Tuesday, February 10, 2009

Jalan-jalan ke Padang Besar, Perlis

Memandangkan cuti Thaipusam 3 hari, papa ajak mama pergi ke Jitra rumah pak ngah. Sejak mama selalu kursus ke Perlis di Institut Perguruan Perlis, Kangar dulu, mama papa kerap ke rumah pak ngah di Jitra. Secara tak langsung jadi rapat la. Walaupun sekarang ni mama dah tak kursus ke sana, tapi bila ada kelapangan pergi ke sana jugak.

Actually, sepupu mama anak pak ngah tu kena kanser hidung. So dia dah buat kimoterapi dan skang ni tengah buat terapi lagi. Kesian sangat tengok perubahan diri dia, sebab orang kalau dah buat kimo ni memang gugur la semua rambut, dan badan pun susut sampai 5kg, sebab tak boleh nak makan, minum pun sikit je. Bila mama tengok keadaan macam tu, kita kena ingat la penyakit macam ni tidak kenal usia. Semua orang boleh mendapat sebarang penyakit tetapi sebagai orang Islam kita kena redha dan yang penting berusaha untuk menyembuhkan penyakit.

Hari Ahad tu mama, papa, odah, iloh, uwannya dan moyang sekali ikut pergi Padang Besar. Tengok apa-apa barang keperluan yang boleh dibeli. Mama cuma nak cari periuk je dan uwan dan moyangnya cari beras wangi je la. Sebab barang kat Padang Besar ni pun dah mahal. Bukan macam dulu dah, so beli apa-apa yang patut je la.
Sebelum sampai Padang Besar, makan dulu di Kedai Makan Tok Mek. Kedai ni mama selalu singgah sebab dalam Jalan-Jalan Cari Makan pun ada rekemen kedai ni. Sedap juga masakannya, maklumlah masakan Siam.Mama biar papa makan dulu sebab adik tidur. So mama dukung la dulu sementara tunggu papa makan lepas tu baru mama makan dengan kak long.Papa lepak di tengah-tengah tempat shopping sambil melayan dua puteri dia tu main buble. Mama boleh la gi tengok barang-barang yang perlu dengan uwan dan moyangnya.Dah habis membeli barang, mama lepak jap kat tepi kereta tunggu papa susun barang. Letih jalan-jalan, adik pun sama lasaknya. Lepas tu terus balik ke Jitra semula dan rehat sampai malam. Sebab esoknya nak balik dah, hari Selasa kena kerja.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.