Tuesday, September 23, 2014

Hakikat Kehidupan

Mama berkongsi lagi tentang apa yang disampaikan oleh Ustazah Yasmin dalam rancangan The Traveller... berdasarkan satu ayat di dalam surah Al-Hadid..(ayat 20)

       "KNOW THAT THE LIFE OF THIS WORLD IS BUT AMUSEMENT AND DIVERSION AND ADORNMENT AND BOASTING TO ONE ANOTHER AND COMPETITION IN INCREASE OF WEALTH AND CHILDREN LIKE THE EXAMPLE OF THE RAIN WHOSE (RESULTING) PLANT GROWTH PLEASES THE FARMER THEN IT DRIES AND YOU SEE IT TURN YELLOW, THEN IT BECOME (SCATTERED) DEBRIS AND IN THE HEREAFTER IS SEVERE PUNISHMENT AND FORGIVENESS FROM ALLAH AND APPROVAL AND WHAT IS THE WORLDLY LIFE EXCEPT THE ENJOYMENT OF DELUSION"

Maksudnya: Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara satu sama lain dan persaingan di dalam meningkatkan taraf hidup dan anak-anak, seperti hujan yang menggembirakan para petani, bula hujan turun akan menyuburkan tanaman pekebun itu selepas itu tanaman2 itu mula kering dan hancur, sehingga ia menjadi kuning..dan hancur Selepas semua ini hanya 2 pilihan di alam Baqa'...samada hukuman dari Allah SWTatau Pengmpunan dari Allah dan RahmatNya dan Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

Sebagai manusia kita melalui pelbagai fasa di dalam kehidupan yang bermula daripada fasa menjadi bayi hingga ke dewasa. Dalam setiap fasa ada sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita. Contohnya :-

Fasa menjadi Bayi atau kanak2.
Perkara yang paling penting pada fasa ini adalah BERMAIN.  So jika kita nak buat bayi kita gembira kita akan beri dia Permainan..Jika kita ingin memakaikan baby kita dgn pakaian yang berjenama supaya nampak comel dan sebagainya...Bayi itu sebenarnya tidak peduli pun..dan hakikatnya kita buat semua untuk diri kita sebagai parent dan juga untuk masyarakat. Tetapi jika anda berikan baby anda toy dia akan gembira kerana itu sahaja keinginannya pada fasa ini, Itulah dunia kanak-kanak.

Peringkat seterusnya "amusement" iaitu Hiburan.
Idea tentang hiburan adalah penting. Ia bukan sekadar tentang bermain, tetapi ia juga tentang dihiburkan. Pada peringkat kehidupan ini dunia adalah tentanghiburan. ini adalah yang penting pada peringkat ini.

Kemudian kita akan dewasa dan tua..

Ayat di atas menyatakan tentang DIVERSION AND ADORNMENT iaitu PERHIASAN (Kelihatan Cantik)

Jika kita perhatikan dalam setiap peringkat dalam hidup, peringkat yang mana kita mengambil berat tentang penampilan kita???
Pada peringkat ini anda akan bersiap paling lama pada waktu pagi. Ia semakin berubah apabila kita berada disekolah yang lebih tinggi. Penampilan anda sgt penting pada peringkat ini.

BOASTING TO ONE ANOTHER (Bermegah-megah antara satu sama lain)
Namun selepas kolej, bermain bukan keutamaan tetapi peringkat ini kita cuba membuktikan diri kita.Ketika mahu masuk kolej, akan bersaing dan bermegah-megah untuk masuk kolej seolah untuk promosikan diri untuk layak masuk ke kolej...

Bila peringkat itu selesai..kita akan berkahwin dan mempunyai anak..
peringkat terakhir dalam kehidupan berdasarkan ayat tersebut..iaitu AND COMPETITION IN INCREASE OF WEALTH AND CHILDREN...
Contohnya persaingan tentang :
Rumah siapa yang paling cantik?
Bagaimana kita hias rumah kita?
Kereta apa yang kita pandu?
kemudian anak kita gunakan untuk bermegah-megah..like apa ijazah yang anak saya dapat..hehehe...
Semua ini menjadi keutamaan kita pada peringkat ini,.

Selepas semua ini..ayat itu menyatakan "LIKE THE EXAMPLE OF THE RAIN WHOSE (RESULTING) PLANT GROWTH PLEASES THE FARMER --(seperti hujan yang menggembirakan para petani, bula hujan turun akan menyuburkan tanaman pekebun itu)

THEN IT DRIES AND YOU SEE IT TURN YELLOW, THEN IT BECOME (SCATTERED) DEBRIS..Allah menyatakan semua peringkat dan perkara yang kita terlibat dengannya dan kehidupan kita yang sentiasa berubah, semua itu adalah seperti hujan yang membuatkan petani gembira buat seketika..tetapi selepas itu tanaman2 itu mula kering dan hancur, sehingga ia menjadi kuning..dan hancur..itulah juga nature of dunia...

Kemudian ayat itu menyatakan apa yang berlaku selepasnya..iaitu PERKARA YANG SEBENAR...

AND IN THE HEREAFTER IS SEVERE PUNISHMENT AND FORGIVENESS FROM ALLAH AND APPROVAL

Selepas semua ini hanya 2 pilihan di alam Baqa'...samada hukuman dari Allah SWT (ya Allah jauhilah daku dari hukuman ini) atau Pengmpunan dari Allah dan RahmatNya.

AND WHAT IS THE WORLDLY LIFE EXCEPT THE ENJOYMENT OF DELUSION
"Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

Sebenarnya perkara yang menjadi kehupan kita pada masa ini hanya penipuan kerana ia bukan perkara sebenar. Ini mengajar kita tentang mengubah semula fokus utama kita.

Fokus utama kita sepatutnya adalah perkara yang berlaku di akhir ayat ini..iaitu option kita samada hukuman atau pengampunanNya..

Kita berdoa kepada Allah supaya menjadikan kita kekal fokus sepanjang hidup kita di dunia ini,




Keindahan

Mama suka mendengar kata-kata Ustazah Yasmin di dalam rancangan The Traveller-Mizz Nina..
Suka juga mama berkongsi apa yang didengar daripada ilmuan tentang agama Islam..mama yang masih mencari ilmu selagi termampu..ingin berkongsi pengisiannya..

Tujuan keindahan ciptaan di dunia ini adalah petunjuk kepada kita untuk sentiasa ingat kepada Allah swt. Ia petunjuk Allah Maha Besar dan Allah itu Keindahan-Nya. Tetapi kadangkala kita terleka dengan keindahan itu. dan kita lupa yang ia cuma sebagai petunjuk. allah SWT telah mencipta sebegitu banyak keindahan di dunia ini. Keindahan itu sebenarnya adalah tujuannya. Namun jika kita terleka dengan ciptaan itu , tujuan itu menjadi sia-sia.

Keindahan di dalam perkahwinan...
Kita kena faham ada perkara yang boleh dilakukan sebelum berkahwin dan ada perkara yang tidak boleh dilakukan selepas berkahwin. Perkara yang boleh kita lakukan sebelum perkahwinan adalah expectation. Apabila kita memasuki alam perkahwinan kita kita tidak boleh tanpa persediaan tetapi mengharapkan kebahagiaan di dalam perkahwinan. From the beginning your expectation must be right.

Dalam perspektif Islan kita tahu kekosongan ini hanya boleh diisi oleh Allah SWT.  Kegembiraan, kita tahu hanya Allah yang boleh menyelamatkan kita. Perkara yang paling penting di dalam perkahwinan yang telah semakin pupus pada zaman ini adalah sikap hormat. Sebagai wanita kadangkala kita ada kesukaran dengan pengertian dengan perkara yang dipanggil rasa hormat tak bersyarat.

Ada buku yang menyatakan tentang keperluan utama bagi seorang isteri adalah DIKASIHI dan keperluan utama lelaki di dalam perkahwinan adalah untuk DIHORMATI.  So, jika salah satu tidak mendapat keperluan utama ini, mereka tidak akan memberi keperluan utama bagi pihak yang satu lagi. Jadi ia akan berkesan apabila lelaki rasa tidak dihormati maka dia tidak akan memberi kasih sayangnya. Dan apabila wanita merasa dia tidak diberi kasih sayang, maka dia tidak akan memberi rasa hormat pada suami. Ia akan menjadi sati kitaran yang berterusan dan menjadi sukar untuk keluar dari kitaran tersebut, Sebab itulah banyak perkahwinan musnah akibat kitaran ini.

KITARAN INI YANG MENYEBABKAN SEBAGAI WANITA, KITA RASA LELAKI INI TIDAK PENYANYANG DAN TIDAK PEDULI, DAN AKIBATNYA KITA MEMBALASNYA DENGAN TIDAK MENGHORMATINYA.

So bagaimana untuk kita keluar dari kitaran ini ?????!!!!!!
Ustazah itu kata, dengan melalui 2 Perkara iaitu KASIH SAYANG DAN RASA HORMAT YANG TIDAK BERSYARAT....

SubahanAllah...moga banyak lagi input yang mama boleh share di sini,,,panduan kita sebagai muslimah sejati...

Perkongsian ilmu

Sekadar ingin meletakkan tazkirah yang di dengar drpd program tv..mungkin ada yang boleh dijadikan panduan...

Bagi maksud tujuan kesusahankita perlu kembali kepada tujuan hidup kita. Allah sangat jelas dlm Quran tentang tujuan ciptaan kita. Apa tujuan kita? Ubudiah (Menyembah)-menjadi hamba kepada Allah.
Kejayaan ?
Apa sahaja yang membawa kita lebih dekat kepada Allah adalah suatu kejayaan, dan apa sahaja yang membawa kita semakin jauh dengan Allah adalah sesuatu kegagalan.

Kesusahan / kesakitan/ kehilangan ?
Kehilangan wang, kebebasan, kesihatan. Contohnya Malcom X, yang kehilangan kebebasan kerana dipenjarakan telah menemui Islam di dalam penjara.
Maka, adakah Kehilangan atau kesusahan itu membawa kita dekat kepada kejayaan atau kegagalan?
Jawapannya : Kejayaan
                Maka adakah kejayaan itu sesuatu perkara yang baik atau tidak baik?
                Jawapannya : Baik untuk dirinya
Ini telah menjadi salah satu kriteria tentang cara kita menilai sesuatu perkara. Adakah ia membawa kita lebih dekat kepada tujuan kita atau lebih jauh daripadanya?

Mengapa perkara tidak baik berlaku kepada orang yang baik?
Kita tiada definisi yag sebenar tentang perkara baik dan buruk.
Saya nak kemukakan alasan kenapa perkara yang tidak baik
                Sabda nabi : “Sungguh menakjubkan urusan orang beriman, semua hal-Nya adalah baik” maksudnya hanya perkara baik berlaku kepada orang yang baik. Perkara yang tidak baik tidak pernah berlaku kepada orang yang baik.
Persoalannya :
Anda mentakrifkan baik dan tidak baik dengan salah kerana anda mentakrifkannya berdasarkan definisi dunia anda.  Jika matlamat anda adalah dunia, maka anda ada definisi yang salah. Apa-apa yang bawa saya dekat dengan dunia saya anggap baik. Jadi mendapat wang selalunya baik walaupun ia membawa saya jauh daripada Allah. Jauhkan diri dari dunia di anggap tidak baik walaupun ia membawa saya lebih dekat dengan Allah.
So, masalahnya ialah mana satu definisi anda tentang baik dan tidak baik? Perkara ini berdasarkan matlamat utama dan tujuan anda.

Ada 3 reaksi apabila seseorang berada di dalam kesusahan:

·         Ini adalah reaksi yang perlu dielakkan oleh seorang yang beriman iaitu “Why me??” , marah dan geram kepada Allah. Ini adalah orang yang marah dan tidak senang hati dengan keputusan Allah. Allah take something from me and I mad. Allah test me and I say it’s not fair.
o   Org yang memberi maklum balas begini ialah tanda bahawa ujian itu mungkin satu hukuman.
o   Org selalu bertanya, “Bagaimana saya tahu jika saya diuji? Satu ujian itu adalah rahmat atau hukuman?” Jawapannya ada kaitan dengan maklum balas anda.Bukan dalam apa yang berlaku tapi dalam maklum balas anda.
o   Jadi dalam kes pertama, rasa marah dan geram ini adalah percanggahan sabar atau kesabaran? Ia tidak patut terjadi reaksi orang beriman.
·         Tahap kedua ialah maklum balas kesabaran. Jika bertindakbalas begini apabila kesusahan, maka ganjarannya ialah seperti sabda nabi saw ‘Penyingkiran Dosa’. Apabila seseorang cuba bersabar ketika dlm kesusahan, ia bukan seuaut yang mudah, tetapi mereka berusaha melakukannya. Maka Allah memberikan ganjaran atas usaha mereka ini. Nabi kata sekiranya seseorang itu berusaha untuk bersabar maka Allah akan beri dia kesabaran.

·         Tahap Redha yang bermaksud puas hati. Maksud redha iaitu ada keamanan dan merasa puas hati dengan keputusan Allah. Itu adalah tahap paling tinggi. Ganjarannya adalah pengangkatan lebih tinggi dalam status di sisi Allah.

Monday, June 30, 2014

Mula bekerja

Alhamdulillah, kembali semula ke alam pekerjaan. walaupun diarahkan untuk bertugas semula di kolej yang mula2 mama berkhidmat, tetapi tiada masalah bagi mama. life must go on dan kerja itu sbagai amanah yang perlu dilaksanakan.

mama bersyukur kerana telah tamat pengajian walaupun result belum keluar lagi tapi di harap resultnya tidak mengecewakan. minggu lepas mama dah menyiapkan thesis yang perlu dihantar dan minggu ni boleh mula fokus dengan kerja yang diamanahkan. minggu ini kelas belum bermula dan kemasukkan pelajar baharu akan bermula esok.

rutin telah berubah bila mana perlu mengharungi perjalanan yang panjang untuk datang ke tempat kerja. Biasanya mama akan cuba bergerak seawal yang mungkin untuk mengelakkan trafic jammed. apa yang mama harapkan adalah moga perjalanan mama sepanjang perkhidmatan ini berada di dalam keadaan selamat.

Ramadhan telah bermula, menjadi satu cabaran buat mama apabila mula bertugas dalam keadaan travel dan walaupun dalam bulan puasa mama rasa masih bertenaga untuk mengharung perjalanan jauh ni. Suasana baru di tempat kerja dengan environment yang telah berubah dan rakan sekerja yang baru mungkin menjadi satu cabaran untuk mama masa akan datang.

Wednesday, March 5, 2014

Febuary berlalu

Sekejap sahaja february telah berlalu. Mama keriasauan sebab projek belum mula buat lagi..nak gi jumpa supervisor pun segan..ntah apa-apa lah...

Febuary merupakan bulan ulang tahun kelahiran mama, anak mama Riyadh, kakak mama, anak saudara dan juga adik ipar tak lupa ibu mertuaku..hehehehe...ramai juga ek...kemudian Mac pula ada birthday bapa mertuaku,  mak mama di kampung, genapnya 2 tahun uwan meniggal, abah meninggal genap 19 tahun..lama juga dah...moga roh mereka dicucuri rahmat...yang penting sentiasa mendoakan orang yang kita sayang samada masih hidup atau yang telah tiada. Amalkan sedekah al-fatihah kepada orang tua kita setiap pagi lepas solat..hanya ingatkan dan doa Allah yang kabulkan.

Mama kena move on for my project this sem kalau tak ade pulak yang tak siap nanti. Papa dah sibuk dgn outstationya ke Hatyai..then company nak close lagi..macam2 hal pulak..takpe..selagi rezeki ada..kena usaha..moga Allah memudahkan urusan kita.

Tuesday, February 18, 2014

Kuliah bermula

Minggu ni bermula kuliah untuk semester akhir..erm..mama belum start dengan research untuk project ini...aduih...tetiba rasa berdebar pulak...moga segalanya berjalan lancar..

kawan2 mesti dah mulakan projek mereka..tapi mama pun tak boleh berlengah2 lagi...kena kuatkan momentum nih,.,,,sedap sgt cuti sebulan.,,lupa dah nak study..
alhamdulillah kesihatan pun dah bertambah baik...rasanya boleh fokus dengan study lepas nih...

Sunday, February 9, 2014

Nose Operation

Khamis lepas...6 February mama menjalani operation untuk hidung mama yang Ada ketumbuhan. memang menakutkan bagi mama kerana sudah menjalani operation yang sama se banyak 2 Kali iaitu pada 1997 dan 2004.. Erm..maknanya ini Kali ke tiga..mau tak fobianya...sebab tuh Kali ni mama buat di hospital KPJ Seremban...dulu dengan dr pakai yang lain. Maybe tukar dr baru ni mama boleh recover better..who knows...

Actually masa hari Rabu mama dah warded..kena buat ct scan..first time..masuk dalam terowong tuh buat scan..it's new experience...and hopefully not happen again...so far after observation..it stil the same problem..mama cuma bimbangkan diagnosis hasil pembedahan jer..takut benda yang dikeluarkan itu sesuatu penyakit yang merbahaya. ketumbuhan hidung ni memang Susah nak dijaga sebab melibatkan anggota dalam..mana nak nampak..cuma rasa jer...Susah juga mama nak jaga..duduk lama2 pun tak boleh...kepala cepat sakit...mesti baring jer...erm..hopefully cepat recover....insyaAllah.

Sunday, February 2, 2014

my birthday

Alhamdulillah hari ini genap usia 37 tahun. Tiada yang membahagiakan bila mendapat menjamu bersama keluarga..biar sederhana..asalkan penuh kegembiiraan..syukur rezeki yang dikurniakan. Mama minggu ini sibuk aktiviti perkahwinan sepupu..sabtu ahad..erm..moga mereka berbahagia.
acara memotong kek...hehe...cam budak2 lak raso eh
kek daripada my hubby..love u papa..
mama just jamu makan pizza jer petang2 yang bahagia ni..
Adam bacakan doa selamat sejahtera untuk sekeluarga

seronok sesekali celebrate macam nih..hehehe...tapi apa yang penting dapat kumpul semuanya...itu matlamat yg utama...moga family sentiasa ceria dan berkasih sayang hingga akhir hayat kita...

Wednesday, January 29, 2014

Penghujung January

Rasanya baru tahun baharu..tup..tup dah hujung bulan January ..banyak perubahan permulaan 2014 ni...Ya Allah ampunilah hambamu ini...perubahan cuaca mmg membimbangkan jika memikirkan tanda2 akhir zaman...Isu semasa yang semakin menyakitkan hati, mata, telinga..ntahlah...

Mama baru pergi checkup hidung pada isnin hari tu...nothing ok for me...in fact..I need to operate my nose again..for the 3rd times... Memang membimbangkan mama kerana terbayang kesakitan yang mama lalui selepas operation yg dulu2....tapi begitulah takdirnya hidup kita ini....Kalau difikirkan...mama sudah menjalani 5 operation.hahaha...banyak jugak yee...3 Kali operate utk bersalin....2 Kali untuk operate hidung..so coming soon ..6 Kali masuk operation room..adakah itu sesuatu yg patut dibanggakan ? ...of course not...ujian yang telah di tentukan oleh Allah...mama terfikir juga....kenapa diuji begini?...semoga mama tabah dan kuatkan semangat..bila tgk muka anak2...menjadi motivasi diri.untuk harungi ujian hidup ini..thanks all my kids..and lovely hubby...I'm struggle because of all of you....

Mama dah set kan tarikh 5/2 untuk buat ct scan....and warded..next day 6/2 operation at 9 am...insyaAllah ...di harap semuanya berjalan lancar....maaf kan segala kesilapan mama sekiranya ada....

Tuesday, January 21, 2014

Last week story

Mama bawa anak2 jalan ke KL jer pun..our mission to Muzium Istana Negara..actually muzium is my favourite place..so I would like to bring all my childrens there... a lot of information we can get..diffferent knowledge from field of my study and career...heheehee...
 depan istana..
 dalam balai rong seri

after lunch..Kidzania time...40% discount for 1pm ticket..and luckily..I got one free voucher ticket into Kidzania...from foreigner...thanks guy...most important is..my childrens feel very happy and learns a lot of thing inside the Kidzania...they can feel it..how to be a pilot, banker, beautician, how to make vitagen, how to make Oreo biscuits, how to make chicken burger at MarryBrown restaurant... how to be a doctor at KPJ Clinic..hehehee... they really enjoyed it..but not enough time to explore every game inside there...I promise them to come again later..
 KPJ clinic
CIMB Officer..

actually on Tuesday is public holiday for Maulidur Rasul and Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. So we got 2 day public holiday..on tuesday and wednesday...so mama and papa decided to KL on wednesday..working day at KL..so very comfortable for me...and my kids.

projek proposal

Semalam kena present proposal for final project next semester...erm..banyak pula nak kena betulkan... i'm very tired to do this research.. different people..different opinion...
sekarang ni mama pulak yang rasa blur..actually aku nak buat apa..sebab dah discuss ngan supervisor..ok jer..bila accessor pulak..tak mau macam tu...aduih..kena ubah la..sebab yang menilai minta macam tu...
supervisor mama pun risau juga..sbb dia paham ape yg mama nak buat..tapi ..ntah lah..
mama kena try my best....cari semula journal yang relevant..maybe yang ade ni kurang mantap..so kurang pengisian yang mama nak hujahkan..

Monday, January 13, 2014

Bengkak Urat Leher

Sepatutnya, when exam was relieved i'm feel happy and release my pressure with something that i want to do before....unfortunately, proposal final project presentation has been postponed until 20 january....arrggghhhh.. why..why..

entah ape la yang mama merepek2 nih...kepala dah serabut nak prepare presentation next week...habis semua student under Software Engineering kena hold presentation.. sabar jerlah..macam2 pulak dugaan nak bercuti panjang nih....

Mama rasa urat belakang kat tengkuk mama dah mengeras..pastu ,macam bengkak jer..aduiii... pesal lak nih...but normally during final exam..it always happen to me...why..maybe migraine..or...something else..i don't know... semoga Alah memberi ketenangan dan kesabaran pada mama untuk presentation nanti.

Exam for this 2 week..very hard for me..but fortunately..my first paper exam...the result already release...and i got good result..unbelievable..bersyukur kepada Allah...semuanya atas kehendaknya.. just wait for another 3 papers... i have to maintain my result above 3.5..as before..insyaAllah...semuanya dengan kehendaknya... tapi mama still bersedia sekiranya tidak mencapai target yang mama letak...it's ok...maybe ade kelemahan di mana-mana yang perlu diperbaiki...

Thursday, January 2, 2014

Final Exam week

Minggu ini bermula final exam mama...first paper..malam sambut tahun baru selasa hari itu..ntah kenapa mama tak dapat menjawab dgn baik...sendiri rasa tidak puas hati..whatever it is..this is my destiny...go on..don't feel down...ubat hati sendiri nih..hehehehe


Jumaat ada paper Data Mining..all the best for me...jgn terlalu confident sgt..even mama rasa tak susah sgt..tapi kadangkala bila time exam..otak kita jadi lain..semuanya atas kelemahan diri sendiri...sepadan dgn usaha yang kita buat..Ya Allah permudahkan lah segalanya..last paper 12 Januari...

mama tidak risau sgt final nih..tapi lebih bimbangkan presentation proposal for final project on 9th January...hati rasa tak sedap jer...by the way..next week by monday mama nak jumpa supervisor...mintak khidmat nasihat..sbb tetiba jadi tak confident lak..pesal lak nih..

Bersyukur mama dikurniakan anak dan suami yang very undestanding...my hubby take a leave for two days..to managed my childrens school...especially kak ngah...first day bersekolah...mama tawakal jer..papa tolong tgkkan..dia beli makanan di kantin..dia naik bas sekolah...hopefully anak mama berdikari dan panjang akal untuk menguruskan diri..sebab mama mahu meningkatkan confident level dalam diri mereka...insyaAllah..

11th Anniversary

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan kurnia dan rahmatnya ke atas mama sekeluarga. Anniversary 27 Dis 2013 ini mama raikan bersama anak2 secara sederhana sahaja...yang penting bersyukur. Mama rasa seronok dapat menghadiahkan papa benda yang memang dia nak sgt..tapi belum berkesempatan dan pergi beli..so mama dah mudahkan niatnya...semmuanya berkat izin Allah juga..

Harapan semoga ikatan berekalan hingga akhir hayat..yang membawa kami ke jalan syurga. Moga mama sekeluarga sentiasa dilindungi dan dilimpahi kasih sayang dah rahmat dari Allah. Sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang di kurniakan.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.