Wednesday, May 25, 2011

ayang mama..

Ayang mama buat ape tuh?..main panjat2 kerusi ek..lepas tuh dahi pun bengkak..terhantuk sana sini..apo la adik nih.. kalau dapat main ngan kak long dan kak ngah semua diredahnya..pastu nangis..pastu gelak semula..pastu panjat2 lagik..pastu jatuh..nangis..gelak... iskk...pening kepala mama.. tapi asalkan ayang mama sihat dan gembira... alhamdulillah..main jer lah...

Tetiba rasa tak sabar nak balik jumpa dik yad la.. mama rindu la...hehehe..cepatlah habis waktu kerja ni... tapi kena settlekan kertas soalan ni dulu...fighting...heee

Sudah gaji maaa..

Macamana leh tak perasan hari ini sudah gaji..tapi rupa2nya..gaji sudah masuk awal lagi..kui..kui..alhamdulillah... so mulakan buat kiraan belanja bulanan.. aduihla..

bajet akan lari lagi sebab ada barang sudah naik harga..kena ke arah penjimatan.. nak jimat macamana lagi pun tak tahulah.. makan jerlah apo yang ado..asalkan perut teralas. Kalau control makan bagus jugak  ni..boleh kuruskan makan...jimat blanja harian... hehehhe..

bulan ini nak bagi lebih skit kat pengasuh sebab mama dan papa kerap balik lewat..nasib baik pengasuh baik..tapi kite kena hargai la.. takpe..kalau ada rezeki lebih...kita bayar lebih..kalau tak ikut macam biasa jerlah.. insyaallah..

so petang ni boleh la pergi cucuk duit kat atm..dan tinggalkan baki yang patut jer..selain dari itu..kita keluarkan..takyah penign2 kepalo..yeeehhaaaaaaa...

Thursday, May 12, 2011

Mencari Rezeki

Lama tak update blog sebab bulan ini super busy..hehehhe..tapi disebabkan hari ini tekanan sudah tahap maksima tiada tempat hendak ku luahkan melainkan blog kesayanganku ini.

2 minggu lepas konfrontasi dengan bos, apa nak jadi la...kalau di lawan kita diugutnya..tapi mama lawan tetap lawan..akhirnya di bawa ke meja perbincangan..walaupun masih berbaki sakit hati..tetapi mengenangkan nak cari rezeki dibawah satu bumbung..kupendamkan sahaja...huhuhuh...sabar itu sebahagian dari iman..dan mama yakin..Allah sentiasa bersama orang yang benar. Tunggu masa dan lihat..kebatilan akan terbukti salah..insyaAllah.

Sekarang sibuk preparation nak konvo minggu ini..alhamdulillah semua dah ready walaupun berperanan kecil..tapi amanah yang diberi mesti dilaksanakan sebaiknya...lepas ni nak uruskan peperiksaan akhir pula..dan nak proceed markah untuk modular juga..dalam masa yang sama..nak cetak soalan2 final..semuanya kulakukan sendiri..nak minta penyelaras..bos tak bagi..tapi takpe..i'll take the challenge... semoga mama sentiasa dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini..

Tuesday, May 3, 2011

Dugaan Bekerja

Sudah juga hendak menjalankan amanah kerja di dunia ini. Tambahan pula manusia akhir zaman ni sudah tidak mengira keberkatan rezeki yang diperolehi. Kenapa mama harus bertemu dengan orang macam ini. Kalau dibiarkan takut kita terpalit sama, tetapi kalau ditegur kita pula diugutnya.. macamana kesudahannya. Hanya Allah tempat mengadu dan mama penuh yakin hanya Dia akan menentukan nasib orang2 yang tidak berdaya ini.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah pada hambanya yang leka dengan kuasa dan tipu daya dunia. Setiap ketidakadilan yang di buat akan dipersoalkan akhirat kelak. Hanya Allah maha berkuasa atas segalanya.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.