Thursday, February 26, 2009

Artikel Hangat- Isu Palestin

Mama suka juga cari blog yang memaparkan isu-isu semasa di blog ni http://isuhagat1.blogspot.com . Ada satu artikel yang memang dipaparkan untuk share dengan pembaca lain, so mama cuba panjangkan artikel ni untuk tatapan blog mama ni.

Fakta mengenai Palestin, Israel dan Mesir

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

** Mama rasa kita sangat beruntung tidak mengalami ujian sedemikian. Hanya Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Wednesday, February 18, 2009

Kak Long buat homework

Setiap malam kak long mesti ada homework nak kena siapkan. Bila mama suruh buat di rumah pengasuh dia tak mahu. Agaknya dia nak mama papa tengok dia buat kerja kot. Tapi mama kesian pula sebab kadang-kadang banyak juga homework dia kena buat. Ermm..baru sekolah tadika dah macam ni kalau masuk primary school nanti macam mana la pulak.Tengah tekum buat kerja mama tak mau la kacau. Cuma duk perhati jela naper la kak long tak boleh guna tangan kanan, means kidal la. Mama cuba ajar tapi tak boleh jugak, faktor genetik jugak la tu jawabnya. Sebab mama dengan papa dua2 kidal.
Kalau adiknya tak kacau boleh la kak long siapkan awal homeworknya. Kalau tidak mesti menjerit2 marah sebab adik dia pun nak tulis jugak.
Adik sedap lepak depan tv je. Tengah layan blues kot..hehehe..bila mama snap sempat senyum tu. Ini dah kepenatan sebab macam2 aktiviti dia dah buat.
Main handphone tengok gambar sendiri. Suka la tu sebab nak main dengan kak long, tengah buat homework pula. So adik main handphone jela. Tapi handphone papa la..kalau handphone mama..memang mama tak kasi punya sebab dia mesti nak ketuk2..erm...shiloh..shiloh..
Termenung sebab mama marah dia main alas meja tu. Berapa kali dah mama letak balik, dia mesti nak ambil semula. Sebenarnya macam ni la tabiat kanak-kanak sebaya adik ni, tak boleh tengok benda tersusun skit, mesti dia nak tolong kusutkan. Tapi takpe dah letih main nanti, dia tidur lena la sampai pagi, mama ngan papa juga yang senang sebab esok awal pagi nak kena bangun pegi kerja.

Friday, February 13, 2009

Programmable Integrated Circuit

Minggu ni mama tak sempat nak update blog.
Actually minggu ni sampai next week mama attend course tapi kat
kolej ni je. Course PIC, memang sesuai untuk pensyarah elektrik,
tapi open pada lecturer yang berminat so mama join la course ni. Untuk tambah knowledge lagipun semuanya benda baru. Seronok juga sebab mama dah lama tak buat programming ni dan dapat pulak implementkan antara software tersebut kepada hardware. Excited la sebab selalu buat programming just for develop system, ini pulak untuk develop ala robot lagi.

Course PIC ni melibatkan software dan hardware dan mama dah cuba
implementkan program yang dibuat kepada mini robot..hehehhe...kecil je..namanya mouse..ala-ala tikus..so try programkan supaya ia bergerak, berhenti, menoleh dan sebagainya. Nampak simple tapi puas juga nak programkan. Ini first experience so mama memang excited la, kalau org yang dah biasa dgn PIC ni, memang lebih hebat la diaorang buat.

Course ni sampai minggu depan so mama tak dapat nak attend lecture la, kena la arragekan jadual ngan member spy mama dpt replace jadual diaorang, so tak banyak nak kena ganti kelas nanti. Penat jugak sebab kalau kelas ada waktu relaks skit. By the way i'm happy and hopefully mama dapat catch up apa yang dipelajari sepanjang course ni, insyaAllah.

Tuesday, February 10, 2009

Balik ke N.Sembilan


Balik dari Kedah, papa drive dulu. Tapi mama tak sedap hati pulak tengok sebab papa tak sihat. Kena selsema dia, so risau jugak kalau dia mengantuk ke masa drive nanti. So mama duk tengok je la dia sampai terlelap jadinya. Sedar-sedar dah sampai RnR Gunung Semanggol, papa berhenti rehat ajak makan.



Adik muka letih je sebab lama sangat tidur. Mama snap gambar dia sementara uwan dia siapkan makan tengahari. Actually kami dah siap masak kat rumah Pak ngah tadi untuk bekal makan tengahari dalam perjalanan nanti. So tak payah la makan kedai, just cari tempat lepak je.







Ini adik ngan kakak dan kekenyangan so aktiviti seterusnya main je la dalam kereta. Papanya pergi solat so mama tunggu dalam kereta je la sebab kat luar tu panas sangat kesian pula anak-anak. Macam-macam benda yang dimainkannya sampai mama pun jadi malas nak jaga, bior jela asalkan jangan bergaduh dua beradik ni sudah la.





Permandangan Gunung Jerai dari Highway, nampak menarik juga.

Bila dah puas berehat, gerak semula dan mama pula take over. Papa boleh tidur sebab papa makan ubat, so biar mama drive. alhamdulillah perjalanan takde apa-apa masalah dan mama tak sabar nak cepat sampai je sebab dah sakit pinggang drive lama. Orang perempuan ni itu la masalahnya kalau tak exercise, drive lama sikit dah sengal-sengal sana sini. Malam tu jugak, sampai Kuala Pilah kul 8.30 malam dan dalam pukul 10 malam, mama papa bertolak balik ke Seremban 3 sebab esok nak kerja. Letihnya rasa tapi takpe bila dah sampai rumah, mama terus siapkan baju sekolah anak, baju anak nak hantar rumah pengasuh dan gosok apa-apa yang perlu. Selesai semua terus tidur dan papa pun sama dah tak sedarkan diri. Esok nak kena bangun awal pula, ermm.. letihnya.

Jalan-jalan ke Padang Besar, Perlis

Memandangkan cuti Thaipusam 3 hari, papa ajak mama pergi ke Jitra rumah pak ngah. Sejak mama selalu kursus ke Perlis di Institut Perguruan Perlis, Kangar dulu, mama papa kerap ke rumah pak ngah di Jitra. Secara tak langsung jadi rapat la. Walaupun sekarang ni mama dah tak kursus ke sana, tapi bila ada kelapangan pergi ke sana jugak.

Actually, sepupu mama anak pak ngah tu kena kanser hidung. So dia dah buat kimoterapi dan skang ni tengah buat terapi lagi. Kesian sangat tengok perubahan diri dia, sebab orang kalau dah buat kimo ni memang gugur la semua rambut, dan badan pun susut sampai 5kg, sebab tak boleh nak makan, minum pun sikit je. Bila mama tengok keadaan macam tu, kita kena ingat la penyakit macam ni tidak kenal usia. Semua orang boleh mendapat sebarang penyakit tetapi sebagai orang Islam kita kena redha dan yang penting berusaha untuk menyembuhkan penyakit.

Hari Ahad tu mama, papa, odah, iloh, uwannya dan moyang sekali ikut pergi Padang Besar. Tengok apa-apa barang keperluan yang boleh dibeli. Mama cuma nak cari periuk je dan uwan dan moyangnya cari beras wangi je la. Sebab barang kat Padang Besar ni pun dah mahal. Bukan macam dulu dah, so beli apa-apa yang patut je la.
Sebelum sampai Padang Besar, makan dulu di Kedai Makan Tok Mek. Kedai ni mama selalu singgah sebab dalam Jalan-Jalan Cari Makan pun ada rekemen kedai ni. Sedap juga masakannya, maklumlah masakan Siam.Mama biar papa makan dulu sebab adik tidur. So mama dukung la dulu sementara tunggu papa makan lepas tu baru mama makan dengan kak long.Papa lepak di tengah-tengah tempat shopping sambil melayan dua puteri dia tu main buble. Mama boleh la gi tengok barang-barang yang perlu dengan uwan dan moyangnya.Dah habis membeli barang, mama lepak jap kat tepi kereta tunggu papa susun barang. Letih jalan-jalan, adik pun sama lasaknya. Lepas tu terus balik ke Jitra semula dan rehat sampai malam. Sebab esoknya nak balik dah, hari Selasa kena kerja.

Tuesday, February 3, 2009

Birthday MamaOdahiloh

Alhamdulillah, semalam 02.02.2009 genap usia mama 32 tahun. Dah tua rupanya tapi bagi mama bila makin meningkat usia, semakin seronok kerana boleh memikirkan semula sikap kita pada masa lalu samada yang baik atau yang buruk. Harapan mama semoga hidup sentiasa dilimpahi rahmat dan keluarga terpelihara.
Malam tadi papa buat surprise kat mama, ajak mama makan luar. Katanya tak payah masak sempena birthday mama. So lepas maghrib bersiap-siap keluar dan papa bawa ke Hotel Alson Klana. Mama ingatkan dia nak buat apa kat sini, rupanya dia dah reserve table untuk celebrate birthday mama. Terharu rasanya dan mama rasa malu pulak bila chef hantar kek birthday ke meja. Rupanya papa dan plan semua ini. Thanks papa for all.
Cheese Cake pilihan papa dah order. Sedapp...
Selepas selesai makan, baru nak potong kek. Sibuk anak-anak suruh mama potong cepat.Kakitangan hotel tolong ambilkan gambar. Diaorang sibuk nak mengusik Shiloh tapi adik ni garang sangat. Mama dengan kakak order chicken chop, papa makan fish and chip, shiloh makan mushroom soup dengan garlic bread jer la.
Sebelum berangkat balik rumah, adik dengan kakak berlegar-legar di lobby hotel. Penat mama ngan papa kejar diaorang ni. Especially shiloh, tak mahu duduk diam betul.Dua beradik ni tunggu papa ambil kereta. Lepak kejap kat depan entrance.
Lega semua dah selesai. Kalau ikutkan shiloh tak mahu balik tu, itu pun papa angkat dia masuk kereta. So lebih kurang jam 10.00 malam balik rumah di Seremban 3. Happy moment and never forget.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.