Thursday, February 10, 2011

Nilai dan Etika

Pentingnya Nilai dan Etika dalam perkhidmatan :
 
Ini adalah kerana kualiti sumber manusia yang memberi khidmat di dalam perkhidmatan awam adalah penting dalam pembangunan negara. Selain itu etika juga mempunyai hubungan yang erat dengan kecemerlangan kejayaan negara.Tambahan pula nilai ini merupakan senjata utama untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan awam.
 
Dunia masa kini kurang mementingkan integriti di dalam melaksanakan tanggungjawab. Kebanyakkan golongan yang mempunyai kuasa akan mengambil kesempatan di atas kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi. Jarang dilihat ketua yang melaksanakan tanggungjawab di dalam organisasi walaupun dilihat seperti seorang yang cerewet tetapi berbuat sedemikian demi kebaikan organisasi. Nilai positif di dalam diri pekerja di bawah susah untuk dipupuk akibat daripada sifat tiada nilai dan etika pihak majikan di dalam menjalankan kerja. Dimana silapnya?...erm... adakah ini pentunjuk akhir zaman...??..nauzubillah...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.