Monday, February 28, 2011

Birthday Riyadh

Alhamdulillah dik yad sudah genap setahun pada Jumaat lalu. Mama buat makan2 utk keluarga nak raikan birthday nya. Suka dik yad tengok atuk, nenek, uwan kg, ibu dan keluarga, alang n suami, acu, pak uda dan mak tih sekularga dari kl sebab sudi singgah nak sama2 mendoakan untuk kesejahteraan birthday boy nih...

Tak lupa juga kepada family pengasuh anak mama nih sudi gak hadir, memang ramai la..jadi meriah la. Acara makan2 seperti biasa kami sekeluarga makan sambil bersembang...hehehe...terima kasih kepada yang sponsor makanan..

kek yang telah sponsored by Ibu Pd,,thanks..
Bacaan doa selamat oleh atuknya.

 Potong kek..walaupun tak faham lagi..yg penting dapat main pisau kek..yeyeye..

Sebahagian kecil sepupu sepapat yang dapat meluangkan masa meraikan birthday si kecik nih..hehehe..pasni cepat jalan tau..mama doakan anak mama selamat di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh, iman terpelihara hingga akhir hayat..amin.

Wednesday, February 23, 2011

Pelaburan ku..

Memandangkan mama ni anak felda, so memang lah ade melabur skit dalam saham felda tuh tapi bila mengenangkan keadaan masa kini, hati rasa tak sedap jer nak labur dalam saham tu lagi. So mama decide nak kuarkan smula saham yang ada..walaupun bukan semua..tetapi dalam jumlah yang besarlah..tinggalkan sikit jer dalam tuh. Keadaan ekonomi negara dan kepimpinan yang kadangkala meragukan ini menyebabkan hati mama tawar nak teruskan pelaburan ni. Takpelah mungkin takda rezeki kot..so nak usaha untuk proses keluarkan pula sebab belum cukup syarat untuk jual semula ni. Nasibbbbbbbbb....

Friday, February 18, 2011

Guna Ms Word

Dah lama perhatikan di dalam Ms word ni ada kemudahan untuk masukkan maklumat ke dalam blog. So kerja lebih mudah kerana tak perlu gunakan browser, just register dalam word ini dan publish. Automatik akan masuk ke dalam blog. Tak kira samada blog jenis blogpot kea tau wordpress. Mama dah cuba kedua2 nya dan Berjaya. Cuma nak upload gambar tak pandai lagi sebab ade nak kena register apa ntah..kalau tak guna web site..ntah tak faham lagi..nantilah study..

Kadang2 bila dah Nampak benda ni tapi tak pernah nak implement jadi masalah juga. Sebagai org yg dalam bidang IT sepatutnya kena cuba untuk kembangkan kemahiran nih. Erm..ntah la..rasa nak sambung study lak jadinya sebab nak belajar benda baru. Wish me ade rezeki la nak sambung study..ntah bila tak tahu la..hehe…

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul

Selamat menyambut maulud nabi esok hari..kalau ikut tarikh kalendar islam..birthday Riyadh hari inilah 11 rabiulawal cukup 1 tahun..dan kalau ikut kalendar biasa 25 haribulan minggu depan.
Bersamalah kita mengucapkan kalimah suci mengagungkan kekasih Allah dan meraikannya dengan menghadiri program2 di surau atau masjid di kawasan kita. Semoga beroleh keberkatan dan ketenagan pabila melaungkan takbir suci junjungan besar. Amin.

Thursday, February 10, 2011

Nilai dan Etika

Pentingnya Nilai dan Etika dalam perkhidmatan :
 
Ini adalah kerana kualiti sumber manusia yang memberi khidmat di dalam perkhidmatan awam adalah penting dalam pembangunan negara. Selain itu etika juga mempunyai hubungan yang erat dengan kecemerlangan kejayaan negara.Tambahan pula nilai ini merupakan senjata utama untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan awam.
 
Dunia masa kini kurang mementingkan integriti di dalam melaksanakan tanggungjawab. Kebanyakkan golongan yang mempunyai kuasa akan mengambil kesempatan di atas kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi. Jarang dilihat ketua yang melaksanakan tanggungjawab di dalam organisasi walaupun dilihat seperti seorang yang cerewet tetapi berbuat sedemikian demi kebaikan organisasi. Nilai positif di dalam diri pekerja di bawah susah untuk dipupuk akibat daripada sifat tiada nilai dan etika pihak majikan di dalam menjalankan kerja. Dimana silapnya?...erm... adakah ini pentunjuk akhir zaman...??..nauzubillah...

Monday, February 7, 2011

adikku dr mesir come back

Alhandulillah adik mama slamat sampai ke Malaysia kumpulan pertama pagi tadi. Mama just tgk live kat tv jerlah sambil jaga riyadh dlm ward nih. Balik dr KLIA adik mama singgah kpj jumpa mama dan tgk anak buah dia ni ha. Along, kak long dan anak2nya serta bonda yang jemput adik mama di airport. Sembang sekejap jer dan nantilah kalau ade kesempatan mama balik la kg.

riyardh warded

Hari Jumaat cuti tahun baharu cina minggu lepas, hero mama kena cirit birit yang keterlaluan...erm..sedih pulak mengenagkan muka dia yang pucat lesi sebab badan dan kekurangan air. Mama cemas juga so bawa hospital KPJ Seremban dan confirm masuk wad untuk drip air.
Lama juga mama jaga hero dekat hospital, 5 hari..selasa baru dapat keluar walaupun not fully recovered hero mama..tapi bila nampak dah cergas skit, mama minta keluar la..sebab dah 2 hari cuti..tak sedap lak rasa.
Duk hospital lama2 pun..mama dah demam..tak tahan la badan. Alhamdulillah semuanya takda masalah dan semoga anak mama cepat sembuh.
 Sehari sebelum keluar wad..dah boleh senyum hero mama...hehe
 merengek jer...sebab badan tak sedap..
Masa ni badan riyadh lesu sahaja

Wednesday, February 2, 2011

Birthday...

Semoga berbahagia dan hidup sentiasa terpelihara iman..amin.. Perlu menjaga kesihatan diri demi permataku yang diamanahkan oleh Allah dan suami tersayang. Doa daripada semua insan yang mengingati diri mama hanya Allah akan membalasnya. Genap usia 34 tahun, rupa-rupanya sudah banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Kesilapan lama dijadikan sempadan dan pengalaman yang baik akan dimanfaatkan untuk diri ini supaya dapat menjadi umat Muhammad yang bertakwa, insyaAllah.

Tuesday, February 1, 2011

Panasssssssssss...

RON 97 naik lagi..berapa kali mau naik la....hangin mama pagi tadi sambil bawa kereta...panassss je jadinya. Sampai bila la nak jadi macam nih... kalau RM10 baru 4 liter,,,nak pegi mano weiiii.... kalau dibahaskan memang ada sahaja la alasannya.dan tentu juga dikaitkan dengan isu di Mesir,,,saham jatuh la..so akhirnya..minyak kena naik...ermm..semua ini isu biasa yang diulang semula... Walau apapun pengguna RON 97 macam mama nih...bersabar jerlahhhhhhhhh... pelik la kita nih...pengeluar minyak tapi nak guna minyak pun sampai nak terkeluar biji mata membayarnya... something wrong somewhere..walaupun dah dijangka benda ni akan berlaku...isk..apo mama merepek2 nih...biasolah orang tengah panasssss...
Semoga dimurahkan rezeki untuk mengharungi cabaran hidup ini. Masih bersyukur dengan apa yang ada dan semoga Allah melindungi negaraku dari sebarang bala bencana akibat perbuatan manusia yang tidak adil...aminn..

Sejukkkk...

Sabtu lalu, mama ada family day company papa di PD. Just buat half day untuk suka2 main2 tepi pantai..hehehe..seronok gak. Alhamdulillah selesai tengahari program tu hujan pun turun dengan lebatnya hingga sekarang. Maknanya kita semua mengalami cuaca sejuk dan beberapa tempat telah banjir. Topi yang dipakai semasa program papa hari tuh. anak2 kononnya nak mandi laut lepas habis program tapi hujan sudah so terus naik keta balik rumah la..petang lepas asar balik ke kampung pulak sebab papa ada agenda dia sendiri.

Lepas pukul 6 petang, papa bergerak ke Seremban semula utk tengok bola, tinggallah mama dan anak2 di kampung..huhuhu..pastu papa terus ke Tenang nak tengok PRK. Nasib malang, esoknya ahad papa tak dapat nak balik, kerana banjir. Habislah kereta Nissan mama kena lumpur..isk..isk.. Alhamdulillah semalam papa selamat balik tapi keta mama kena bersihkan dulu..sebab kotor lerr..ape lagik...

Kesimpulannya suasana untuk beberapa hari ini sejukkkkkkkkkk...nasib baik ada heater..kalau tak..ada yang tak mandi..hehehe..adios

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.