Wednesday, May 9, 2012

Rezeki Allah kurniakan

Petang semalam waktu tengah keletihan mendengar ceramah tentang penulisan tesis, mama dapat mesej dari Penolong Pegawai Tadbir di kolej mama, katanya " kena korban lembu seekor ni. Rezeki melimpah ruah tahun 2012. Dapat sambung belajar, dapat biasiswa, naik pangkat, elaun tanggung kerja, keta baru, g umrah dan APC (surat dah sampai)" . Mama duk confuse baca mesej dia..pastu bila tea break  mama baca semula..baru faham..alhamdulillah syukur, rupanya mama dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini.

Memang rezeki tahun ini Allah kurniakan melimpah dan mama sentiasa bersyukur atas kurniaannya. Setiap yang kita kerjakan ada ganjarannya..mama bersyukur dan happy ..habis kelas petang terus call papa...hehehe..papa pun wish tahniah.. bersyukurlah rezeki sebelum nak pergi umrah ni dan untuk anak-anak kita.

Apa yang penting, rezeki yang diperolehi manfaat sebaiknya dan gunakan ke jalan yang diredhai Allah. Tidak lupa untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang yang sentiasa mendengar masalah dan tekanan yang mama hadapi sepanjang bekerja pada tahun lepas. Mungkin ini ganjaran Allah kurniakan berkat kesabaran dan keredhaan dan kekuatan yang diberikan oleh-Nya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.