Thursday, September 30, 2010

Happy Birthday Kak Long

Hari ini genap usia kak long 7 tahun. Excited dia bangun pagi tadi sebab tahu hari ni birthday dia. So mama nak kena beli kek la..prepare skit makanan nak celebrate malam nih. Kalau nak harap mama buat sendiri kek...hehehehe..tak menjadi dehhh..

Mama doakan kak long sentiasa happy dan sihat selalu, menjadi anak yang solehah, beroleh kejayaan di dalam pelajaran dan hidup dan semoga iman sentiasa terpelihara. Mama papa sayang kak long dan janji ngan mama mesti belajar rajin2.

Program kak long

Kesian anak mama sebab semalam rupanya ada program di sekolah dia. Mama pun tak faham masa kak long cakap pagi nak hantar dia ke sekolah tuh. Mama ingatkan program khatam Al-Quran sahaja, rupanya ada penyampaian hadiah sekali.

Nasib baik atuk pengasuhnya nak jadi wakil parent untuk kak long kalau tidak mesti kak long sedih jer sebab parent pelajar lain datang tapi mama papa takde..sorry ye sayang. Actually kak long menang dapat hadiah pertandingan hafazan, kuiz agama dan membaca jawi. Sebab tu bila mama jemput anak petang tu tengok ada 3 hadiah kak long dapat.
Sedang buka hadiahnya, nak tunjuk kat papa yang baru balik kerja.
Kak ngah jadi pembantu la, sebab dia pun sibuk nak suruh kak long buka cepat.
Baby Riyadh pun nak tumpang sekaki..dia geram nak gigit kertas pembalut tuh.
Semoga anak mama happy selalu dan berjaya dalam hidupnya. Luv u all.

Tuesday, September 28, 2010

Birthday anak..

Awal September 9.9.2010 (malam raya) birthday kak ngah yang ke-3 so mama belikan kek coklat untuknya..tambahan pula hari itu last puasa sebelum sambur syawal esoknya..erm..suka anak mama.

30.9.2010 ni pula birthday kak long pula. Maknanya hari Khamis ni..mama kena beli kek blueberry pulak..dia nak... kalau bulan 9 nih memang nak celebrate birthday anak jerlah...mama papa birthday awal tahun pula. Apa pun mama doakan anak2 mama sentiasa ceria, selamat, iman terpelihara dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Syawal 1431

Raya tahun ini agak pack sikit jadualnya. Sebab mama dan family nak ke Kota Bharu nikahkan adik mama. So sempatlah singgah rumah family untie zira di Bukit Guntong, mandi laut di Marang (rumah sedara kak long), beraya di rumah saudara arwah moyang di Kuala Ibai. Maknanya merata lah raya ni di pantai timur.
Adik Riyadh belajar salam ngan atuk nya..manja atuk nih...
Kak long pun sama salam atuk nenek...kak ngah jer time tu ada angin..tak mau salam..

kak long salam mama papa...tapi kak ngah tak mau..alahai anakku..
Raya kali ini papa cuti sekejap jer sampai Isnin...so mama stay kat rumah jerlah. Tambahan pula anak tak sihat agaknya kepenatan jalan ke Kelantan masa raya ke tiga dan empat tuh. Hari Sabtu ahad barulah dapat nak berjalan sikit. Banyak rumah mak saudara yang tak dapat pergi..sebab next monday dah kerja...so pepaham jerlah..kepenatan la kalau hari kerja nih. by the way..bersyukur kerana masik dapat menyambut syawal dan dapat menunaikan solat aidilfitri...alhamdulillah.


Assalamualaikum, thanks for your comment

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua sahabat dan mereka yang mengenali mama dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin. Semoga syawal ini membawa kegembiraan dan kemenangan kepada kita semua. Harapan mama kepada semua berhati-hati di jalan raya sepanjang musim perayaan ini.

Kepada yang tahu Seremban 3, jemputlah datang beraya ke rumah. Papanya hari Selasa dah start kerja so cepatla mama balik Seremban jawabnya. Tapi mama cuti seminggu..kire lepak rumah ngan anak2 la.

Ketemu lagi selepas raya nanti. InsyaAllah.

Pulang beraya

Hari ini opis dah lengang..ramai yang sudah bercuti. Mama kerja sampai khamis nih..tapi takpe bos kasi balik awal skit hari khamis nanti, alhamdulillah. By the way mungkin malam esok dah balik ke rumah mertua..so hari khamis pagi mama drive dari rumah mertua ke opis la. Takpe bukannya jauh pun.

Mama ambil cuti raya seminggu minggu depan.so kita takleh la nak bercuti awal. apa yang penting dapat sambut raya ngan keluarga tersayang. Bosan pulak minggu ni..kerja pun dah tak banyak... so menghitung hari jerlah nak cuti. Ni pun mama call papa ajak buka puasa diluar..booking la mana2 tempat yang ada bufet ramadhan..nak try makan luar. Esok nak balik PD..papa kata dia lambat balik esok..maknanya mama buka puasa sorang2 la kat rumah nanti. Malam lepas isyak boleh la kemas barang balik ke PD. Selamat berkemas.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.