Friday, November 21, 2008

Tatapan Suami Isteri

Terjumpa pulak tip-tip ini. Macam menarik dan boleh diambil perhatian demi kesejahteraan rumahtangga.

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

~Mendengar apabila suami bercakap tanpa memotonga atau menyampuk.
~Mendiamkan diri apabila suami dalam marah. Sekurang-kurangnya dapat meredakan kemarahan suami.
~Tidak mudah merajuk atau mengeluh. Banyak bersabar terutamanya ketika diusik atau disakiti hati oleh suami.
~Menunaikan permintaan suami selama mana dia tidak meminta meminta sesuatu yang bercanggah dengan agama.
~Dahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak anak-anak, ibu dan ayah.
~Melayan suami dan mengikut kesukaan dan kegemarannya, sama ada dari segi makan minum, pakaian atau tingkah laku yang boleh menggembirakan hatinya.
~Menjauhi kata-kata, kelakuan atau rezeki yang boleh menyinggung perasaan suami.
~Apabila suami menghadapi masalah, fahami dan tunjukkanlah rasa simpati. Cubalah Bantu sebaik mungkin melalui kata-kata perangsang atau pujukan yang boleh mengurangkan masalahnya.
~Jangan membebankan suami dengan hal atau sesuatu yang boleh menyusahkan hati atau mengganggu fikirannya.
~Gunakan harta atau wang suami dengan keizinan atau pengetahuannya.
~Menghiaskan diri hanya untuk suami.
~Berlemah lembut dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik terhadap suami.
~Memuliakan keluarga suami.



Petua menambat hati isteri

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk
berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Thursday, November 20, 2008

Air Terjun Ulu Bendul

Adik Iloh baru lepas nangis sebab nak main air
Iloh sudah diam sebab uwan dia pujuk
Kak Long tak puas hati sebab mama suruh berhenti mandi dan tukar baju

Petang Rabu tu, mama ikut adik beradik ke Taman Rekreasi Ulu Bendul bawa budak2 ni mandi air terjun. Seronok diaorang main tapi mama tak mandi la sebab baru balik dari Kedah, letih rasa badan. Insyirah pun nak mandi tapi mama tak bagi sebab dia batuk dan selsema. Mama takut dia semput nanti sebab air terjun tu sejuk sangat. So mama just beri dia main air pakai kaki je la. Seronok juga sebab dah lama tak datang situ dan kebetulan terjumpa la kawan lama semasa sekolah rendah dulu. Dia perasan la muka mama tapi mama memang dah tak kenal sebab berubah sangat. Balik rumah kepenatan, semua tidur dan berehat sampai malam.

Penyampaian hadiah Kak Long

Hari Ahad ini juga, PASTI kak long ada penyampaian hadiah sempena majlis konvokesyen PASTI Kuala Pilah 2008. Mama tak dapat la nak attend sebab kena ke Kedah. Nasib baik kak long faham, itu pun puas la mama pujuk. Hadiah dah dapat, lepas tu kena buat persembahan lagi. Papa ade la record untuk mama tengok. Erm, kak long ni tak habis2 dengan nasyidnya. Whatever pun i'm happy for you. Mama seronok bila tengok anak mama happy dengan persekolahannya dan kak long pun dah pandai membaca. Alhamdulillah semoga anak mama berjaya pada masa akan datang.

Aktiviti Hujung Minggu

Pagi pukul 4.30 am mama dah bertolak ke KLIA sebab flight pukul 7.45 pagi ke Alor setar. Kalau ikutkan nak fly petang tapi disebabkan musim cuti sekolah ni, tiket sold out, terpaksa la ambil yang ada. Nasib baik papa sanggup nak hantar pagi2 tu ke airport. Mama nak minta kereta jabatan hantar, tapi memikirkan pagi2 buta tu driver nak datang jemput, ish..tak sanggup rasanya. Anak-anak mama tinggalkan ngan Uwan dia.
Dalam flight, takde keja nak buat sebab tak ramai passenger pun pagi2 nih, mama pun posing la kejap, pastu membuta sampai ke Alor Setar.
Masa tunggu nak masuk flight, snap kejap sebab malam ni ramai orang

Masa nak balik pula, flight malam sekali ngan rombongan haji So ramai la orangnya. Seronok pula tengok orang2 yang nak pergi haji ni, muka berseri2 je, maklumlah nak ke Tanah Suci. Satu keadaan yang mama tersentuh hati sikit la bila tengok ada pasangan suami isteri tu (golongan emas) macam tak larat nak berjalan tetapi bersemangat betul. Bila sampai KLIA tu, atuk dengan uwan tu bawa la begnya, padahal nampak macam berat beg tu tapi atuk tu tak ambil troli pula. Mama terus kejar atuk tu dengan troli dan suruh atuk tu pakai troli sebab nak sampai ke tempat claim baggage tu jauh juga. Atuk tu senyum je sebab dia kata takpa tak jauh, tapi mama suruh juga pakai. Atuk tu senyum je dan mama pun terus jalan dulu la nak kejar member.

Tapi apa yang mama fikirkan adalah, kalau ada rezeki, pergi haji waktu badan masih tegap la. Kita tak tahu rezeki kita bila nak dapat peluang ke sana tapi kena usaha la kan. InsyaAllah kalau ada niat tu, Allah akan mudahkan jalan kita untuk ke sana. (Mama dengan papa dan register utk haji tapi kalau ikut tarikhnya, 2019..lamanya..)

Thursday, November 13, 2008

Menjelang Hujung Semester

Minggu ni belum ada kesempatan nak share cerita dalam blog. Pening kepala nak menyiapkan kerja ni maklumlah dah nak habis minggu pnp so kena la habiskan silibus yang tertinggal takut tak sempat nak cover semua. Bila hujung semester macam ni memang kelam kabut sikit la sebab sepanjang masa ada macam2 kursus kena attend, so semua kuliah yang tertinggal kena ganti pula nanti contact hour tak cukup. Poning kepalo acik sobab nak tando assessment paper lagi. Tapi takpe semua ni kerja yang perlu dilaksanakan kalau tidak mana nak dapek keberkatan gaji tuh.

Hujung minggu ni pun, kak long ada penyampaian hadiah untuk tadikanya tapi mama tak dapat hadir kot. Sian dier sebab ahad pagi tu mama dah kena pergi ke KLIA untuk attend meeting di Bandar Darulaman, Kedah. Oleh sebab lokasinya jauh, mama malas nak drive so dapek la request kek bos mintak naik flight. Meetingnya 2 hari je tapi sampai petang so mama decide nak balik juga selasa malam tu naik flight kul 9.00 malam dari Alor Setar. Biarlah sampai tengah malam pun janji balik, malas nak stay lama2 kat sana pun nak buat ape. Nasib kelas 2 hari tu mama dah cover minggu ni, sebab minggu lagi sekali mama kena attend kursus juga 5 hari tapi di PD sahaja. Kursus hardware maintainance. Mama memang minat bab maintenance pc ni nak tambahkan kemahiran. So anak-anak tinggal la kat PD, nasib baik kak ipar sanggup nak tolong jaga.

Kalau cakap pasal kerja ni, memang tak sudah2...selagi bernyawa cari je la rezeki yang Allah kurniakan di muka bumi ini. Syukur alhamdulillah.

Thursday, November 6, 2008

Cameron Highlands

Sedikit gambar kenangan di Gunung Brinchang dan Strawaberry Park Resort. Maklumlah dah lama mama tak datang Cameron. Agaknya dah 2 tahun kot tapi takpela sambil berkursus dapat juga jalan-jalan.
Rakan sepejabat yang turut serta

Anak urusetia yang hensem.. (terubat rindu mama pada anak2)
Kenangan di Uncle Sam Farm
Peserta kursus tekun mendengar arahan
Permandangan dari puncak Gunung Brinchang

Wednesday, November 5, 2008

Strawberry Park Resort

Minggu lepas mama kena attend ICT Course di Cameron Highland. Seronok juga rasanya sebab dah lama tak pergi sana. Walaupun content kursus memang memeningkan kepala mama tetapi sebab suasana sekeliling nyaman, boleh la mengurangkan stress. Nasib baik mama kena pergi dengan kawan so tak perlu la drive kereta just tumpang. Lagipun kursus ni 4 hari 3 malam sahaja. Bila ada kesempatan, waktu petang tu sempat la mama pergi jalan-jalan dan beli beberapa hadiah untuk anak-anak mama.Tentu diaorang seronok dengan souvernir yang mama belikan. Untuk papanya, mama belikan baju je la takkan nak bagi bunga kot??..hehehehhe..

Lepas habis kursus tengahari 31/10 tu mama rush untuk ke Alor Setar pula sebab nak hantar kak long bertanding di sana. Nasib baik bila mama turun dari Cameron, papa ngan anak-anak dah tunggu di exit Simpang Pulai sambil makan tengahari. Si kecil tu bila nampak mama terus nak melompat kat mama, tak sempat nak duduk pun. Erm, macam tu la odah ngan iloh bila mama tinggalkan untuk berkursus. Tapi sebab mama dan dah selalu keluar meeting ke, kursus ke, so mereka pun macam dah faham. Nanti la kalau ada masa mama upload gambar semasa di puncak gunung Brinchang. See you again..

Ihtifal PASTI Malaysia 2008

Tarikh: 1 November 2008
Tempat : SRI MENTALON, Kediaman Rasmi Menteri Besar KEDAH, Alor Setar, Kedah.

Majlis Ihtifal bagi PASTI seluruh MALAYSIA tahun 2008 diadakan di sini merangkumi pertandingan Pidato, Khutbah, Bercerita, Azan, Nasyid dan banyak lagi acara yang diadakan bagi mengasuh anak-anak kita supaya membina jati diri sebagai seorang muslim sejati. Mama terharu tengok kebolehan anak-anak kecil membacakan khutbah seperti orang dewasa dan rasanya orang dewasa pun tidak semua yang berani tampil untuk menyampaikan khutbah. Beruntunglah ibubapa yang memiliki anak-anak sebegini. Begitu juga dengan hafazan yang mana kanak-kanak sebesar 5 dan 6 tahun boleh menghafaz dengan baik sekali dengan tajwid dan makhrajnya. Semuanya anugerah Allah yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya ke jalan yang betul.

Pada malam 31 Oktober 2008, merupakan majlis makan Malam Bersama Menteri Besar Kedah (tetapi beliau tidak dapat hadir) dan juga Perasmian Majlis Ihtifal PASTI Malaysia 2008.Persembahan kak long bersama rakan-rakannya. Penuh bersemangat walaupun persaingan memang sengit.Bergambar sebelum membuat persembahan iaitu selepas rehersal dengan guru mereka.Tag peserta Nasyid bagi wakil N.SembilanSijil Penyertaan Kak Long

Sepanjang acara berlangsung, pelbagai kerenah kanak-kanak yang perlu ditangani oleh guru mereka. Memang sabar guru-guru pasti ni, kalau mama tak tahulah. Kak Long kena lawan wakil dari 12 negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah. Keputusannya, kak long kalah dan dapat saguhati sahaja tetapi mama pujuk kak long sebab ini memang adat bertanding. Kalau ada rezeki, tahun depan boleh buat lebih baik lagi. Bagi mama kak long dah cukup bagus semasa membuat persembahan kerana berani berdiri di atas pentas tu dan dapat menyanyi dengan baik. Mama bimbang juga kalau kak long menggigil ke..tapi Alhamdulillah cuma rezeki kak long belum ada lagi. I'm proud of you my love.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.