Thursday, May 12, 2011

Mencari Rezeki

Lama tak update blog sebab bulan ini super busy..hehehhe..tapi disebabkan hari ini tekanan sudah tahap maksima tiada tempat hendak ku luahkan melainkan blog kesayanganku ini.

2 minggu lepas konfrontasi dengan bos, apa nak jadi la...kalau di lawan kita diugutnya..tapi mama lawan tetap lawan..akhirnya di bawa ke meja perbincangan..walaupun masih berbaki sakit hati..tetapi mengenangkan nak cari rezeki dibawah satu bumbung..kupendamkan sahaja...huhuhuh...sabar itu sebahagian dari iman..dan mama yakin..Allah sentiasa bersama orang yang benar. Tunggu masa dan lihat..kebatilan akan terbukti salah..insyaAllah.

Sekarang sibuk preparation nak konvo minggu ini..alhamdulillah semua dah ready walaupun berperanan kecil..tapi amanah yang diberi mesti dilaksanakan sebaiknya...lepas ni nak uruskan peperiksaan akhir pula..dan nak proceed markah untuk modular juga..dalam masa yang sama..nak cetak soalan2 final..semuanya kulakukan sendiri..nak minta penyelaras..bos tak bagi..tapi takpe..i'll take the challenge... semoga mama sentiasa dikurniakan kesihatan untuk melaksanakan tanggungjawab ini..

1 comment:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.