Monday, March 16, 2009

Bila shiloh merajuk..

Anak dara mama dan papa ni leka main dengan kakaknya. Macam2 dimainkan sampai mama nak tengok tv pun tak concentrate. Kak long suka melayan adik so biarkan je lah. Tapi entah macamana mama leka tengok tv tak perasan yang adik tengah menconteng dinding rumah dengan senang hatinya. Kakak pun tak perasan sebab leka baca buku kamus 5 bahasa yang mama baru belikan.Masa ni kak long dengan adik duk membelek selak pintu tuh. Entah apa yang pelik mama pun tak tahu la.
Berebut nak selak pintu tu dari kak long nya, tapi kakak kasi je la. Kalau tidak adik merajuk lama puas la nak memujuk.
Lepas menconteng dinding, papanya baru keluar bilik terus marah dia. Tu yang muka muncung je tuh sebab dia tau dia buat salah. Kakaknya dah beri buku suruh conteng dia tak mau. Mama fikir takpelah nak kreatif punya pasal. Dinding tu lain masa boleh cat semula, itupun kalau papanya rajin la.
Terlalu sedih sebab nak pergi ke mama, papanya tak kasi. Suruh duduk je kat tepi pintu tu. Sian pulak mama tengok tapi nak gelak pun ada juga. Kak long taknak campur takut papa marah dia pulak. Erm, tapi sekejap je, bila mama tunjukkan botol susu terus adik stop nangis dan baring depan tv. Lepas susu cuba tackle papanya sampai papanya nak peluk dia, barula senyum semula. Lastly tidur celah ketiak papa. Maklumlah papanya tak pernah marahkan dia, tu yang sedih sangat tuh. Macam2 perangai adik ni, mama pun kadang2 geram je tengok. Tapi kalau tak macam tu boring pulak rasanya.
Whatever pun mama papa cuma doakan yang terbaik untuk anak-anak. Wish u all to be a good muslimah. Semoga sentiasa melindungi dan memelihara anak-anak mama. Amin.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.