Wednesday, April 29, 2009

Sedikit renungan bersama

IBU UTAMA

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Beberapa kata renungan:

Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Al-Quran:Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

KITA SEBENARNYA SUDAH TAHU

1.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa kita akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar

2.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya

3.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu

4.Kita sebenarnya sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Kita sebenarnya sudah tahu bagaimana azabnya api neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Kita sebenarnya sudah tahu dan mengenalpasti syaitan sebagai musuh, tetapi masih mahu mematuhinya

Sudahkan anda mendirikan solat?

Celebrate birthday man

Mama belanja papa makan malam jer. Mama pun tak sihat nak masak pun tak larat especially weekday macam ni. Sampai rumah pun dah nak maghrib tak sempat nak prepare ape2. Kalau masak simple2 boleh la.
Balik semalam mama singgah senawang kejap pergi bakery mall. Beli kek untuk papa. Walnut Cake je yang ada sebab yanglain nampak cam kanak2 punya je..ok la tu papa kan?Adik pun nak potong kek juga. Bila tengok kakak potong, adik pun takleh nak kurang, kena sama jugak.
Turn papa pulak potong.
Mama suapkan papa sikit je. Selebihnya makan sendiri la..hehehehe...
Makanan yang papa pesan. Nak pesan banyak2 pun buat membazir yang penting mesti ada sup maklumlah anak beranak suka makan sup.
Mama order air epal, papa air durian belanda, kak long air carrot susu dan adik air suam je...

Posing dulu sebelum makan, walaupun orang ramai tapi service nya bagus.

Balik rumah baru la potong kek. kaka long suruh mama bawa kat tempat makan ni tapi rasa cam tak sesuai pula sebab papa mesti malu nanti. Ok papa hopefully you enjoy the meal and we love u forever.

Tuesday, April 28, 2009

Birthday PapaOdahIloh

Hari ini birthday papa odahiloh. Erm, papa kira dah sebaya dengan mama so jangan nak panggil mama kakak pula...hehehhe..by the way mama harap papa sentiasa dirahmati dan menjadi papa, suami dan hamba Allah yang baik. Mama wish u all the best dan semoga apa yang papa hajatkan tercapai kecuali nak tambah sorang lagi..hehehe..
Mama belum plan ape nak buat untuk celebrate papa, tapi yang penting kek mesti beli. Kalau nak mama buat kek, tak reti kena gi belajar dulu. Ok, nanti mama masukkan ape2 gambar kenangan untuk birthday papa nih.
Mama nak sambung kerja dulu, banyak nak diuruskan ni maklumlah minggu kuliah dah nak habis so kena cover silibus semua sebelum habis minggunya. See u next session...

Monday, April 27, 2009

Konvokesyen di Melaka

Jumaat dan Sabtu minggu lepas mama bertugas di Melaka sempenan majlis Konvokesyen untuk pelajar bagi Negeri Sembilan & Melaka. Letih juga untuk persiapan cuma mama sebagai AJK patuh pada arahan je la. Tak payah nak banyak songel, buat apa nak menyusahkan orang sebab event macam ni memang kena bagi komitmen yang baik sebab kesian individu yang jadi kepala untuk semua bahagian. So far perjalanan majlis baik sahaja dan sebarang kesilapan kecil itu adalah biasa di mana-mana majlis pun.
Mama sempat la ambil beberapa keping gambar untuk kenangan. Seronoknya majlis macam ni sebab kita dapat jumpa rakan sejawatan dari kolej lain. Sebab semuanya akan berkumpul di sini untuk menjayakan program dan bila dah lama tak jumpa macam2 la cerita yang keluar.Goodie bag untuk graduan yang belum siap dikemaskini, tapi diletakkan ditepi dewan dulu sebab banyak sangat.
Keadaan dewan semasa hari raptai (Jumaat). Persiapan rapi sedang dilakukan.
Para lulusan sedang dengar taklimat dari Floor Manager, so mama and the gang, sempat posing sekejap.
Pegawai peperiksaan mama yang sentiasa sibuk sepanjang persiapan menjelang konvokesyen ini.
Bekas student mama, erm,,,sihatnya dia.
Graduan sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas
Semuanya nampak keletihan bila program selesai dan lega sungguh. Mama pun apa lagi terus cari tempat makan dan ngap dengan member dah tak pandang orang kiri-kanan. Maklumlah dari pagi hingga tengahari mama kena stay dalam dewan, menggelegak perut ni, laporrrrrr.. Lebih kurang pukul 3 petang, semua dah settle, mama drive sorang2 balik ke Seremban ikut tol Ayer Keroh dan Exit ke Port Dickson-Seremban. Singgah rumah sekejap lepas tu balik ke PD rumah mak mertua sebab anak semuanya mama pos ke PD, minta tolong mak mertua jagakan. Tima kasih mak dan adik iparku sayang, jasamu ku kenang. Tapi apa yang penting, nak rehat puas2... lotihhhhhhh...hari ahad pergi ikut rombongan bertunang di PD, lepas balik rumah..mama tido sampai petang, kemudian berkemas untuk balik Seremban 3 semula. Esok nak kojo, kono prepare baju anak2 dan baju mama jugak...fuhh..

Tuesday, April 21, 2009

Kak Long Demam

Kak long demam + semput semalam. So mama pun automatik kena la amik cuti. Risau juga sebab dah lama kak long tak kena semputnya. So pagi tu mama biar dia tidur lama skit sebab malam tadi dia tak boleh nak tidur. Badan tak selesa agaknya tapi kak long cuba juga buang kahaknya. Sian pulak mama tengok. So lebih kurang jam 10 pagi dia bangun terus mama siapkan dia untuk bawa pergi klinik. On d way ke klinik kak long sibuk la telefon papanya sebab dia nak ajak papanya hantar ke klinik juga. So papanya pun tunggu la kat klinik, tapi mama ngan kak long sampai dulu, papa sampai kemudian. Seperti biasa la kak long bila doktor check memang kena pakai Nebulizer la. Dan kak long pun dengan happynya pegang nebulizer tu dan dia sedap kata "Sedap la mama, tak sakit dah dada kak long!!". Lega mama dengar dia cakap macam tu.
Lepas keluar bilik terus nak call papanya, bagi tau dada dia tak sakit. Lepas ambil ubat papanya pun sampai, so mama tinggalkan kereta depan klinik ikut papa pergi ambil road tax kereta mama. Lusa nak habis tarikh dah, dan nasib baik siap. Lepas tu pegi lunch ngan papanya kemudian barula mama ambil kereta kat klinik dan drive bawa kak long balik Seremban. Papanya terus masuk kerja semula. Erm sampai rumah, mama pun mulakan operasi membersih rumah, basuh kain, mop lantai, lipat kain, masak untuk makan malam. Selesai semua pergi ambil shiloh kat rumah pengasuh. So malam boleh la mama rehat sebab esoknya nak kerja pulak.
Mama tengok kak long pun dah nampak ok tapi kak long tak sekolah la esok. Biar dia rehat puas2. Mama pun patutnya kena attend meeting kat Melaka, tapi mama cancel la nak pergi takut kak long ape2 hal nanti susah pulak mama nak balik. So today prepare for lecture dan wrapping hadiah for english week. hadiahnya mama dah beli masa pergi PWTC sempena Pesta Buku antarabangsa jumaat lepas.

Thursday, April 16, 2009

Seminar di Concord, Shah Alam

Mama kena attend seminar di Hotel Concord, Shah Alam semalam tentang innovation in Teaching and Learning for Higher Education. Intended audience terdiri daripada lecturers and administrators of higher education. Main objectives for this seminar will focus on benchmaking current thinking dan learning skills, applying modern memory theory to pedagogy.Antara aksi speaker Tony Buzan ketika menyampaikan teorinya. Seronok betul. Tony Buzan ini adalah antara individu yang mereka Mind mapping yang terkenal. Walaupun bahasa penyampaiannya agak sukar difahami tapi mama cuba juga la fahamkan. Senang je kalau tak faham tanya orang sebelah sebab kebetulan sebelah mama lecturer english senang sikit nak refer.Antara mind mapping yang dipamerkan. Sebenarnya banyak lagi tapi mama tak sempat nak snap la. Ramai sangat.
Audience ramai sangat, mama ingatkan dalam 100 orang je, rupanya penuh maybe hampir 300 kot. Tapi kalau tengok speaker ni memang patut la sambutannya menggalakkan sebab Tony Buzan memang expert dan menarik presentationnya.
Antara slide yang sempat mama snap. Actually this seminar more to understanding the functions and capabilities of human mind. Banyak menerangkan tentang penggunaan fikiran iaitu dengan mengenali otak kiri dan kanan especially teaching in higher education as well as mature students, from different backgrounds so bring them to different learning styles.

Thursday, April 9, 2009

Benda baru nak share..

Mama tengok ada artikel baru yang menarik untuk di kongsi kepada pengunjung blog mama. Lagipun artikel ini digalakkan untuk dikongsi, semoga kita semua mendapat manfaat darinya.

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiarkan artikel ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Friday, April 3, 2009

Jadual Mama

Bulan ini penuh aktiviti mama sepanjang minggu samada aktiviti persendirian dan aktiviti kerja. Whatever pun semuanya kena buat dengan ikhlas dan ada juga program yang buat mama release segala rasa yang berserabut di dalam kepala ini.

4 April : Attend Ceramah Kesihatan di Bandar Melaka jam 2.00 pm hingga 6 pm

7 & 9 April : Training Bola Tampar

8 April : Kursus / Ceramah Metafizik di kolej mama, dan pensyarah boleh join. Mama memang minat bab metafizik ni.

11 April : Volley Ball Match di UiTM, Melaka. ( Dah lama mama tak main ni)

12 April : Kursus Pendek Gubahan Hantaran Pengantin, peserta Matahari Height, Seremban

14 April : Kursus Pendek Pengurusan Haji, SMK Datuk Mansor, Bahau

15 April : Seminar P&P di Hotel Concorde, Shah Alam. Ada pakar dari London datang.

17 April : Bawa student ke Pesta Buku di PWTC, KL

18 April : Kursus Pendek Daily English Conversation, KKJN

25 & 26 April : Konvokesyen Peringkat N.Sembilan/Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka

Sekarang ni pun mama tak sihat, tak tahu la macamana nak buat. Tapi kerja kena buat juga dan ini komitmen kalau tidak diarahkan, mama pun tak kuasa nak buat semua tuh. Takpelah selagi badan sihat mama buat je mana yang mampu. InsyaAllah.

Thursday, April 2, 2009

Luahan Suami dan Isteri

Seronok juga dapat dikongsi luahan ini. Mama ambil dari blog favourite mama untuk share maklumat dengan kawan-kawan semua.

Luahan Perasaan Suami.

1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"

2."Isteriku,Jagalah Rumahku"

3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"

4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"

5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"

6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"

7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"

8."Isteriku,Hargailah pemberianku"

9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"

10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"

11."Isteriku,Jagalah pakaianku"

12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"

13."Isteriku, Raikan Keluargaku"

14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"

15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"

17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"

18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"

19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"

20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"

21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."

22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"

23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"

24."Isteriku, Janganlah Boros"

25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"

26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"

27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"

28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"

29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"

30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Luahan Isteri Terhadap Suami

1. suamiku...bimbinglah keluargamu...

2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!

3. suamiku...jagalah matamu...

4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu

5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat

6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....

7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!

8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!

9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!

10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja

11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.

12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!


Naper laki byk sgt dia punya luahan..?
Pasal dosa isteri suami tanggung jika di tidak menegur.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.