Tuesday, July 31, 2012

Persediaan bercuti

Sekarang di pejabat sambil buat kerja, sambil kemas masuk kotak. 2 kotak sudah di hantar ke rumah. coming soon nampaknya ada 3 kotak lagi. Penat juga nak kemas barang-barang yang nak dibawa balik. Personal dokumen dan kerja2 untuk performance kita perlu disimpan dengan baik. Sekarang mama sedang membuat sisih untuk dokumen yang perlu ditinggalkan dengan dokumen yang boleh dibawa balik. Dalam tak sedar, minggu depan mama dah mula bercuti untuk berhari raya dan terus pergi sambung belajar. Maknanya mama akan meninggalkan dunia pekerjaan lebih kurang dalam 2 tahun selepas ini. Nak jadi student semula, so kena prepare juga, maklumlah dah lama kerja tetiba nak jadi student full time balik..hehehe..

Lepas habis study nanti, masuk kerja semula, tapi tak tahulah nak kena posting ke mana...tapi itu cerita kemudian, yang penting sekarang berkemas,,kemas,,dan kemas,,packing,...semuanyalah.. mama dah mula agihkan fail2 kerja kepada anak2 buah untuk makluman mereka takut yang mengganti tempat mama nanti tak tahu nak cari kat mana. Better pass pada diaorang..so nanti dioarang boleh briefing pada Ketua Jabatan yang baharu.

Mama rasa it's a good experience bila mama menjadi Ketua Jabatan di sini kerana kadangkala pengalaman yang sama sukar didapati bila kita berada di tempat lain. Walaubagaimana pun mama rasa kurang seronok sikit sebab mama baru setup 5S di kolej, tapi dah nak kena keluar dah. Takpelah staf sini boleh continue..cuma bila fikir nak join sama tu yang sedih skit.. kita dah beri idea untuk aktiviti yang akan datang especially lepas raya ni..tapi nak buat macamana..bukan time kita. All the best to 5S team...i know all of you can do it better.

Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Taala semoga kita dapat menempuh dugaan bulan Ramadhan ini dengan jayanya. Bulan yang mulia dapat diisi dengan perkara yang baik-baik dan diharap urusan kerja dan peribadi berjalan lancar seperti biasa dan dimurahkan rezeki dari segi kesihatan dan keperluan dalam kehidupan. SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK.

Friday, July 13, 2012

Sambutan Ramadhan

Hari ni kolej buat sambutan Nisfu Syaaban dan juga kedatangan Ramadhan. So banyak pengisian yang diberikan lebih kepada persediaan menghadapi kedatangan ramadhan dan amalan2 yang sebaiknya dilakukan pada bulan Ramadhan. Sayu dan gembira pula rasanya mengenangkan Ramadhan telah tiba dan memikirkan adakah berkesempatan pada tahun hadapan untuk menyambut Ramadhan lagi. Semoga bulan mulia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebenarnya hati mama masih mengenangkan kenangan di Tanah Suci. Alangkah bahagianya jika dapat menyambut Ramadhan di sana. Hanya Allah Maha Mengetahui perasaan rindu mama untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Kadang-kadang mimpi datang juga seperti masih berada di sana. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat sepanjang berada di sana hingga terbawa-bawa kenangan itu hingga kini. Namun sebagai hambaNya di mana jua amalan mesti dipertingkatkan. Semoga mama dapat mengubah diri menjadi lebih baik pada bulan mulia ini.

Thursday, July 12, 2012

5S

Semasa perhimpunan bulanan, mama kena bagi talk tentang 5S. Mengikut arahan Pengarah, mama kena setup 5S di kolej ni sebelum mama bercuti belajar. Alhamdulillah taklimat berjalan dengan lancar dan diharap semua staf dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakannya. Memandangkan mama hanya mempunyai masa yang terhad, banyak perkara yang perlu mama selesaikan supaya tidak membebankan kepada yang tinggal nanti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sebelum mama meninggalkan kolej ni. InsyaAllah.

Wednesday, July 4, 2012

Kak Long Nasyid

Sabtu minggu lepas, 30 Jun 2012, kak long masuk pertandingan Ihtifal KAFA peringkat Zon di Seremban. Masuk nasyid..tapi bukan solo..hehehe..so mama kena kejutkan awal pagi untuk kak long bersiap. Baju nasyid dah siap gosok awal2 lagi...mama ingatkan mama sorang jer nak hantar dia..pastu papanya pun nak ikut..adik pun bangun...angah pun bangun..habislah semuanya ikut walaupun belum mandi..tapi bukannya nak hantar ke mana pun..hantar kak long naik bas kat sekolah dia jer..
 posing awal pagi..sebelum masuk kereta
 adik tumpang sekali
 anak mama yang excited nak bernasyid nih...
 sebelum tutup pagar..papa muncul..nak ikut katanya..hehe
 Nasyidnya bermula...
sedap juga lagunya...

Kak long bertanding di Sekolah Kebangsaan Wawasan di Seremban 2. Suka sangat dia..maklumlah masa tadika dulu dia memang masuk nasyid sampai peringkat kebangsaan..so mama dan papa tukang komen la..kali ni kaklong jadi backup singer..hehe..yang lain semuanya darjah 5..dia sorang jer darjah 3.

Keputusannya..sekolah kak long jadi juara nasyid..seronok sangat dia...mama papa pun suka tgk dia macam tuh. Buatlah apa2 yang manfaat untuk dia..lepas habis kak long bertanding terus balik kampung. Kawan papa kahwin kat Kuala Pilah, pastu Ahad pun opismate mama kolej lama dulu kenduri gak..so banyak jemputan la area kuala pilah. As usual..jammed giler nak balik pilah...eeeee..letih betul..tapi takpe sabar.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.