Monday, April 27, 2009

Konvokesyen di Melaka

Jumaat dan Sabtu minggu lepas mama bertugas di Melaka sempenan majlis Konvokesyen untuk pelajar bagi Negeri Sembilan & Melaka. Letih juga untuk persiapan cuma mama sebagai AJK patuh pada arahan je la. Tak payah nak banyak songel, buat apa nak menyusahkan orang sebab event macam ni memang kena bagi komitmen yang baik sebab kesian individu yang jadi kepala untuk semua bahagian. So far perjalanan majlis baik sahaja dan sebarang kesilapan kecil itu adalah biasa di mana-mana majlis pun.
Mama sempat la ambil beberapa keping gambar untuk kenangan. Seronoknya majlis macam ni sebab kita dapat jumpa rakan sejawatan dari kolej lain. Sebab semuanya akan berkumpul di sini untuk menjayakan program dan bila dah lama tak jumpa macam2 la cerita yang keluar.Goodie bag untuk graduan yang belum siap dikemaskini, tapi diletakkan ditepi dewan dulu sebab banyak sangat.
Keadaan dewan semasa hari raptai (Jumaat). Persiapan rapi sedang dilakukan.
Para lulusan sedang dengar taklimat dari Floor Manager, so mama and the gang, sempat posing sekejap.
Pegawai peperiksaan mama yang sentiasa sibuk sepanjang persiapan menjelang konvokesyen ini.
Bekas student mama, erm,,,sihatnya dia.
Graduan sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas
Semuanya nampak keletihan bila program selesai dan lega sungguh. Mama pun apa lagi terus cari tempat makan dan ngap dengan member dah tak pandang orang kiri-kanan. Maklumlah dari pagi hingga tengahari mama kena stay dalam dewan, menggelegak perut ni, laporrrrrr.. Lebih kurang pukul 3 petang, semua dah settle, mama drive sorang2 balik ke Seremban ikut tol Ayer Keroh dan Exit ke Port Dickson-Seremban. Singgah rumah sekejap lepas tu balik ke PD rumah mak mertua sebab anak semuanya mama pos ke PD, minta tolong mak mertua jagakan. Tima kasih mak dan adik iparku sayang, jasamu ku kenang. Tapi apa yang penting, nak rehat puas2... lotihhhhhhh...hari ahad pergi ikut rombongan bertunang di PD, lepas balik rumah..mama tido sampai petang, kemudian berkemas untuk balik Seremban 3 semula. Esok nak kojo, kono prepare baju anak2 dan baju mama jugak...fuhh..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.