Monday, March 26, 2012

Tengok Bola lagi

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 8.45 malam

Mama sekeluarga pergi menonton perlawanan bola sepak lagi sekali di stadium tuanku abdul rahman paroi untuk mengisi kebosanan di hujung minggu. Park kereta kat rumah alang nya..dan kak ngah shiloh tetiba tak nak ikut..nak main dengan baby  irfan katanya..so tinggal lah dia di rumah mak lang nya.. Perlawanan persahabatan di antara Negeri Sembilan vs Persebaya.. keputusannya seri 2 sama..walaupun awalnya hampir kalah...tapi masa kedua NS berjaya menyamakan kedudukan..hehehe..
 papa beratur beli tiket dulu,,,nasib baik tak ramai
 mama ngan adik tunggu papa beli tiket
 adik leka tgk game..kak long posing jap..
 Mama dan papa yang tekun menonton
 Baru lepas nyanyi Negaraku
 penyokong ultras yang lempar asap..kacau jer,, kedudukan 0-0
Game baru nak bermula
 mula bermain dengan penuh semangat--hobin jang hobin
 persebaya mendahului NS..0-1
 masa kecederaan 1st half..Persebaya 2 Ns 0
 2nd Half..NS follow 1-2
 Seterusnya NS sama dgn Persebaya 2-2 hingga akhir masa
 tunggu turn nak balik..biar orang keluar dulu..takut berebut
Group penyokong Indonesia..

Seronok juga pergi tengok bola, maklumlah dah lama tak tengok.. habis game lepak rumah maklangnya kejap..makan nasi yang mertuaku bekalkan.. pastu baru angkut semua anak masuk kereta sbb semua sudah tidur..mama papa jer yang berjaga lagi. Sampai rumah terus tukarkan baju adik, basuh kaki tangan..tukar pampers..baru boleh tidur.. esok kerja macam biasa..

Tuesday, March 20, 2012

Kembali Ke Rahmatullah

Innalillahi wainnailaihirojiun..

Mama sekeluarga kehilangan insan tersayang di dalam keluarga yang memang sentiasa berada di sisi kami semua sepanjang hidup ini iaitu Uwan kesayanganku..telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 14 Mac 2012 (Rabu).
Walaupun uwan hanya sentiasa duduk dan memerhatikan tingkah laku cucu-cucunya, tapi tetap tersenyum dan terhibur. Mama dan family rasa lain bila melihat ruangan yang uwan selalu duduk..tapi sudah tiada orangnya. Namun kami sekeluarga bersyukur jenazah dapat diuruskan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Menurut mak dan adik mama juga mengatakan saat ajal menjemput uwan masih kelihatan tenang cuma wajahnya nampak menahan kesakitan..hanya Allah yang mengetahui. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikalangan orang-orang beriman. Amin..kami semua rindu kenangan bersamanya..

Moga mak dikampung tabah dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan uwan yang telah tiada kerana selama 40 tahun mak menjaga uwan..dan sentiasa menjaga makan minum nya..kali ini semuanya telah tiada..semua nya kuasa Allah yang maha esa.

Thursday, March 8, 2012

SBPA dibatalkan

Selepas sekian lama berdebat, berdiskusi, berbincang..akhirnya..batall...tiada...maknanya masih SSM juga. Kenapala jadi macam nih, buat huru hara jer masa hujung tahun hari tuh..nak cepat2 kena sign skim baru...erm..ntah lah..apo nak jadi..

Tapi macamanapun ada juga la kenaikan gaji..alhamdulillah..rezeki..terima seadanya..walaupun banyak isu skim baharu tu..rasa macam buang masa lak..tapi..ntahla..nak cakap lebih2 kito bukan pakar bab nih.. hanya menurut perintah...dan mama cuma ingin memastikan kerja itu sebagai ibadah dan tanggungjawab yang harus dipikul dan diselesaikan. Semoga perjalanan hidup menjadi lebih terurus dan sentiasa diberkati Allah.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.