Saturday, March 28, 2009

Manjanya...

Bila tengok adik kakak manja2 camtu, mama pun snap la sekeping dua. Shiloh tu sebenarnya kacau kakaknya baca iqra' sebab dia tau mamanya sibuk layan kakak mengaji so takde masa nak layan adik. Erm..kak long tak sampai hati, biar jelah adik baring kat riba dia so tak habis la kak long ngaji.Bila mama kata nak ambil gambar, suka diaorang. Ada masa perang ada masa mesra alam sangat. sekarang ni adik garang betul, angin je. Kalau tak kena dengan kehendak dia, terus nak mengamuk. Aik mama pun hairan, ikut sapa ni garang sangat. Ada yang kata ikut angin papanya, ada kata mama garang masa mengandung dia. Ok lah, mama pun actually ade kata kolej hari cuti ni sebab ada Kursus Pengurusan Jenazah. Mama jadi urusetia dan pesertanya pula terdiri daripada ahli Karyawan. Entah sapo lah artis yang datang nak kursus jenazah ni. Tak kisah la asalkan matlamat mereka nak dapat ilmu fardhu kifayah ni tercapai. Habis kursus esok, malam ni ada tahlil tapi mama balik awal la, dan esok habis tengahari. Lepas tu nak pergi kenduri kahwin Ijad. Kena la mama bawa 2 puteri mama ni sebab papanya takde gi tengok bola.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.