Thursday, February 25, 2016

Happy birthday My Boy

Hari ini birhtday anak bujang kesayangan mama..erm..malam tadi dah minta kek..nak potong kat sekolah katanya...so papa mama kena la keluar gak malam tadi nak cari kek dia tuh..nasib baik ade yg dia berkenan..tapi takde lah fancy2..macam tahun lepas..

Pagi ni bangun dengan bersemangat nya sebab nak bawa kek ke sekolah..erm mama doakan abang sehat selalu, menjadi anak yang soleh, boleh melindungi keluarga dan berjaya hidup di dunia dan akhirat..we all love you abang yad..


Wednesday, February 17, 2016

My Februari

Hari ini majlis meraikan kenaikan pangkat salah seorang staf di bahagian mama..tahniah ..kami bangga dgn pencapaian anda... di samping itu ia juga majlis sambutan ulang tahun kelahiran bulan Februari..so mama ler orang nya...hehehe...seronok dapat makan ramai2..dapat hadiah..dapat kek...

Ini lah keadaan mama di opis..luangkan sikit masa untuk meraikan staf..untuk menjadi inspirasi lebih maju dalam bidang kerja...dan semangat berpasukan yang tinggi... love u all...and thank you.





macam2 makanan ade..kuih ade..nasi kerabu ada,,laksam ada..bihun goreng ada..puding roti..putu mayam..

Moga kehidupan bertambah baik..dan rezeki yang melimpah ruah.

Thursday, February 11, 2016

Wedding

Alhamdulillah selesai sudai majlis perkahwinan mak su nya..adik mama yang bongsu..alhamdulillah..semua adik-beradik telah bertemu jodohnya..moga kekal ke akhir hayat.

Mama volunteer membuat candy bar..aka sweet corner..so preparation nya..mama beli barang dulu...buat aiskrim malaysia..banyak ooo.....hias khemahnya..dan time kenduri mama arahkan anak buah yang jaga..
takkan mama nak jaga kot...kita nak layan tetamu..alhamdulillah makanan cukup..tetamu pun ramai..mula2 cemas juga..tapi yakin rezeki yg ada..alhamdulillah...padahal bajet kami sekeluarga sikit sahaja...memandangkan baru habis belanja buka sekolah..so kongsi jerlah berapa yang ada untuk bantu adik menjayakan wedding nya. Bak kata pepatah besederhana itu lebih baik..tiada pembaziran..moga berkat majlis ini...










My Birthday

Awal bulan Februari merupakan birthday mama,...ermm dah 39 ye..maknanya nak masuk 40 series..ermm..excited pun ada..by the way harapan mama moga dikurniakan kesihatan untuk membesarkan anak-anak...hajat mama nak menunaikan haji....insyaallah tahun ni mama dah ikuti kursus haji...tahun depan 2017 merupakan giliran mama dan papa..insyaAllah..moga rezeki ada untuk kami menunaikan ibadah haji...





kak long tiada dalam gambar..duk asrama la katakan..takpelah..dia ade juga call mama wish birthday.. happy day..happy moment..love u all...

Pengenalan 2016 - Pendaftaran sekolah

Tahun ini ada kelainan kerana anak mama sudah naik ke sekolah menengah. dah tua rupanya mama papa ye..hehehe...by the way mama bangga dengan kak long..mendapat tempat di sekolah yang baik..moga pencapaian kak long bertambah baik di masa akan datang.

Sayu juga hati nak tinggalkan anak di asrama...tetapi demi masa depan kak long..mama kuatkan semangat..lagipun bukan jauh pun...seremban juga..,hhehehe.



Kak long adalah contoh bagi adik2...mama doakan kak long sentiasa berjaya di dalam hidup dan menjadi anak yang solehah..di bawah rahmat Allah sentiasa dunia dan akhirat.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.