Monday, October 20, 2008

Majlis Ihtifal Pasti N.Sembilan

Tahniah untuk Kak Long...
Semalam 19/10/2008, kak long telah menjadi johan bagi pertandingan nasyid untuk PASTI peringkat N.Sembilan. So hujung bulan ni 31/10/2008 hingga 1 Nov 2008 nanti kak long kena pergi KEDAH untuk pertandingan peringkat Pusat pula. Mama pun nak kena ikut la tu nak bagi support kat anak mama ini.
Bila tengok kak long nyanyi solo tu teringat lak mama masa sekolah dulu selalu juga jadi solo untuk nasyid...hehehe...kira ikut mama la ni ek..kalau ikut papa...takde ler...(papa jgn mare ekk)Kak Long ambil hadiah bila diumumkan Johan Nasyid. Excitednya dia dan nasib baik menang, kalau kalah puas la mama nak memujuknya. Itupun sebelum perform, mama kena pujuk dia dulu sebab tiba2 kak long sedih je. Ntah apa la yang difikirkannya tapi nasib baik bila giliran kak long dia boleh senyum semula.Senyuman bahagia bila dah dapat hadiah. Tahniah sayang mama always support anything yang membawa kebaikan untuk anak mama.

Friday, October 17, 2008

Relaks kejap

Assalamualaikum, hari ini pagi kelam kabut dengan penyediaan dokumen sempena hari Audit Dalaman ni. Rekod semua sudah update so boleh la hantar tapi harap2 jgn ada sebarang nonconforming sudah la.. kemudian tanda paper latihan budak2 ni. Mesti minggu depan diaorang dah bising nak tengok markha masing-masing..erm..ntah la bebudak ni..semoga berjaya la semua nanti.

Waktu rehat tengahari mama pergi berurut badan la. Sakit2 badan ni dan bila dah diurut tu, leganya rasa tuhan je yang tahu. Memang ada masalah skit rupanya kalau mama tak jaga memang jadi penyakit la. Erm alhamdulillah dan rasanya nak pergi urut lagi la nanti sebab acik tu kata kalau tak jaga badan ni nanti buncit la perut..hehehehe.... tapi sakit wooo...meletup2 dibuatnya...

Petang ada meeting pulak tapi sekejap je dalam 1 jam untuk persediaan Family Day esok di Melaka. Seronoknya dapat bercuti ramai2 ngan staf, buat aktiviti ringkas2 je pastu boleh lepak2 ngan family dan kawan2. Erm tapi mama kena balik awal kot sebab ahad kak long ada bertanding nasyid la pulak. Ok nak pergi solat kejap sebelum balik so nanti bila sampai rumah boleh terus main2 dengan iloh.

Thursday, October 16, 2008

Saat berangkat pulang















Petang 4 syawal bertolak pulang ke Port Dickson semula. Sebelum tu sempat bergambar dulu ambil permandangan di Kg. Pengkalan Ara Parit 6, Chenderong Balai.


4 Syawal 1429

Lokasi : Kg. Pengkalan Ara Parit 6, Chenderong Balai, Sg. Manik, Teluk Intan, Perak.
Masa: Pagi
Aktiviti bermula dari pagi gotong-royong memasak untuk penyediaan makan tengahari. Lama tak berjumpa saudara sebelah ayah mertua so macam2 cerita la yang keluar. Seronok juga dan meriah sangat sebab terasa sangat suasana kampungnya. Mama pun orang kampung jugak tapi di sini suasananya tepi sawah ada parit depan rumah tapi mama tak berani la nak terjun.
Mama kena buat sambal gesek permintaan papa
Pasangan bahagia Abg. Joe dan Along
Menu tengahari iatu ikan baung masak lemak, ikan talapia salai dan beberapa lauk lain..nyum, nyum..laparr...
Hj. Mizan jadi tukang bakar ikan, jaga-jaga bang jgn sampai hangus
Ahli veteran kampung Pengkalan Ara Parit 6..hehehe...
Makan time, hehehehe..semuanya menyerang makanan termasuk mama ...sedapp..lauk kampung jer, alhamdulillah.

1 Syawal 1429




Semoga Syawal memberi keberkatan kepada kita sekeluarga. Bergambar selepas balik dari Masjid Lukut sembahyang raya. Lepas bergambar, kita makannnnnnnnnnnnnn....

Happy Birthday Raudhah Syazwana

Tanggal 30.09.2008 genap 5 tahun usia anak mama ni (Kak Long) iaitu hari terakhir puasa 30 Ramadhan. Mama ngan papa sibuk tolong atuk buat lemang, so terlupa nak beli kek birthday kak long. So petang tu baru nak pegi cari, last2 Secret Recipe jer yang ada. Mama beli jugak la untuk Kak Long.Kak Long nak potong kek, adik pun nak tumpang sekali. Puas la mama pegang iloh takut dia terkam kek kak longnya.
Dapat makan kek baru boleh duduk diam. Erm,,, letih papanya.Kak Long sibuk nak bergambar ngan bantal kesayangannya (sponge bob ngan Minnie). Semoga anak mama berbahagia selalu dan sihat sejahtera dan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dalam hidup. Amin.

Tuesday, October 14, 2008

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum semua, SELAMAT HARI RAYA...
Lama mama tak masuk blog ni maklumlah cuti 2 minggu so blog pun tak buka la. Letih juga raya kali ni sebab macam2 aktiviti buat. Tetapi seronok dan terisi juga masa cuti yang panjang ni. Hari ni baru mama dapat buka blog dan adjust skit apa2 yang patut. Gambar raya belum upload lagi, nanti la.

Ini pun mama nak hilangkan kebosanan sebab dari hari Isnin sampai sekarang tak sudah2 update file dan kelas. Baru masuk 2 hari nak berpuasanya kalau masa cuti puasa susah skit, banyak dugaannya...hehehe..Ok kalau ada masa mama masuk lagi tapi esok tak boleh rasanya sebab kena bawa student pergi seminar di Politeknik Port Dickson. By the way kat sana nanti dapat jumpa kawan lama masa belajar dulu (En. Norhadi). Sekarang dah jadi Pen. Pengarah so boleh la chit chat sekejap sementara tunggu seminar tu selesai esok. Bye...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.