Sunday, October 30, 2011

Nogori Monang lagi

seronoknya tengok bola malam tadi walaupun tanpa hubby disisi sebab dio dah terobang ke stadium shah alam.. tgk ngan anak2 pun meriah jugak...sibuk cari papanya dalam ribuan penonton tuh..mano nak jumpo..

By the way, tahniah kepada skuad hobin jang hobin..terbaekkkk... akhirnya pialo malaysia balik smulo ko nogori adat perpatih..teruskan usaha..siapa yang terbaik.dia la yang menang.. bestnya kalau mama dpt pergi join  kat stadium malam tadi..tapi nak buat camne...kalau time final memang hubby x bagi la pergi..org ramai sgt..bahaya katenya..betul jugak..


nampaknya hubby mama hepi jerlah mukanya minggu nih..walaupun hari ni tak berpeluang join club dia gi tgk pialo kek paroi..tapi takpo...dah bos abang suruh kojo...kojo yolah..ni nak hujung tahun prestasi kerja kena jaga..kang dapek performance teruk..tak dapek lah  bonus tinggi..tak gitu bang..hehehe..

Thursday, October 20, 2011

Legaaa....

Alhamdulillah validasi dah selesai, kalau ada rezeki ada lah.. yang penting sudah usaha..tapi kalau tak berjaya agak kecewa juga..tapi kena kuatkan semangat untuk mencuba lagi..

kawan2 mama semuanya sudah selesai validasi..mungkin ada kolej lain yang belum selesai..harap2 semuanya berjaya. Soal rezeki ni kadangkala sukar diramal..tapi yang penting persediaan.

Tak tahulah kenapa mama macam blur ssahaja masa mula2 diaorang tanya..agaknya gabra kot..isk..isk... sampaikan dia tanya berapa ramai student pun mama jadi lupa dah..erm..ntahlah.. yang lain nya nampaknya telah dilengkapi dalam folio cuma bimbang juga..saingan ramai tahun ini.

Bos mama siap telefon tghari tu tanya macamana?..mama kata ok jerlah..tapi tak tahulah macamana..kalau ada rezeki dapat la..so bos mama pesan..kira ok lah tu..so u rilek dulu..esok mula smula  buat kerja macam biasa..aduih... letih gak bila nak fikirkan kerja ni..padahal masa nak kena validasi tu pun sempat gak mama uruskan masalah kat PSH sekejap..erm...dugaan bekerja macam ni lah.

malam tadi rasa macam nak demam..mama rasa badan mama terlalu letih sejak dua menjak nih...rasanya nak kena ambil cuti..tapi tak tahu bila sebab banyak kerja nak kena buat..semoga mama kuat semangat..insyaallah..dan tak lupa terima kasih mama pada anak2 yang doakan mama, papanya walaupun tiada disisi pagi hari mama validasi (sbb gi ganu tgk bola..nasib baik menang..), [astu kawan2 mama semuanya support..love u all..sampai kat kolej..staf semua wish good luck..jadi kuat semangat sikit..alhamdulillah.. dan berusaha...doa kena slalu..dan akhirnya tawakal jerlah apa keputusannya.

Sunday, October 16, 2011

Validasi

Lama sungguh mama tak update blog ni. Takda kesempatan lagi nak berblog...by the way rindu juga nak kongsi cerita ngan kawan2 semua.. minggu depan mama nak kena validasi untuk kenaikan pangkat..hari rabu..berdebar juga ..sebab tak tahu siapa yang akan datang untuk interview... mama cuma berdoa semuanya berjalan lancar..
kalau dengar pengalaman kawan2 yang sudah interview minggu lepas, ada yang menenangkan jiwa..dan ada juga group yang menakutkan juga..erm..semuanya bergantung pada rezeki lah.. mama cuba kuatkan semangat..kalau ade rezeki dapatlah naik gred tahun depan..kalau tidak..kena la usaha lebih baik lagi..
kalau memikirkan bebanan kerja sekarang ini, mama memang tak boleh nak cover semua..tak tahu la kenapa pengurusan organisasi macam ni.. kalau senaraikan kerja nak kena buat..memang boleh pengsan rasanya..tapi nasib baik staf di sini banyak membantu..dan faham tanggungjawab yang kena pikul...
kalau pikirkan dari segi bunyi jawatan memang sedap jer.. pegawai kanan..pastu tanggung kerja ketua jabatan..tapi kalau tugas yang kena pikul tak rasa macam kita ni berjawatan..kerana semuanya perlu dilaksanakan secara sendirian..apa yang boleh mama buat..share ngan kawan2 jer.. sbeab itu bila nak kena validasi ni ada sikit tekanan dari segi preparation... tak sempat nak buat..tapi hopefully apa yang mama buat selama ini ada kebaikannya.. hanya Allah yang maha Mengetahui atas segalanya..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.