Monday, July 27, 2009

Bekerja kerana Allah

Petikan ini mama jumpa dalam blog kegemaran mama, so boleh dijadikan panduan untuk ikhlas bekerja selamanya. Mari kita hayati bersama....

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah.... "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..fikirlah apa kita akan dapat.


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Wednesday, July 22, 2009

Tengok Kolej Baru

Semalam mama dan staf kolej baru pergi tengok bangunan baru kolej. Letih juga round setiap bilik sebab nak tengok kalau ada apa2 yang tidak memuaskan hati boleh report sebelum penyerahan bangunan di buat. So far mama rasa oklah bangunan tu cuma ada sikit jerla nak kena touch-up sikit. Tapi boleh settle rasanya.

Tak sabar nak pindah sana sebab letih la nak berulang dari Seremban ke Serdang ni. Tol pun mahal, mama tak larat jer rasanya lama2 camni. Lain la kalau memang kerja kat sini, takde hal la. Semalam pun bila tengok bangunan tu maybe next week dah boleh pindah. Officially akan beroperasi pada 1 ogos ni tapi masuk awal. Ini merupakan pengalaman berharga buat diri mama sebab mama akan masuk kolej itu dalam keadaan tiada perabot lagi di sana. So pandai2 la camne nak buat kerja nanti.

Tapi alhamdulillah ada kerjasama dari kolej lain yang akan memberikan bantuan sementara kami dapat beroperasi sepenuhnya. Esok mama dan kawan mama kena attend kursus asas kewangan di Masjid Tanah sebab mama dan kawan mama sejak masuk sini, involve dengan kewangan so kena la pergi belajar lagi ape2 yang patut. Tak sangka pula sebab selama ni mama takdela ambil tahu sangat pasal pengurusan kewangan kerajaan ni sebab tahu memanh leceh skit. Tapi kalau kolej baru ni nak ngelak macamana sebab takde orang nak tolong. So mama join jelah lagipun ini pembelajaran yang baik untuk kerja mama.

Sejak pindah ni pun dah jarang mama dapat update blog ni. Sibuk jelah sampai nak buka internet pun takde masa. Tapi takpe bila ada kesempatan mama buka la juga tengok apa2 yang menarik nak dibaca.

Oklah, mama nak siapkan minit mesyuarat pengurusan yang pertama kali dibuat minggu lepas. Hehehe..mama sendiri jer offer nak tulis minit sebab masa tu mama mengantuk so bila bos tanya mama kata takpela biar saya tulis. Lagipun setakat buat minit bukannya susah sangat, ikut jerlah format yang disediakan. Nanti kita citer lagi,,,bye...ada good news tapi nanti la...

Monday, July 13, 2009

Suasana Baru

Bila ada masa untuk berangan tu mama teringat jer kawan2 di kolej lama mama. Seronok bila mengenangkan tempat lama ni. Tapi tak tahulah apa yang berlaku di sana. Harapan mama agar kawan2 mama sentiasa happy dan sihat untuk meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.

Setiap gangguan atau ancaman yang diberikan oleh pihak lain sebenarnya tidak akan memudaratkan sekiranya kita mengambil langkah bijak untuk mebantu diri-sendiri. Mama tahu kawan yang ingin mengambil tahu masalah kita memang ramai, tetapi tak semuanya ingin membantu untuk menyelesaikan. Sekadar menunjukkan rasa ambil berat tetapi tidak ingin sama2 memberikan inspirasi untuk kita teruskan perjalanan, itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Mama tidak faham kadangkala dengan situasi kerja yang mana ada golongan manusia yang bersikap mementingkan diri sendiri dan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Menganiaya orang lain sebenarnya akan menjerat diri sendiri juga suatu hari nanti. Allah maha berkuasa atas segalanya dan mama tahu jika kita benar, tiada apa yang dapat menghalang kebenaran tersebut suatu hari nanti.

Tempat kerja baru mama memang menyenangkan kerana mereka semua menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Di sini mereka boleh bergaul mesra dengan pengarah-pengarah, ketua pengarah, pengarah kanan dan sebagainya. Itu semua menginsafkan mama bahawa manusia ini sama sahaja. Semuanya terpulang kepada diri sendiri sekiranya anda ingin meninggi diri walaupun tiada kedudukan yang hebat di dalam organisasi. Kenapa kadangkala manusia yang tiada pangkat boleh lebih sombong berbanding mereka yang di atas? Adakah mereka rasa mereka layak untuk bersikap demikian. Rasullulah sendiri insan yang kamil di sisi Allah sentiasa merendahkan diri padahal baginda adalah orang paling berakhlak di muka bumi ini. Tetapi manusia zaman ini walaupun tidak berakhlak masih dianggap hebat dimata mereka yang tidak memikirkan implikasi ke atas organisasi sekiranya mengenengahkan orang sedemikian. Rasullullah pernah mengatakan bahawa, setiap manusia itu dilahirkan sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri, dan sekiranya manusia itu ingin memimpin orang lain, pastikan mereka dapat memimpin dirinya ke jalan yang lebih baik. Tetapi sekarang keadaan tidak sedemikian. Adakah ini petanda dunia akhir zaman? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Saturday, July 4, 2009

Hari minggu..boring

Boringnya rasa minggu nih sebab papa odahiloh takda . Mama decide nak balik kampung, lepak rumah mak pastu boleh gi tempah baju raya sekali untuk family odahiloh la. Sebab i tak tahu lagi minggu bila pulak nak balik. Inipun tadi mama pergi tempah baju papa, nasib baik masih boleh diterima. Tahun ni tak mau beli baju siap la, nak tempah la sebab masa pergi tangkak dah beli sepasang, gi kelantan ada beli sepasang, dan baru2 ni pergi terengganu pun ada beli sepasang lagi baju mama ngan anak2. Kalau peram jer kain tu entah bila pulak nak jahitnya.

Hari ni lepak jer kat rumah dan ikut wan dan makngah odahiloh pergi makan kenduri. Kebetulan kenduri tu depan rumah pengasuh lama odahiloh, suka la wan yang jaga odahiloh tu sebab dapat jumpa diaorang. Kaklong la yang lebih2nya kena layan sebab adik sibuk makan je. Mama pun takde plan nak kemana dan petang pun lepak jer kat depan rumah mak. Mak kata nak ajak pergi tengok durian rumah makngah tapi tak jadi. Mungkin pagi esok jer pergi kot.

Papa odahiloh kerap gak telefon. Actually papa odahiloh ikut trip company dia ke Pulau Redang, Terengganu. Tu yang sedih tu sebab kebetulan minggu ni juga kolej lama mama ada buat fsmily day kat Janda Baik, Pahang tapi tak dapat pergi sebab papa odahiloh tak benarkan mama drive sorang2 jauh2 tuh. So mama just stay dirumah jer lah, memang la rasa terkilan sikit tapi kalau fikirkan keselamatan, better mama tak yah pergi la, sebab kalau apa2 hal tengah jalan, papa bukannya ada.

Oklah, mama takleh nak citer banyak la, adik kakak ni pun nak tumpang taip sekali. Letih mama nak menahan tangan masing2. Erm, oklah nak tengok berita lain pulak. Kat kg ni senang skit nak access network sebab ada wireless free from rumah along, thanks brother.

Thursday, July 2, 2009

Tempat baru

Semalam merupakan hari pertama mama ditempat kerja baru. By the way this is not my real office, ini HQ bagi kolej mama tapi sementara kolej mama belum mendapat sebarang kelulusan untuk menduduki kolej baru tu, so kena duduk di HQ dulu la. Erm, seronok juga walaupun ramai yang mama tak kenal sangat sebab selama ni just jumpa dalam meeting je, so di sini friendly juga la diaorang. Mama takde la rasa kekok sangat bila bercampur dengan staf di sini, alhamdulillah.

Kerja pulak memang banyak nak kena buat, tambahan pula mama ngan member mama jer pensyarah yang baru masuk, tetapi sudah ada 3 technician. So far mama kena buat sebutharga untuk peralatan pejabat dan akademik. Nak kena buat spec tu, ntah apa la tapi yang penting mama dapat belajar benda baru. Kalau ikut bos mama kata benda ini sulit so kalau bocor mama jugak la yang kena jawab..hehehe.. tapi takpe this is very good learning in my career sekurang2nya bila orang citer pasal kewangan di jabatan kerajaan ni mama boleh la faham sikit.

Buat mama ni mama kena berulang ke Seri Kembangan dari Seremban dan toll about RM 6.30, quite expensive jugak la tapi hopefully by this month mama and team baru kolej mama dapat pindah ke Rembau asap. Itu je mama doa sebab nak berulang hari2 ke sini rasa cam tak mampu je nak tanggung kos toll yang mahal sangat tuh. Tapi bila balik rumah cepat la sampai lebih kurang dalam 45 minit jer. Mama drive dari rumah pukul 7 pagi so dalam 7.50 mesti dah sampai opis.

Semalam mama pergi sarapan ngan staf sini, tapi yang ada just kedai mamak je. Erm, mama ni bukan suka kedai mamak, tapi redah je la itu je pilihan yang ada. Tapi bila tengahari mama lunch kat The Mines. Mama just jalan kaki je lebih kurang 10 minit sampai ikut tunnel bawah tanah tu, hehehe..member sini la yang bawak so banyak choice la.

Oklah, nak sambung semula kerja semalam, tak siap2 lagi. Mata ni rasa dah berpinar tengok senarai peralatan yang nak dibeli tapi bos dah suruh buat jer la. Ok see u next entry, bila ada kesempatan la. Ini pun sebab bos mama keluar..hehehe...so boleh la buka blog kejap.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.