Friday, January 22, 2010

Salam Jumaat

Hari ini kerja lebih sikit sebab nak kemas barang. Mama dah masuk bilik mama, sebab sebelum ini duduk kat opis, so bila dah dapat kelulusan untuk menduduki bangunan barulah mama berani nak pindah ke bilik pegawai yang sepatutnya.

So mama gunakan sepenuhnya tenaga kerja yang ada di kolej ini untuk tolong mama angkat barang. Maklumlah badan dah sarat ni, nak bawa badan pun susah pastu nak angkat barang lagi. alhamdulillah semua kawan2 mama membantu sampai ke guard kolej pun mama minta tolong angkat rak fail untuk mama. Semuanya willing to help me, so kerja jadi mudah sikit.

Dekat nak balik baru dapat selesaikan kemas bilik. Itupun mama ingat nak beli alas untuk sembahyang lah. Malas nak pergi ke surau, tapi tengok dulu lah. Pagi tadi nak buat semua tak dapat sebab bos suruh attend meeting. Program mesra rakyat minggu depan. Ini semua anjuran politik la nih. Ntah lah, buat jelah mana yang larat, mama nak involve sepenuhnya tak larat dohhhh....

So semua dah settle, update file kejap, pastu leh balik, hopefully lah sebab kat bawah Ketua Pengarah nak datang kata pengarah mama. Ntahlah, maleh nak turun bawah kecuali kalau bos panggil semua pegawai mengadap ketua pengarah, mama turunlah. Dah duduk bilik sendiri, baru sedap skit nak prepare apa2 yang patut samada untuk kelas atau unit exam mama nih. Mama nak prepare lah mana yang boleh sebab nak deliver 2 bulan lagik, risau gak takut tak sempat sebab nak tinggalkan kerja macam tu jer, isk..kesian member yang tinggal. I'll try my best la untuk settlekan dulu mana yang patut sebab kalau ikut kiraan, mama masuk smula kerja, student dah final. So kalau ikutkan unit exam banyak nak kena buat, so mama prepare awal semester lagi lah, senang skit.

Thursday, January 21, 2010

Check-up

Selasa kelmarin mama kena pergi checkup..biasalah mesti tak dapat nak ikut tarikh sebenar. Kalau ikut appoinment hari Isnin, tapi ada kelas, so pergi esoknyalah. Nasib baik mama datang awal sebab dia tidak terima kalau tukar tarikh..ntah apesal..mama pun tak tahu. Tapi nurse tu minta mama jumpa dulu nurse yang akan akan check mama, so dia lulus, barulah mama dapat nombor untuk turn check-up. Agaknya sebab klinik ni ramai sgt orang, so dia kena limitkan jumlah patient dalam 1 masa kot.

Hasil checkup seperti biasalah, mama memang ada masalah over weight. Dari mengandung kak long dulu sampailah yang sekarang nih. So kalau ikut experience yang dulu, mama kena ulang alik minum air gula, lepas tu check darah 4 kali 1 hari di hospital. Tapi keputusannya, alhamdulillah tiada masalah gula tinggi. Untuk yang ke-3 ni tak tau la kena buat macam tu ke tidak. Tapi mama kena datang semula 2 minggu lagi, appoinment dengan doktor la..untuk observe weight. Ntahlah berat naik salah, tak naik berat pun salah. So next appoinment 2.2.2010..huhuhu...birthday mama tuh..kena jumpa doktor la pula. Harap2 jgn lah mama kena minum air glukos tuh..sudah serik lah..nak muntah rasanya..manis sgt.

Planned nak bersalin swasta..tengoklah kalau ada rezeki, tercapai la hajat. Kalau tidak sama lah macam yang dulu, hospital kerajaan pun ok jugak. Sebenarnya experience di hospital nih..rezeki masing2 la..so far mama dapat layanan yang baik. Bukan sebab kita patient 1st class, sebab ada juga yang kena layanan yang tidak memuaskan, tetapi rezeki mama kot ada yang sudi membantu. Maklumlah operation kena duduk sampai 3 hari baru boleh keluar. Takpelah yang penting semuanya selamat. InsyaAllah kena doa banyak2 lah. Mama takut jugak nak operate kali ke-3 nih..erm..ape rasa ekk...

Sunday, January 17, 2010

Shiloh

Mama, adik nak skolah..hehehhe...dah siap dengan begnya nak pergi skolah sama macam kakak
Adik nak naik basikal pergi skolah. Tapi botol air adik tinggal la papa..posing sambil papa ambilkan gambar
Ok, adik nak pergi. Adik taknak ambil gambar lagi. Waktu malam dah nak tidur tapi tak mau tidur. So papa ajak dia posing , barulah masuk bilik untuk tidur. Sudah puas hati so takde la banyak kerenah bila tidurkan.

Wednesday, January 13, 2010

Musim Denggi

Subhanallah, jauhkanlah sebarang kesulitan dari keluarga ini. Mama sepanjang minggu lepas hingga ke minggu ini ramai keluarga terdekat terlibat dengan penyakit dan kematian. Minggu lepas mertua mama dimasukkan hospital, suspek denggi, adik ipar pun sama. Semoga mereka cepat sembuh dan alhamdulillah adik ipar dah keluar dan ayah belum boleh keluar lagi. Semalam pun mama pergi tengok ayah lagi, so far demam dah kurang tapi darahnya problem lagi. Ntahla agaknya musim kot skang nih, so mama ambil pendekatan berjaga-jaga la untuk anak-anak.

Isnin hari tu, mama pergi ke Taiping sebab mak saudara meninggal sebab sakit kanser otak. Actually mama dah pergi tengok masa sakit tuh, dan lepas tu mak saudara tu buat operation dan koma. Lastly mama dengar dah meninggal so malam tu juga bergerak ke Taiping dan nasib baik bos benarkan. Hari Selasa masuk kerja semula sebab hari ini pendaftaran pelajar baru. Erm sebab tak ramai sgt so takde la letih sgt walaupun mama in charge makanan, tapi member ada tolong, alhamdulillah.

Mama telefon mak kat kg, mak kata kak ngah punya adik ipar yang kat Miri pun demam jugak dan terkena virus. Tak tahu la sekarang nih agaknya musimnya. Memang menakutkan dan hari Ahad minggu lepas, jiran mertua saya meniggal secara tiba-tiba. Itulah dikatakan ajal, tak kira orang sihat pun boleh pergi dulu. Oklah, mama nak kemas meja sebab esok cuti so boleh relaks skit. Ini pun baru habis beri taklimat peperiksaan kepada pelajar baru. Plan Jumaat ni nak pindah duduk bilik mama sendiri. Masalahnya tak sempat nak kemas barang2 nih untuk pindah bilik. Mama tak larat nak angkat barang. Semuanya nak kena minta bantuan rakan staf lain dalam keadaan perut membesar nih.

Thursday, January 7, 2010

Perubahan rutin kak long

Sekarang ni rutin mama papa pun sudah berubah dan alhamdulillah kak long suka pergi sekolah. Hari pertama, lepas waktu rehat cikgu dah tetapkan pertukaran kelas untuk kak long dan 3 orang kawan dia. So bila hari Selasa kak long dapat masuk kelas pertama, alhamdulillah. Kalau ikut taklimat guru minggu lepas, memang akan ada saringan untuk menapis pelajar tahun 1 untuk diletakkan mengikut kelas tertentu. Mama papa rasa elga la jugak sebab at least kalau dapat kelas yang bagus nih, sekurang2nya kurang tekanan dia nanti. Guru pun kurang la garangnya sebab budak kelas tuh dah boleh membaca dan menulis.

Apa yang mama papa pesan pada kak long, jangan buat perangai malas dia masa kat tadika dulu. Sebab mama memang tahu kak long kalau kerja sekolah bab menulis memang dia malas sangat. Selalu kena marah so mama pesan pada kak long kalau dia malas siapkan kerja penulisan yang cikgu bagi nanti jari kena ketuk. Kalau cikgu ketuk jari kak long jangan nak ngadu ngan mama papa sebab nanti mama papa tambah lagi.

Apa yang mama papa gelihati tengok kak long sekolah sebab dia hari pertama dan pesan tak payah teman dia sampai ke kelas. Hantar odah kat pintu pagar jer sebab kak long tak takut pun nak pergi kelas sendiri. Erm, lega juga mama at least bila dia balik papanya tunggu kat gate dan kalau lambat seminit pun kak long bising. Adik pula kesian sebab tiap2 pagi nangis nak ikut kakaknya pergi sekolah especially botol air kak long. Adik berkenan sangat dengan botol air tuh. Nantilah mama papa belikan botol kecil untuk adik pula. Minggu depan baru start kelas petangnya, tak tahu la kak long macamana, letih ke tidak dia..tapi takpe bak kata guru sekolahnya beri semangat kepada anak supaya berdikari di sekolah baru...hehehe..so macam2 tips la mama ajar kak long. Hopefully dia boleh belajar dengan baik kat sekolah tu, insyaallah.

Sunday, January 3, 2010

Pendaftaran Sekolah

02.01.2010 bersamaan Sabtu adalah hari pendaftaran sekolah bagi tahun 1. Memandangkan daftar pukul 8 mula, so bangun lambat la jugak. Lepas mama papa siap, barulah kejutkan kak long ngan adik. Excited kak long pakai uniform baru, kelakar pulak sebab mama papa bila tengok anak dah pakai baju sekolah, sedarlah diri ni dah tua rupanya.
Gaya kak long di dalam kelas sementaranya. Seronok dia tengok banyak poster gambar tuh..
Selepas selesau sesi taklimat dan aktiviti kak long di kelas pun selesai, so tunggu papa mendaftar.
Taklimat dari guru di sekolah kak long sementara tu pelajar kena masuk kelas, so parent tak boleh kacau aktiviti pelajar. Mama papa kena duduk dengar taklimat tapi adik sibuk ajak mama jalan2 kat sekolah tuh. Lenguh melayan dia dan adik ajak mama makan dulu la.. kalau ikut taklimat cikgu nih, pack juga jadual budak ni setiap hari. Erm, kesian mesti kak long penat nanti tapi nak buat macamana dah sistem pendidikan di Malaysia macam nih, kena la ikut juga.
Semasa baru sampai, terus hantar kak long ke kelas dia dulu dan parent diminta pergi mendengar taklimat tentang persekolahan anak2.
Kak long ngan adik posing dulu sebelum masuk dalam kelas. Adik yang seronok sangat, siap bawak botol air lagi, padahal mama beli utk kak long tuh...

Adik bergaya dalam kelas kak long. Suka sangat dia tengok kerusi kelas tahun 1 pendek2 jer, so dia boleh panjat la. Semua tempat duduk dia try nak duduk pastu tolak kerusi kesana-kemari. Ini mama ambil gambar sebab nak ajak dia balik sebab papa dah sudah beli buku kakaknya. Puas juga nak pujuk si kecik ni balik, suka kot dia tengok keadaan sekolah tuh.

Bila mama tanya kak long, dia kata seronok sebab sekolah tu besar. Pastu kak long cakap, minggu depan kalau mama papa takde pun takpe, kak long tak takut pun nak pergi kelas. Amboi eksyen dia, papanya duk risau je takut kak long nangis tapi mama rasa takde nangisnya, sebab kawan2 masa tadika dia ada. Actuailly kelas kak long tak tentu lagi coz ada program ujian utk tentukan kelas nanti sebab nak asingkan pelajar yang boleh membaca, yang kenal ABC jer, yang tak tahu langsung pun ada. ALhamdulilah kak long dah boleh membaca, harap dia dapat kelas yang baik lah. InsyaAllah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.