Kadang-kadang mimpi datang juga seperti masih berada di sana. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat sepanjang berada di sana hingga terbawa-bawa kenangan itu hingga kini. Namun sebagai hambaNya di mana jua amalan mesti dipertingkatkan. Semoga mama dapat mengubah diri menjadi lebih baik pada bulan mulia ini.

Thursday, July 12, 2012

5S

Semasa perhimpunan bulanan, mama kena bagi talk tentang 5S. Mengikut arahan Pengarah, mama kena setup 5S di kolej ni sebelum mama bercuti belajar. Alhamdulillah taklimat berjalan dengan lancar dan diharap semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakannya. Memandangkan mama hanya mempunyai masa yang terhad, banyak perkara yang perlu mama selesaikan supaya tidak membebankan kepada yang tinggal nanti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sebelum mama meninggalkan kolej ni. InsyaAllah.

Wednesday, July 4, 2012

Kak Long Nasyid

Sabtu minggu lepas, 30 Jun 2012, kak long masuk pertandingan Ihtifal KAFA peringkat Zon di Seremban. Masuk nasyid..tapi bukan solo..hehehe..so mama kena kejutkan awal pagi untuk kak long bersiap. Baju nasyid dah siap gosok awal2 lagi...mama ingatkan mama sorang jer nak hantar dia..pastu papanya pun nak ikut..adik pun bangun...angah pun bangun..habislah semuanya ikut walaupun belum mandi..tapi bukannya nak hantar ke mana pun..hantar kak long naik bas kat sekolah dia jer..
 posing awal pagi..sebelum masuk kereta
 adik tumpang sekali
 anak mama yang excited nak bernasyid nih...
 sebelum tutup pagar..papa muncul..nak ikut katanya..hehe
 Nasyidnya bermula...
sedap juga lagunya...

Kak long bertanding di Sekolah Kebangsaan Wawasan di Seremban 2. Suka sangat dia..maklumlah masa tadika dulu dia memang masuk nasyid sampai peringkat kebangsaan..so mama dan papa tukang komen la..kali ni kaklong jadi backup singer..hehe..yang lain semuanya darjah 5..dia sorang jer darjah 3.

Keputusannya..sekolah kak long jadi juara nasyid..seronok sangat dia...mama papa pun suka tgk dia macam tuh. Buatlah apa2 yang manfaat untuk dia..lepas habis kak long bertanding terus balik kampung. Kawan papa kahwin kat Kuala Pilah, pastu Ahad pun opismate mama kolej lama dulu kenduri gak..so banyak jemputan la area kuala pilah. As usual..jammed giler nak balik pilah...eeeee..letih betul..tapi takpe sabar.

Thursday, June 28, 2012

Jadual Padat..letih

Ada certain week kerja akan bertambah-tambah dalam satu masa..erm..seperti biasa nak selesaikan sebelum time ditetapkan mestilah jadi keutamaan..letih la pulak rasanya..minggu ini..penuh jadual kerjanya..heheh..sampai gaji masuk pun tak sempat nak check..tup-tup..baru perasan duit kereta belum bayar dan pengasuh anak tak bayar lagi..hehe..semak jadual jap..
isnin : Kursus Dalaman - sepatutnya 2 hari tapi selasa agenda lain pulak
selasa.. : Attend kursus untuk 5S..aduih nak kena setup 5S kat kolej lepas nih..
Rabu : Ke UPM, uruskan biasiswa dan kemasukan..moga cepat dapat respond..
Khamis : Report writing, uruskan kursus pendek, uruskan latihan staf dan bincang pasal 5S
Jumaat : Pagi ke sekolah anak ambil report card, petang meeting JK Peperiksaan..
Sabtu & ahad : Jemputan kahwin laa..apo laeii...

Quotation :

Board untuk APC dan APCB..nak kena cari
Dapur Gas untuk bengkel masakan la...
Kursus BI untuk bakal masuk universiti..beribu datanya..

kerja..kerja.. jgn tak kerja..rezeki Allah berikan..gunakan sebaiknya,..rezeki dikurniakan untuk kita menjalani ibadah kerja dengan tekun. Semoga memperolehi rezeki yang berkat. Amin,,..ya rabbal a'lamin.

Thursday, June 21, 2012

Cincin

' Kak , kalau orang pakai cincin di tengah apa maknanya?...saya pun kata ntah la.. pastu tanya lagi..kak cincin tunang akak dulu pakai tak? ..saya kata tak pakai..sebab jari dah gemuk...so tak muat..
pastu kat jari akak tu cincin apa?..saya kata cincin saje lah...beli nak pakai..then tanya lagi.. kalau org dah bertunang tapi tak nak pakai cincin tunang tu..maknanya apa kak?... aik..konpius aku soalan budak nih..heheh.. saya jawab ntah la,...cincin tak muat kot..atau besar kot..takut cicir.. so akhirnya dia kata ' orang tak pakai cincin tunang tu bukan sebab dia nak kasi can org lain ngorat dia lagi ke?..heheeh...saya gelak besar..ntah la ko tanya la tuan punya badan... 

itulah kerenah staf saya...layan jerlah..ntah apa2 difikirkan...tapi mereka ni lah yang menyerikan ofis..kalau tak bosan juga..bagi soalan2 biasa ni kan..tapi saya jawab dengan muka selamba jerlah..apo masalah org bujang ni pun saya tak tahu..ntah sapa yang diperhatinya..hehehe...macam2 orang di dunia nih.heheh..

Jalan2 Melaka

Disebabkan dah lama tinggalkan anak, so hujung minggu lepas bawa gi jalan-jalan Melaka. Kebetulan malam tu ada game bola N.Sembilan lawan Felda United, so angkut anak semua pergi stadium Hang Jebat..tengok bola..tapi kalah..hehehehe...biorlah...
 Anak2 kepenatan berjalan dan lepak kejap depan air pancut tuh,,,
Dalam muzium TLDM...cam best jer...kak long nanti jadi tentera nak tak???

Nak masukkan semua gambar malas la pulak..tapi yang penting anak2 happy..pastu papanya yang cuak naik menara Taming Sari..muka gelisah jer..anak2 melompat2 dalam tuh..tapi boleh tahan gak ngerinya..pening pun ada gak.. balik Seremban Ahad malam lepas makan ikan bakar dulu di Umbai..tapi Isnin tu sebab cuti Israk Mikraj, kak ngah pun tak sihat la pulak. Maklumlah musim jerebu ni..kat Melaka panas pula..minum air batu ..apa tak semputnya anak dara tuh..sian dia..akibatnya..Selasa mama dan papa kena amik Emergency Leave..padan muka..padahal kerja kat opis banyak tu..anak nak kena masuk gas la pulak..

Alhamdulillah sudah sihat..dah Rabu mama mula kerja semula.

Friday, June 15, 2012

Medical Checkup

Pagi tadi kena buat medical check up untuk keperluan permohonan cuti belajar dan universiti ni. Nasib baik kawan husband doktor juga, so cepat la proses check-up nya..cuma result hepatitis B lambat sikit. So takpe borang tu just tinggalkan pada kawan papa..nanti dah lengkap dia call. Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma satu lar..tangan mama lebam la pulak kesan ambil darah tu. Patutlah rasa skit jer tangan masa drive dari hospital nak balik ke kolej. Dah lebam rupanya..heheheh....takpelah asalkan urusan selesai.

Pasni nak siapkan borang-borang yang banyak ni...sampai lengkap..pastu nak submit kepada Unit Biasiswa dan Khidmat Pengurusan. moga kelulusan Ketua Jabatan dipermudahkan. Tak sabar nak sambung blaja pulak..letih rasanya kerja jer..nanti nak tukar angin baharu..hehehe..insyaaAllah moga jadi student cemerlang..hehe.. segan pun ada gak dah tua2 nak jadi student semula..tapi semangat punya pasal..teruskan jua.. Ok time nak nak solat asar sebelum balik..dah kul 5 nih..kang lambat lak sampai rumah.

Wednesday, June 13, 2012

Umrah 2012 Part 3

Part terakhir untuk dikongsi, zirah di Jabal Rahmah. Cerita bukit ini adalah merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah Allah meletakkan mereka di bumi dan di pisahkan selama hampir 200 tahun (wallahualam) di mana nabi Adam di letakkan di Pakistan atau sempadan india dan Hawa di Jeddah. Maka mereka bertemu semula di Jabal Rahmah. Sebab itulah kota Jeddah di sebut sebagai kota Jeddah atau maksudnya Nenek..iaitu tempat hawa diletakkan di bumi.
Kata ustaz mutawif, berdoalah di sini..tapi kena pasang telinga betul2 takut suami doa minta lagi satu..hehehe..gurau jer..

Wukuf di arafah...adalah tempat yang sangat luas di mana jutaan manusia berkumpul untuk menunaikan salah satu rukun haji. Memang saujana mata memandang...jutaan khemah yang lengkap...kaya betul Arab Saudi ini...dan bagi mama inilah rahmat di bumi yang Allah berkati ini.

Baitullah kali pertama melihatmu..hati rasa kagum dengan kebesaran Allah..dan aku bersyukur dapat sampai ke sini..

Bukit Marwah..selepas selesai umrah..duduk sekejap atas batu ini.

di pintu nombor 1 ..pintu Malek Abdul Aziz..kalau salah pintu..takut tak jumpa papanya..

Shopping mall di depan masjidil haram..tapi penuh islamik la..seronok tengok cenderahati di sini

Singgah sebentar di Laut Merah sambil melihat pemandangan..on the way ke airport Jeddah, dah nak balik Malaysia

Apabila tleah sampai ke Jakarta..ambil gambar pulau..banyak betul di Indonesia ni.

Ambil gambar selepas bangun tidur..9 jam dalam flight..lenguh satu badan..
Alhamdulillah,. khamis malam jumaat lebih kurang jam 8.45 malam, mama dan papa selamat sampai ke KLIA dari Jakarta lebih kurang 2 jam. Nasib baik transit di Jakarta flight tidak delay untuk ke KL. Mama pun dah tak sabar nak jumpa anak2 tersayang. Maklumlah lama juga mama tinggalkan diaorang..sebulan lebih..sebab sebelum umrah mama kursus di SIntok Kedah, 3 minggu..balik dari kedah selang satu hari mama bertolak untuk Umrah pula. Kesian anak2 mama..tapi mama tahu anak2 semuanya kuat semangat.

Terima kasih tidak terhingga mama kepada keluarga mertua mama dan pengasuh anak yang tidak jemu melayan kerenah anak2 sepanjang ketiadaan mama dan papa. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga ada rezeki pada masa akan datang untuk mama menjejakkan kaki ke tanah suci lagi, insyaAllah.

Tuesday, June 12, 2012

Umrah 2012 Part 2

Alhamdulillah, tiba di kota Madinah Munawarah..kota Nabi SAW yang sangat cantik dan membangun. Kenangan manis di Masjid Nabawi yang telah dibesarkan. Cabaran di sini adalah untuk memasuki Raudhah bagi kaum muslimat. Ada jadual yang telah ditetapkan, dan cabaranya terpaksa bergilir dengan jemaah lain yang tentunya berbadan besar dan tegap2. mama perbanyakkan doa semoga dipermudahkan untuk memasuki masjid nabi ini terutama di ruangan Raudhah untuk menunaikan solat sunat dan berdoa di sana. Alhamdulillah dengan kesabaran dan doa yang tidakp utus2..semuanya dapat dihadapi.



Ziarah ke Masjid Quba..merupakan masjid yang pertama di bina oleh Nabi SAW ketika tiba di kota Madinah. Ini adalah masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan oleh kekasih Allah. Mama dan rombongan lain membuat solatdhuha dan solat sunat yang seberapa yang boleh atas keberkatan masjid ini.
Ladang kurma yang dikunjungi. Walaupun kurma masih banyak yang belum masak..sekurang2nya..sampai juga ke ladang ini.



Jabal Uhud
Peristiwa kekalahan di dalam perang uhud yang tempat bersemadinya sahabat2 nabi yang telah gugur semasa peperangan. Sejarahnya menyatakan, di bukit ini tentera pemanah telah bersedia dan nabi mengarahkan mereka memanah ke pihak musuh kerana dengan bantuan Allah SWT, musuh nampak silau dek panahan matahari yang terik. Apabila pemanah berjaya menyerang musuh, mereka turun dari bukit untuk mendapatkan harta yang ditinggalkan disebabkan oleh perasaan tamak, padahal nabi telah berpesan supaya jgn turun dari bukti tersebut. Akhirnya menyebabkan mereka gugur kerana serangan oleh musuh selepas itu. Ceritanya panjang dan menyedihkan, namun hanya Allah yang lebih mengetahui, Wallahualam.

Monday, June 11, 2012

Umrah 2012 Part 1

alhamdulillah perjalanan untuk menjalani ibadah umrah telah selamat pergi dan pulang. Mama dan papa memang menghargai pengalaman bersama sepanjang berada di sana. Walaupun papa telah pergi untuk kali ketiga tetapi ini adalah kali pertama sebagai suami..sebelum ni bujang ikut family.

Mama naik Garuda Indonesia..so kenalah transit ke Jakarta dulu..sepatutnya flight ke Jeddah pukul 5 petang tapi delay sampai 8.45 malam..jenuh juga menunggu di samping jemaah lain dari indonesia. Tapi mama anggap semua ini dugaan, so banyakkan bersabar dan beristighfar.
Sebelum naik flight Garuda Indonesia di KLIA

Transit di  Jakarta


Perjalanan dari Jakarta ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam..mama sentiasa berdoa perjalanan berada dalam keadaan selamat. Sampai di jeddah lebih kurang pukul 3 pagi waktu di sana..dan di Malaysia mungkin pukul 8 pagi kerana cepat 5 jam.

So naik bas dari Jeddah terus ke Madinah lebih kurang 5 jam..penat juga..tapi semangat tinggi nih..sabar jer.. alhamdulillah sampai..dekat nak Zuhur, so check ini hotel..terus siap2 ke masjid Nabawi..memang menyoronokkan. Orang yang tiada pengalaman macam mama ni memang excited sikit..dan sentiasa berdebar2 bila sampai ke tanah haram ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehnya.

Tuesday, May 15, 2012

Presentation

Pagi ni kena buat presentation by individual tentang kaedah membuat tesis. Masalahnya sudah 10 hari di sini, mama masih pening2 lagi tentang input yang diberi. Malam tadi prepare sikit untuk buat slide..sakit kepala..akhirnya mama tidur jerlah..berserah jawabnya..

buat video call ngan papa dan anak-anak, rasa rileks skit kepala. Bilalah kursus ni nak habis, rasa lama sangat duduk kat sintok nih. Hopefully exam nanti boleh jawab pastu boleh balik NS dengan selamat. Demi nak dapatkan biasiswa dan cuti rehat tak payah bekerja, just pergi kelas jer, so mama redah jerlah apa-apa kena buat sepanjang kurus ini.

Wednesday, May 9, 2012

Rezeki Allah kurniakan

Petang semalam waktu tengah keletihan mendengar ceramah tentang penulisan tesis, mama dapat mesej dari Penolong Pegawai Tadbir di kolej mama, katanya " kena korban lembu seekor ni. Rezeki melimpah ruah tahun 2012. Dapat sambung belajar, dapat biasiswa, naik pangkat, elaun tanggung kerja, keta baru, g umrah dan APC (surat dah sampai)" . Mama duk confuse baca mesej dia..pastu bila tea break  mama baca semula..baru faham..alhamdulillah syukur, rupanya mama dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini.

Memang rezeki tahun ini Allah kurniakan melimpah dan mama sentiasa bersyukur atas kurniaannya. Setiap yang kita kerjakan ada ganjarannya..mama bersyukur dan happy ..habis kelas petang terus call papa...hehehe..papa pun wish tahniah.. bersyukurlah rezeki sebelum nak pergi umrah ni dan untuk anak-anak kita.

Apa yang penting, rezeki yang diperolehi manfaat sebaiknya dan gunakan ke jalan yang diredhai Allah. Tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang yang sentiasa mendengar masalah dan tekanan yang mama hadapi sepanjang bekerja pada tahun lepas. Mungkin ini ganjaran Allah kurniakan berkat kesabaran dan keredhaan dan kekuatan yang diberikan oleh-Nya.

Sunday, May 6, 2012

Kursus QA 18 hari

Hari ini mama selamat sampai ke EDC-UUM untuk kursus QA iaitu kursus wajib di hadiri bagi pegawai yang mendapat tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kursus ini akan bermula pada hari ini iaitu 6 Mei hingga 23 Mei 2012.


So maknanya lamalah mama stay kat Sintok ni. Kalau nak balik NS pun rasanya tak sempat sebab kalau tengok shcedule tadi, kelas hingga Sabtu. ahad sahaja baru dapat rehat. Erm sedih juga masa kat airport tadi tiinggalkan anak2 dengan nenek dan ibu saudaranya. Nasib baik iyadh tak menangis, kalau tak syahdu juga. Dah la papanya kena pergi kursus umrah tu, dan mama pun tak dapat nak join kursus umrah tu. So kena banyak membaca la di sini, mama pun dah bawa buku persediaan umrah tu.

Harapan mama kursus ini mama lulus dan dapat meneruskan pengajian pada hujung Ogos ini.
Mama tak jadi nak ke oversea, so dah prepare surat permohonan tukar lokasi belajar dari luar negara ke dalam negara, semoga permohonan mama diluluskan. Buat anak-anak mama, be a good boy dan girl. Jangan nakal-nakal, kesian papa kena jaga anak2 semua sesorang. Luv u papa atas restu melepaskan mama untuk meneruskan pengajian.  Semoga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Wednesday, May 2, 2012

Reward For Myself

 Semalam sempena hari Buruh, mama tukar kereta baharu. So sebelum tukar kereta, ambil gambar kenangan dulu siap2..actually sayang kereta Nissan Sentra ini, tapi mama rasa nak reward something for myself setelah kenaikan pangkat dan tugas yang memerlukan komitmen yang tinggi yang mama tempoh sepanjang tahun lepas, why not beli something yang mama happy dan bersemangat untuk kerja dengan lebih baik.

 Sebelum hantar ambil kenangan dulu..
Malam baru ambil kereta baharu..bergambar sekejap..hehehe.

Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dan mama sentiasa bersyukur dan ingin berkongsi bahagia dengan anak-anak dan papa. Thanks papa for supporting me to buy new car..memang papa sayangkan lagi keta lama mama tu..elok lagi..cumanya mama beli second hand, so bila ada rezeki lebih skit, berhajat nak pakai kereta baharu ..maksudnya first hand la..hehehe..

Bagi mama, kita hidup ini buatlah apa-apa yang boleh menggembirakan diri asalkan tidak melangkaui batasan kita sebagai manusia dan umat Islam. Semoga rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati. InsyaAllah.

Saturday, April 28, 2012

Birthday PAPA

Hari ini 28 April 2012 adalah  birthday suamiku yang ke 35..hehehe...semoga Allah memberkati hidup papa dan dimurahkan rezeki... Mama celebrate malam tadi memandangkan hari ini banyak aktiviti di kolej mama dan papa pula kena kerja....so better celebrate malam tadi..
 kek chocolate moist..sedapp..
 potong kek selepas solat isyak..amin
 permata hati papa

 santapan malam tadi..
 kak ngah nak suap..nyum.
 kak long pun nak jugak..nyum..nyumm
Adik pun nak juga..cayang dia..

selepas dah makan..tinggallah mama dan papa tolong menghabiskan apa yang patut. Lebih kek simpan nak bagi kawan2 kata kak long dan kak ngah. Kebetulan hari ini mama ada program 2 hari di kolej. So angkutlah kek nya nak bagi kawan.

Sekarang ni pun mama tulis blog di kolej sebab ada karnival kursus pendek 2 hari ini. Mama pagi tadi join kursus senamtari..aduih..sakit kaki...berpeluh juga..maklumlah dah lama tak exercise.. Bila dah selesai tunggu anak kursus komputer tak sudah lagi..so mama nya berbloging lah dulu..heheh..

Friday, April 27, 2012

Wacana Zakat dan Faraid 2012

Alhamdulillah, semalam 26 April mama berpeluang untuk menghadiri Program Wacana Zakat dan Faraid anjuran Pusat Zakat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Pengisian yang sangat berguna kepada kita umat Islam tentang pemahaman keperluan zakat dan faraid dalam Islam. Umat zaman ini sudah banyak terpesong daripada kaedah faraid yang telah disyariatkan dalam Islam. Samada mereka mengetahui atau mungkin tidak maklum tentang faraid ini, wallahualam. 

Antara perkara yang menarik mama kongsikan disini adalah dari segi peranan penama di dalam sesebuah harta yang dimiliki. Contohnya penama di dalam KWSP, penama Tabung Haji atau lain-lain lagi, itu bukan bermaksud penama itu yang akan mewarisi harta tersebut, tetapi ia adalah sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan faraid ke atas harta tersebut. Memang banyak isu yang dipersoalkan oleh penonton dan alhamdulillah semua situasi yang digambarkan banyak memberi pengajaran..tema program ini Negeri Sembilan Negeri Berzakat..masyaAllah semoga makbul.

 Majlis dirasmikan oleh Pengarah JAHEINS
 Ustaz Ghazali Ibrahim bicara tentang Faraid
 Ust. Ghazali Ibrahim adik kepada arwah penyanyi Rabbani..wajahnya dan gayanya serupa. Beliau juga merupakan ustaz di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" tv Al-Hijrah
Selepas Ust. Ghazali, tiba turn Ustaz Don dan Ustaz Badli Shah pula..untuk forum..meriahnya
 Belum start forum, penonton dah bangun ambil gambar dulu
 Forum bermula
 Pengacara tv Al-Hijrah jadi moderator..hensem anak orang ni

 Ustaz Badli Shah memang best..penyampaian yang jelas
Ustaz Don pun best juga..

Kesimpulannya, memang bermakna program wacana zakat dan faraid ini. Marilah kita umah Islam menunaikan zakat kerana melalui zakat kita dapat membantu umat Islam yang memerlukan. TIADA ORANG YANG BERZAKAT JATUH MISKIN sebaliknya rezeki makin bertambah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran bagi setiap sen yang kita keluarkan. InsyaAllah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.