Wednesday, September 23, 2015

SElamat Hari Raya Aidiladha

Syukur alhamdulillah pada hari ini ramai yang menunaikan ibadah puasa sunat arafah.Mengikut maklumat yang mama baca waktu mustajab doanya pada hari ini adalaj dari jam 5.30 petang hingga 11 malam..kalau tidak silap lah..so kita mintalah apa yang terbaik untuk diri kitaa dan saudara2 kita.

Esok umat Islam akan menyambut Aidiladha..mama masih dalam keadaan berpantang sebab chicken pop nih..takpe yang penting berdoa cepat sembuh. Tiada apa perkara yang paling mama rindu nak buat adalah memeluk dan mencium baby mama puas-puas bila sehat. Buat masa ni mama korbankan dulu rasa ni..bak kata orang sabar tempoh singkat ini demi memastikan anak sehat selamanya.

Takde ape baju yang nak dikemaskan sebab anak semua dah ready. Raya haji pun just ke masjid solat hari raya then balik. Tahun ini balik PD dulu so pastinya tiada aktiviti yang nak dibuat..just duduk rumah jer. Mama pun bukannya sihat nak keluar sana sini. Tapi yang penting Jumaat balik kampung ade bbq yang sibuk hubby ngan birasnya rancang..ntah jadi atau tidak, mama tetap kena berpantang..tapi seronok dapat jumpa adik beradik walaupun mama tahu teruk kena kutuk kesan chicken pox..suka hati korang lah..mentang2 masing-masing dah kena masa kecik ye..mama sorang jer yang tua baru kena..it's ok..i'm ok jer..

Bila sakit kita tahu siapa kawan kita ye..mama dari masa bersalin lagi sudah perasan siapa yang bertanyakan khabar atau yang tiada apa-apa pertanyaan pun..cumanya mama rasa kita masih kena optimis. mungkin kawan kita kurang prihatin atau mereka mempunyai masalah sendiri yang tidak dapat memikirkan hal orang lain..boleh jadi juga begitu. kerana tidak semua orang dapat memikirkan pelbagai hal dalam satu masa. mama juga kadang-kadang begitu cuma selagi boleh mama cuba juga bertanyakan keadaan kawan kita kalau tak mampu nak dtg ziarah..orang sakit ni cukup lah orang ambil berat..itupun dah seronok baginya..tak semestinya nak ziarah..moga mama pun berubah menjadi orang yang lebih baik..insha Allah,

Tuesday, September 22, 2015

post yang pertama 2015

Sepanjang tahun ini terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi tetapi tiada kesempatan untuk mama menulis di dalam blog kesayanganku ini. Banyak pengalaman baru yang mama alami sepanjang tahun ini. Kalau mana yang mama ingat boleh recall semula mama citer ek.

But for now mama just want to share about my chicken pox. hahaahha..first time in my life i got this fever. Itupun selepas keluar tanda-tanda ni, baharulah nak selidik sejarah kecil. Call mak di kampung then tanya dan mak dengan selambanya bagitahu yang mama memang tak pernah kena lagi..what??!!! aduih la selama ini mama ingat dah kena so bila anak kena chicken pox mama rasa sudah imun so dengan relaksnya menjaga anak. Tapi itu cerita dah berapa tahun, kak ngah shiloh kecil lagi masa tuh. Now it's my turn..huhuhu...by the way ini semua kifarah bagi mama...banyakkan beristigfar, kita tak tahu di mana dosa-dosa yang telah dilakukan. Moga Allah sentiasa menyanyangiku dan mengampuniku..amin...

This is very good expereince and very hard for me. do you know why???!! because i have a baby..huhuhu... mama tak boleh nak susukan dia..even dr kata boleh pam dan kasi dia...tapi mama tak confident nak kasi..so just pump and throw away..sayang kan??!!! paling tak tahan , i cannot touch my baby..uwaaa..tengok jerlah...sebab sudah kena kuarantin..luluh hati bila dengar dia nangis nak susu..kalau mama ade senang nak sorong jer...tabah lah jiwa ini..

satu perkara yang mama dapat rasakan bila mengalami demam ini ketika sudah dewasa, mama merasa sangat stress dan ade sikit down lah. Tambahan pula bila tengok keadaan wajah dan badan. Tapi mama kena optimis, semua ini sementara dan masih boleh dipelihara.

Suamiku,,syukur alhamdulillah..walaupun ade beberapa perkara yang membuatkan mama angin dengan dia..tapi seperti biasa dia senyum...pujuk2..dan ayat paling touching bila dia kata pada mama sambil sapu bedak sejuk kat badan...takpelah kulit ayang habis bertanda camni pun..abang tetap sayang..inilah isteri abang..ohhh...syukur..ya Allah....limpahkanlah kasih sayang antara kami..moga kami kekal hingga ke syurga. Bila air mata mama mengalir..papa tengok jer..dan dia x tanya pun..agaknya malas nak layan feeling2 mama la tuh..heheheh...

by the way, moga mama cepat sembuh seperti sediakala untuk berkhidmat kepada keluarga dan kerja...serba salah rasanya..bulan ini mmg mama banyak amik cuti..nanti-nantilah citer about past yer...nak rehat dulu..rasa gatal-gatal sudah mariii..mau letak bedak sejuk lagi...huhuuhu...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.