Wednesday, November 5, 2008

Ihtifal PASTI Malaysia 2008

Tarikh: 1 November 2008
Tempat : SRI MENTALON, Kediaman Rasmi Menteri Besar KEDAH, Alor Setar, Kedah.

Majlis Ihtifal bagi PASTI seluruh MALAYSIA tahun 2008 diadakan di sini merangkumi pertandingan Pidato, Khutbah, Bercerita, Azan, Nasyid dan banyak lagi acara yang diadakan bagi mengasuh anak-anak kita supaya membina jati diri sebagai seorang muslim sejati. Mama terharu tengok kebolehan anak-anak kecil membacakan khutbah seperti orang dewasa dan rasanya orang dewasa pun tidak semua yang berani tampil untuk menyampaikan khutbah. Beruntunglah ibubapa yang memiliki anak-anak sebegini. Begitu juga dengan hafazan yang mana kanak-kanak sebesar 5 dan 6 tahun boleh menghafaz dengan baik sekali dengan tajwid dan makhrajnya. Semuanya anugerah Allah yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya ke jalan yang betul.

Pada malam 31 Oktober 2008, merupakan majlis makan Malam Bersama Menteri Besar Kedah (tetapi beliau tidak dapat hadir) dan juga Perasmian Majlis Ihtifal PASTI Malaysia 2008.Persembahan kak long bersama rakan-rakannya. Penuh bersemangat walaupun persaingan memang sengit.Bergambar sebelum membuat persembahan iaitu selepas rehersal dengan guru mereka.Tag peserta Nasyid bagi wakil N.SembilanSijil Penyertaan Kak Long

Sepanjang acara berlangsung, pelbagai kerenah kanak-kanak yang perlu ditangani oleh guru mereka. Memang sabar guru-guru pasti ni, kalau mama tak tahulah. Kak Long kena lawan wakil dari 12 negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah. Keputusannya, kak long kalah dan dapat saguhati sahaja tetapi mama pujuk kak long sebab ini memang adat bertanding. Kalau ada rezeki, tahun depan boleh buat lebih baik lagi. Bagi mama kak long dah cukup bagus semasa membuat persembahan kerana berani berdiri di atas pentas tu dan dapat menyanyi dengan baik. Mama bimbang juga kalau kak long menggigil ke..tapi Alhamdulillah cuma rezeki kak long belum ada lagi. I'm proud of you my love.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.