Tuesday, February 10, 2009

Balik ke N.Sembilan


Balik dari Kedah, papa drive dulu. Tapi mama tak sedap hati pulak tengok sebab papa tak sihat. Kena selsema dia, so risau jugak kalau dia mengantuk ke masa drive nanti. So mama duk tengok je la dia sampai terlelap jadinya. Sedar-sedar dah sampai RnR Gunung Semanggol, papa berhenti rehat ajak makan.



Adik muka letih je sebab lama sangat tidur. Mama snap gambar dia sementara uwan dia siapkan makan tengahari. Actually kami dah siap masak kat rumah Pak ngah tadi untuk bekal makan tengahari dalam perjalanan nanti. So tak payah la makan kedai, just cari tempat lepak je.







Ini adik ngan kakak dan kekenyangan so aktiviti seterusnya main je la dalam kereta. Papanya pergi solat so mama tunggu dalam kereta je la sebab kat luar tu panas sangat kesian pula anak-anak. Macam-macam benda yang dimainkannya sampai mama pun jadi malas nak jaga, bior jela asalkan jangan bergaduh dua beradik ni sudah la.





Permandangan Gunung Jerai dari Highway, nampak menarik juga.

Bila dah puas berehat, gerak semula dan mama pula take over. Papa boleh tidur sebab papa makan ubat, so biar mama drive. alhamdulillah perjalanan takde apa-apa masalah dan mama tak sabar nak cepat sampai je sebab dah sakit pinggang drive lama. Orang perempuan ni itu la masalahnya kalau tak exercise, drive lama sikit dah sengal-sengal sana sini. Malam tu jugak, sampai Kuala Pilah kul 8.30 malam dan dalam pukul 10 malam, mama papa bertolak balik ke Seremban 3 sebab esok nak kerja. Letihnya rasa tapi takpe bila dah sampai rumah, mama terus siapkan baju sekolah anak, baju anak nak hantar rumah pengasuh dan gosok apa-apa yang perlu. Selesai semua terus tidur dan papa pun sama dah tak sedarkan diri. Esok nak kena bangun awal pula, ermm.. letihnya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.