Tuesday, March 20, 2012

Kembali Ke Rahmatullah

Innalillahi wainnailaihirojiun..

Mama sekeluarga kehilangan insan tersayang di dalam keluarga yang memang sentiasa berada di sisi kami semua sepanjang hidup ini iaitu Uwan kesayanganku..telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 14 Mac 2012 (Rabu).
Walaupun uwan hanya sentiasa duduk dan memerhatikan tingkah laku cucu-cucunya, tapi tetap tersenyum dan terhibur. Mama dan family rasa lain bila melihat ruangan yang uwan selalu duduk..tapi sudah tiada orangnya. Namun kami sekeluarga bersyukur jenazah dapat diuruskan dengan mudah tanpa sebarang masalah. Menurut mak dan adik mama juga mengatakan saat ajal menjemput uwan masih kelihatan tenang cuma wajahnya nampak menahan kesakitan..hanya Allah yang mengetahui. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dikalangan orang-orang beriman. Amin..kami semua rindu kenangan bersamanya..

Moga mak dikampung tabah dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan uwan yang telah tiada kerana selama 40 tahun mak menjaga uwan..dan sentiasa menjaga makan minum nya..kali ini semuanya telah tiada..semua nya kuasa Allah yang maha esa.

1 comment:

Ummi... said...

alfatihah untuk wan ko... aku pun teringat lg gelagat wan tu aku aku pegi rumah ko...
nanti kim salam kt mak ko ya...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.