Saturday, March 28, 2009
Manjanya...
Tuesday, March 24, 2009
Badan Sihat Idaman
Kalau diluaran badan kita disaluti dengan barang kemas yang mahal dengan pakaian yang mahal dan indah, tetapi bila dibuat pemeriksaan kesihatan, kondisi kita tidak baik, adakah berbaloi kita bertungkus-lumus mengumpulkan wang untuk kemewahan? Semuanya ada pada diri kita sendiri. Mama pun terfikir juga tentang perkara ini tambahan pula zaman sekarang ni macam-macam penyakit dihadapi oleh manusia.
So, sebaiknya kita kena buka minda kita untuk mengutamakan kesihatan daripada kebendaan yang tidak kekal ini. Sekiranya kita belanjakan wang untuk membeli barang kemas yang beribu itu kepada membeli produk kesihatan, alangkah baiknya. Ini kerana bila badan sihat, apa kita nak buatpun, insyaAllah tidak ada masalah. Kecuali soal mati, semuanya ditangan Allah tetapi sekurang-kurangnya semasa hidup kita menghargai badan kita.
Monday, March 16, 2009
Bila shiloh merajuk..
Terlalu sedih sebab nak pergi ke mama, papanya tak kasi. Suruh duduk je kat tepi pintu tu. Sian pulak mama tengok tapi nak gelak pun ada juga. Kak long taknak campur takut papa marah dia pulak. Erm, tapi sekejap je, bila mama tunjukkan botol susu terus adik stop nangis dan baring depan tv. Lepas susu cuba tackle papanya sampai papanya nak peluk dia, barula senyum semula. Lastly tidur celah ketiak papa. Maklumlah papanya tak pernah marahkan dia, tu yang sedih sangat tuh. Macam2 perangai adik ni, mama pun kadang2 geram je tengok. Tapi kalau tak macam tu boring pulak rasanya.
Whatever pun mama papa cuma doakan yang terbaik untuk anak-anak. Wish u all to be a good muslimah. Semoga sentiasa melindungi dan memelihara anak-anak mama. Amin.
Tuesday, March 10, 2009
Jawab Tag
Mama tak pernah jawab tag sebelum ni, tak reti la acik..hehehe.. tapi try jugak la. Nanti ummi-mujahid yang cute tu kata mama sombong lak, padahal tak reti. Tapi ada yang nak tolong ajar, kire orait la tuh.
Mama jawab la ummi-mujahid punya tag:-
1. Do you think u're hot?
: yes, bila lepas makan..hehehe..
2. Upload your fav picture of u
3. Why do u like that picture?
: melihat anak mama membesar dengan penuh kasih saying dan keceriaan. Mama doakan yang terbaik untuk permata hati mama dan papa.
4. When was the last time u ate pizza?
:Agaknya hujung tahun lepas kot, tak perasan pulak
5. The last song u listen to?
: Lagu kartun Wonder Pets, kak long yang nyanyi
6. What are u doing right now beside this?
:Menanda kertas amali student, poning kepalo acik
7. What name u prefer beside yours?
: Mizan, Raudhah dan Ruwaidah
People to tag:
1.Zira
2.Ita
3.Fidah
4.Noni
5.Saleh
8. Who is no. 1?
:Sahabat susah senang semasa belajar
9. No 3 is having relationship with?
: my friend also, class mate, course mate, housemate
10.Say something about no 5
:Adikku anugerah Allah hingga akhirat
11. How about no 4
:housemate di JB, minat Hishammudin Hussein..hehehe..
12. and no. 2 :
Bestfriend masa sekolah dulu, still keep in touch
Sambutan Maulidur Rasul
Ceramah maulud malam tadi di sampaikan oleh seorang pensyarah dari USIM, Nilai iaitu Ust. Zulkifli Muhammad Al-Bakri. Penuh pengisian dan seron0k juga mendengarnya walaupun mama bukannya nampak muka ustaz tu just suara je la. Muslimin bila duduk belakang memang tak nampak la.
Sambil2 tu mama duk perhati kerenah odah iloh ni. Takut juga kalau dia panjat2 tembok kat masjid tu. So mama snap la beberapa aksi diaorang.
Lepas habis majlis, mama balik rumah mak, pack barang nak balik Seremban pulak. Letih betul sebab esoknya nak kerja. kak long kena sekolah, baju pun tak gosok lagi. Keletihan malam tu bila sampai Seremban, papa je angkat barang, mama ngan anak2 dah tidur. Sorry papa tak tolong..!!
Produk Kesihatan
Produk kesihatan yang mama makan adalah SS Solution untuk mengawal pengambilan makanan berlebihan. Hehehe..ni semua sebab suka sangat makan tak kira masa, so mama pun dah naik bulat. Erm...kalau ikut papa, ok je dia sebab tak kiasah sangat tapi mama yang risau bila test tengok kandungan lemak dalam badan dah tinggi. Merbahaya untuk kesihatan jangka panjang.
Produk kedua yang mama makan Iso 5 iaitu mengandungi serat makanan yang terdiri daripada buah-buahan. So far mama follow jadual la tapi makan kena control je, nak stop terus tak boleh la. Next time boleh la mama promote produk yang lain. Kalau menjadi boleh la dijadikan testimoni, tak gitu?..Berubah lah untuk kesihatan jangka panjang. Anak-anak kecil lagi, kalau badan tak sihat sapa nak jaga diaorang. Sian kan...?..
Wednesday, March 4, 2009
Kisah Bukit Putus
Walaupun laluan ini merbahaya, tetapi masih banyak kenderaan lalu kerana untuk pusing ke arah Tampin atau Jelebu, terlalu jauh. Memang cerunnya dalam dan mama pun tak berani nak pandang bawah tu, cuma berdoa jela selamat.
Waktu pagi mama lalu di kawasan tanah runtuh yang paling teruk, so mereka letakkan lampu yang banyak untuk ingatan pengguna jalan.
Beberapa permandangan di kawasan bukit putus. Sebabnya banyak sangat land slide, mama just snap mana yang sempat je.
Ini adalah jalan baru yang masih dalam proses. Jangkaannya siap pertengahan tahun 2009 ni. Tak tahu la bila boleh digunakan sebab bila tengok jalan lama ni dah banyak tanah runtuh, seram juga. Hopefully perjalanan mama sentiasa selamat bersama rakan sepejabat.InsyaAllah.
Tuesday, March 3, 2009
Sambutan Birthday February
Mama : 2 February 2009
Mak Ngah Odahiloh : 14 February 2009
Pak Andak Odahiloh = 7 February 2009
Kakak (sepupu odahiloh) = 8 February
Hasanah (sepupu odahiloh) : 25 February 2009
Shiloh melayan baby Hasan Omar baru 40 hari. Adik nak baby ke??.. nanti la dulu ekk...
Award dari Vogue2704
Ingatan Bersama
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.