Thursday, April 29, 2010

Birthday papa

Semalam 28hb adalah birthday papa. Mama pun tak sempat nak prepare apa2..tapi yang penting malam mesti ada upacara potong kek...kak long ngan kak ngah excited sgt..macam birthday dia pulak.

Kak long sibuk la tanya umur papa berapa..pastu tanya lagi..nape birthday mama dulu baru papa... nampak sangat la mama tua 2 bulan jer ngan papa...tapi muka maintain muda dari muka papa...hehehehe... perasan tuh..

Memandangkan baru start kerja..mama kekok lagi bila balik rumah nak uruskan 3 org anak skali. Keletihan la juga..so nak masak pun tak larat jadinya..tapi takpalah..lama2 nanti biasalah kot... adik pun good behave kat rumah pengasuh..cumanya dia mencari mamanya la bila dapat minum susu perah tuh..takpelah..lama2 biasa kot.. ok..nak sambung kerja smula..

Monday, April 26, 2010

Mula kerja

Hari mama baru start kerja. Tapi biasalah, rasa macam blur jer kepala nih. Tak tahu kenapa sebab bila punch, terus ambil kunci bilik.
Sebelum kelar office, check pigeon hole dulu..umangg aiii..sebeban kertas
dalam tuh..hehehe..lama juga la mama membelek satu2.

Ada memo, minit mesyuarat, pekeliling baru, surat jawapan SPP (mengecewakan)..hehehe..pastu ada katalog, ape lagi ek..isk...senarai staf baru.
erm..memang ramai staf baru bila mama masuk kerja nih..asalnya masa mama cuti ari tuh ada 12 org jer staf,skang dah jadi 20 orang..so banyak muka baru. Mama pun tak sempat nak kenalan..sebab kepalo sudah sakit maaa...

takpelah, ini pun pagi tadi dah ada org tipon minta senarai nama VIP la..apo la untuk konvo..mama pun tak sure..tapi jawab jerlah..esok baru boleh settlekan... dan esok pagi mama kena pergi meeting konvokesyen di Masjid Tanah, Melaka. Baru masuk kojo nak kono poei meeting pulak..pastu weekend ni dan hari Isnin konvokesyen di sana Melaka. so mama bahagian sambutan, buat jerlah apa yang patut. Finalize result untuk event tu nanti, meeting esok la. Ikut jerlah apa idea dioarang pun..nak ubah2 ape2..bukannya sempat pun..tinggal beberapa hari jer lagi. Actually kak zai tolong take over keja mama..sebab mama deliver..thanks kak zai./..nasib baik la ada kawan macam nih...moga murah rezeki dia.

Wednesday, April 7, 2010

Tidur cara baru

Kesian anak mama, perut dia tak selesa..mama tidurkan macam biasa tak lena dia. Dah lebih 2 jam mama dukung ke sana ke mari tapi tak mau lelap juga. Last2 teringat pulak nak tonggengkan dia..barulah lena. Sambil angin dari perut dia keluar..so mama biarkan jerlah..orang kata tidur camni pun elok untuk otak dia. Tapi takdelah kerap sangat terlangkupkan. Bila dia dah lena baru lah mama lega tengok muka dia..kalau tidak naik merah muka menahan sakit perut dia kot.Actually mama pagi ni lewat skit sarapan..so masuk angin agaknya. Bila dia menyusu..masuk angin jugak lah jadinya. So skang ni Riyadh sudah lena..barulah mama boleh nak online..hehehe..
Tak sabar nak habiskan minggu ni last pantang...so lepas ni boleh balik Seremban dan uruskan tentang pengasuh anakku yang baru ni pula. Hopefully semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Monday, April 5, 2010

Cepat Membesar

Papanya sibuk suh adik cepat besar ek..papa nak bawa gi stadium tengok bola. Aduih la..pening kepala mama.
Baby riyadh pun nak pandai tengok orang, senyum, kalau mama lalu cepat jer dia merengek..erm..baru sebulan lebih..alhamdulillah mama tengok dah besar skit anak mama.
Cukup 2 bulan nanti cucuk ek..hehehe..mama tengok peha pun dah bulat..takde la mama risau kalau kena cucuk nanti sebab daging dah pejal kat situ.
Mama pun menghitung hari nak habiskan pantang..pastu banyak kerja nak buat nih. Macam2 plan...cukup habis pantang..nak balik Seremban.. mulakan planning yang tergendala...takpe tinggal seminggu je lagi.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.