Friday, October 15, 2010

Bola punya pasal..

Seronoknya dah Jumaat dan malam ini mama dan anak2 akan balik kampung KERANA..hehehe..suamiku esok pagi ingin bertolak ke Perlis bersama penyokong bola sepak NS. Alahai..takdo la aktiviti lain suamiku ini...

So malam ini papa akan hantar mama dan anak2 balik..dan hari ahad nanti bila papa dah balik..(sampai pagi..insyaAllah) barulah papa jemput mama ngan anak2 di K.Pilah.

Baju skolah anak nak kena basuh balik kerja ni..kang tak sempat lak..kalau tak pakai jer baju yang spare tuh...kasut skolah kak long pun nasib baik ada 3..so kalau x sempat basuh petang ni..alamatnya pakai kasut lain la..

By the way selamat berhujung minggu..dan mama nak balik kampung..banyak projek nak buat..

Wednesday, October 13, 2010

Kerja..

Sekarang ni nak kena settlekan kerja untuk tahun ini samada duit bajet ke, dokumen ke..markah pelajar ke. almaklumlah bila dah hujung tahun ni nak complete jumlah berkursus setahun.

Mama belum cukup lagi..heheheh..awal tahun dulu dah sarat so tak nak keluar mana2..dah lepas bersalin, banyak pula agenda lain nak buat..so kursus tak pergi juga. Minggu lepas dah settle satu kursus..so nak kena cukupkan juga..tinggal 2 hari jer lagi...

mana nak ambil kursus ek??..takpe..nanti minta tolong pegawai berkenaan. By the way kerja kat unit peperiksaan kena ansurkan dahulu sebab mama sesorang jer buat kerja nih. Takpe tak ramia pun studentnya..so bolehlah siapkan dengan bantuan mereka2 yang sudi menolong. Insyaallah.

Friday, October 1, 2010

Potong Kek

Selamat hari jadi buat kak long. Malam tadi potong kek mengikut kehendak kak long (kek coklat). Kebetulan jiran mama datang so kawan kak long pun ada boleh tengok sekali. Kak long suka sangat sebab ada kawan dia datang. Malu pula nak potong kek depan kawan
Kek birthday kak long ke 7

Mama papa harap kak long happy dan actually tonight ada surprise untuk dia. Mak saudaranya nak celebrate birthday dia sekali dengan majlis jamuan raya untuk family PD...hehehhe..mama ikut jer asalkan anak mama happy. Love u and wish all the best for you.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.